Saturday, April 18, 2009

Pelik betul parti yang bernama PKR ini, mereka tak berasa bersalahkah.?

Mungkin ini kebetulan yang tak terkejut pun. Bila YB bangang kg aku di Mengkuang nak letak jawatan. Mengundang sumpah seranah dari orang kg yang dah angkat dan julang beliau setahun yang lalu. Dulu orang kg meludah-ludah BN dengan kempen berhemah dan tawaduk mereka. Orang kg dah biasa dengan kempen yang maki hamun dan surah-surah yang diputar belit.


Kali ini tak tahu lagi macam mana lenggok mereka. Orang kg dah hubungi. Yang mana ada kemudahan internet GM beri alamat blog GM ini. Minta mereka baca. Minta mereka fikirkan kembali betapa huduhnya YB yang kami angkat dan julang dulu. Minta mereka lihat betapa tak layaknya parti yang kami angkat dan sanjung dulu.


Apa nak malu. PKR berapi-api cakap BN itu adalah gabungan rasuah yang paling cemerlang. Sekarang GM cakap pun nak malu. Ibarat meludah kahak dijilat balik tak tahu sedapnya tara mana..? Sokong GM dulu kini membawa rebah. Tak guna punya parti hangpa tipu kami hidup-hidup


Bulan Ogos tahun lepas pun macam tuh. Si Gila Kuasa Anwar Ibrahim Munafikun nak jadi Ahli Parlimen. Takpa GM balik Mengkuang sebab nak bagi kat Si peliwat tuh masuk Parlimen. La nie orang Mengkuang, Kubang Semang Ulu, Berapit dah komplen. YB mereka dah tak turun nak jumpa pun haram tak dapat ler. Dok sibuk pi Amerika. GM pun tak tahu dia buat apa kat sana.


Kalu ler PAS hantar wakil bertanding kat situ, mungkin fikir balik…PAS boleh ker..? GM bukan tak percaya kat PAS nie. Dulu pun dah puas jadi ahli PAS, ikut setiap program PAS. Dah faham sangat hati budi PAS ini macam mana. GM bukan nak burukkan PAS dan manusia yang berkopiah berlagak alim nie lah.


Jika dulu kita dengar kecoh kes Pegawai dari Lembaga Tabung Haji pecah amanah. Ambil rasuah kumpul kekayaan diri sendiri. Berkopiah juga pegawai itu. Taktahu lah dia ahli dari parti mana. Jadi macam mana kita nak percaya dengan PAS. Kalau contoh depan mata kita dah tengok. Orang yang berkopiah, cakap agama berapi-api tapi bila ada kuasa semua hancur.Cukuplah GM pundah malas nak campur adukkan agama dan politik. Jahaman dibuatnya


Lebih elok biarkan sahaja pemerintah hari ini buat kerja depa. Makan kita, tempat tinggal semua cukup. Nak jalan-jalan bawa anak-anak pun tak risau berlaku peperangan. Jika kita biarkan Pakatan Rakyat perintah pun tak tau apa jadi. Dah setahun perintah tapi masih lagi bocor sana sini. Kita hidup pun dah jadi tak konfiden.


Bila fikir balik GM rasa PAS pun tak boleh harap. Warning nak buat rusuhan macam kat Thailand. Bahaya PAS ini. Selalunya yang perkara pertama yang kita ucap itu melambangkan diri kita. PAS memang nak Negara ini huru hara. Biar orang tak mai Malaysia. Ekonomi pun jatuh kerajaan dipersalahkan. Apa punya agama la PAS ini.


Bulan depan apa nak jadi, jadi ler. Kalu PKR atau PAS bertanding GM tak kisah. Undi GM dan 8 orang lagi GM bagi kepada BN. MIC ker MCA ker apa GM peduli daripada GM bagi kepada PKR atau PAS. Dua-dua tak boleh harap. Menyusahkan orang kg saja.


GM akan pastikan undi orang kg akan ramai yang swing dan meningkat daripada 2 pilihanraya sebelum ini. Kalau BN kalah tapi majority tuh boleh dikurangkan, itu dah kira kemenangan moral untuk GM.


Pelik betul parti yang bernama PKR ini, mereka tak berasa bersalahkah.?


Link:

Empayar Malaya, YB Pembangkang Boleh Tak Tolong Jawab


Warisan2057, PKR Parti Broker


Lin

3 comments:

MK IV said...

anwar kedalam mati la PKR... tak pe 2-3 bulan je lagi utk anwar di sumbat ke sg buloh..

pisau said...

GM,
nanti hang balik mengkuang contact la kwn2 kat sini..hehe..

pi5au.blogspot.com

Lord Garam said...

BRO,

AKU BALIK NANTI AKU CARI HANGPA..

HUA..HUA..HUA..

NEYOSAL AKU BAGI UNDI KAT YB BIOL TUH..NYUSAHKAN ORG BETOI...