Wednesday, April 15, 2009

Layakkah PKR Mentadbir Sebuah Kerajaan?


Ditanya keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.

Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela.

"Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya. Klik

Ulasan GM - Sudahku bilang Anwar Ibrahim Munafikun tak sanggup kehilangan Honey Eli Wong kerana tanpa Honey Eli PKR tak akan ada modal nak running business. Klik PKR lebih menyukai pemimpin yang tidak bermoral seperti mana de facto PKR yang juga seorang yang tidak bermoral. PKR adalah parti yang mengabungkan ciri-ciri keruntuhan moral dan konsep kepimpinan yang songsang. Ini adalah keputusan Khalid Gagap tetapi jika Honey Eli mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan maka ibu jari GM akan menunjuk ke atas tanda Honey Eli buat keputusan bijak. Dalam kes Fairus, PKR mengambil tindakan yang berbeza. Warna kulit dan kepentingan individu diambil kira. Jadinya, PKR adalah parti yang mengamalkan sikap double standard. GM tunggu juga bila rakyat Penanti nak buat petisyen sokong YB mereka.

Layakkah parti seperti ini mentadbir sebuah kerajaan? Tepuk dada tanyalah selera.


2 comments:

Z-MAY said...

firus didapati ada kes terhadapnya. kenapa tak dikenakan ikat jamin (sebagaimana perasuah2 lain) dan dia hanya menunggu penelitian pejabat peguam negara?

Bukankah setiap yang bersalah akan didakwa dan dikenakan ikat jamin sebelum kesnya dibawa ke mahkamah..?

ternyata ada keistimewaan bagi apa saja pemimpin tertinggi di negara ini. sebab itu ramai yg berebut-rebut nak jadi pemimpin tertinggi walaupun dgn cara yg tak halal..?

Lord Garam said...

SALAM Z-MAY,

MASIHKAH SISTEM PERUNDANGAN NEGARA INI DIPENGARUHI OLEH PEMIMPIN ATASAN?

HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM