Thursday, April 23, 2009

Bebaskan Mengkuang Daripada PKR..!

YB Mengkuang dah dibersihkan namanya. Tak kisahlah namanya dah bersih. Alhamdullilah kebenaran memihak kepada yang benar. Persoalannya siapa yang bertanggungjawab membuat rakyat Mengkuang macam GM tak bertuan.? Kurang ajar namanya. Walaupun YB Mengkuang dan bersih tetapi dapat dinilai betapa teruknya percaturan politik orang atas. Rakyat Mengkuang juga yang terpinga-pinga hairan dan diperbodohkan. Permainan apakah ini.?


Peletakkan jawatan YB Mengkuang benar-benar telah memperlihatkan kehodohan politik PKR dan konco-konconya. Suka hati mereka untuk mempermainkan perasaan rakyat Mengkuang. Rakyat Mengkuang juga yang letih disepak terajang oleh orang politik kerana ketamakan kuasa yang melampau. Mengapalah kami memilih parti jijik ini untuk menjadi suara di dalam dewan.


Masih GM ingat lagi semasa Anwar Ibrahim Munafikun teringin sangat hendak masuk Parlimen, disuruhnya Kak Wan letak jawatan ADUN sebab patuh cakap suami. Kami di Mengkuang sokong dan sangat menghormati Kak Wan hinggakan termakan habis dengan ceramah fantasi Anwar Ibrahim Munafikun. Hardcore supporters PKR lah katakan. Ketua suruh terjun, kami pun pakat-pakat terjun. Tak guna betoi..la nie baru tau langit tinggi ker rendah..! Haram jadah sungguh parti yang bernama PKR ini.


Daerah Jumlah Pengundi UMNO PKR AKIM Majoriti
Mengkuang 1,901 560 1,037 2 477
Sg. Lembu 509 121 291 - 477
Penanti 1,061 253 549 1 296
Kubang Ulu 1,423 264 788 2 524
Sg. Semambu 1,872 409 1,087 2 678
Tanah Liat MK9 1,920 306 1,122 2 762
Berapit Road 1,461 167 922 1 755
Undi Pos 582 479 53 3 426


Inilah keputusan semasa PRK Permatang Pauh semasa Anwar Ibrahim Munafikun beriya-iya hendak masuk Parlimen. Rakyat Mengkuang macam GM habis pangkah PKR sebab dah percaya habis dengan semangat dan janji temberang Anwar Ibrahim Munafikun. Cuba kita lihat, di semua daerah mengundi berapa ramai rakyat Marhean tipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim Munafikun dan PKR termasuklah undi daerah Mengkuang GM dan 8 ahli keluarga yang lain sebab mengikut sangat nafsu gila PKR dan de factonya. Sekarang habuk pun tarak disuruh pulak rakyat Mengkuang bagi undi lagi kat PKR. Tidakkah di panggil haram jadah namanya..!


Dulu rakyat Mengkuang tak tahu kenapa beriya sangat Anwar Ibrahim Munafikun hendak masuk Parlimen hingga paksa Kak Wan berhenti. Sekarang rakyat Mengkuang dah kenal yang mana satu kaca yang satu permata. YB Mengkuang dah bersih nama tahniah GM ucapkan tetapi kemarahan rakyat Mengkuang pada PKR langsung tidak boleh padam. Geram sangat..! Tunggulah bila tiba masanya, Mengkuang akan halau Anwar Ibrahim dan labunya.


Rakyat Mengkuang tolong bebaskan Mengkuang daripada PKR..!


3 comments:

Jeepers Creepers said...

mengkuang mengkuang

Admin said...

GM...Awat tak bubuh Kawasan Guar Perahu dengan Kuala Mengkuang...majoriti kat sini cuma 185 dan 145 saja..

Anonymous said...

Org cam ni lbh mulia drpd org yg terang-terang RASUAH juta-juta tp masih duduk situ (KM/MB)sampai reput....lbh mulia dr MB yg tibai balak RM 63 juta..sapu duit rakyat ..lagi lanun...tak pe lah...nanti kita pakat, kita humban dia keluar PRU 13....