Hairan dgn sikap masyarakat kita, terlalu malas nak berfikir.Itu antara komen yang diterima.
Dlm kes Aminurrashid tu, cuba katakan memang yg bawa tu penjenayah bukan Aminurrashid yg baru melakukan jenayah dirumah anda dan lari dan secara kebetulan terserempak dgn pihak polis dan pihak polis hanya boleh melambai tangan dan memanggil si penjenayah supaya berhenti.
Adakah pada fikiran anda si penjenayah akan berhenti dan bersalaman dgn pihak polis sambil memberitahu polis umurnya dan kemudian berlari semula dan berlaku adegan kejar-mengejar yang akhirnya penjenayah berjaya ditembak mati oleh polis.
Berfikirlah.
Seorang anak yang baik tidak akan mahu belajar memandu sebelum waktunya dan jam 2 pagi adalah waktu tidur bukan waktu merayap bantu kawan. Sekiranya pun ada kawan yg benar-benar perlu bantuan ibubapa adalah tempat utk kita bercerita dan melanjutkan bantuan kekawan kita.
Bagi pihak pakatan rakyat,teruskan lah fitnah dan apa saja yang anda rasa nak buat sebab tidak akan ada apa-apa tindakan yang akan dilakukan keatas anda oleh pihak kerajaan.
Kalaupun ada kes,mungkin kes itu akan digantung dan ditunda selama yang mungkin.
Jika ada yang kata, what for police happy for trigger..! soalan saiko untuk mematikan hujah. Kita tidak boleh prejudis dan berat sebelah.
Difahamkan, Polis yang meronda malam pada malam kejadian adalah disatu kawasan yang mempunyai indeks jenayah yang tinggi. Kawasan yang menuntut perhatian tinggi dari anggota ronda yang ditugaskan. Disinilah wujudnya komitmen petugas Polis jika pada fikiran mereka melihat sesuatu yang mencurigakan.
Dalam kes Aminulrashid, ya..kita bersimpati dan tidak mahu meletakkan sepenuh beban pada bahu polis. Kenapa mesti disalahkan Polis yang komited melihat sesuatu yang mencurigakan dalam tindakan mereka dan telah memberi amaran kerjasama untuk mangsa mengikut arahan Polis.
Apa sebab jelas, mangsa enggan berhenti setelah diminta polis.? Gagal membuktikan punyai lesen memandu, berkeliaran pada awal pagi dan paling utama ketakutan pada ibu bapa jika ditangkap kerana memandu tanpa kebenaran penjaga.?
Anggota Polis yang komited pasti akan bertindak berdasarkan kewarasan. Memecut kenderaan setelah diberi amaran berhenti dan mangsa bertindak melarikan diri seperti orang bersalah. Mana-mana anggota Polis pasti akan berfikir penjenayah yang sedang mereka hadapi.
Pokoknya, semuanya bermula dirumah. Jika tidak kerana perhatian daripada ibu bapa yang memastikan anak-anak ada dirumah mengisi masa tidur pada jam yang sepatutnya insiden malang ini tidak akan berlaku.
Al-fatihah untuk arwah Aminulrashid Amzah.
13 comments:
SAYA SETUJU SANGAT...
saudara ini poliskah back up polis macam pernah jadi polis. tapi saya setuju, polis yg komited akan bertindak dengan penuh hati-hati kerana itu adalah tugas mereka. melihat individu yang mencurigakan pasti sudah mengucap panjang jika ditakdirkan individu itu bersenjata dan terdesak.
siapa yg hendak bertanggungjawab jika polis itu mati. peluru tidak mengenal sesiapa.
Betul.
Polis tidak ada kepentingan langsung dalam tugas mereka tetapi mereka juga harus menjaga keselamatan terhadap penjenayah yang sudah pasti tidak hirau akan keselematan sendiri. Apa lagi keselamatan orang awam.
Polis bukan robot. Polis adalah manusia seperti kita yang ada tanggungjawab keluarga, susah senang, keluh kesah.
Sampai 2 kereta peronda Polis di kejarkan. Jelas ini satu kejar mengejar yang hebat.
Dalam keadaan ini sekiranya mangsa adalah orang kenamaan termasuk dari kerajaan atau pembangkang, boleh lah di katakan kerajaan mempunyai motif. Ini orang biasa dan budak budak pula.
Kita mesti ingat bahawa lembu lembu dari PKR dan PAS yang di kudakan oleh DAP akan menyanggah setiap satu dari Rukun Negara.Menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap polis adalah satu daripadanya.
Tapi ianya amat sukar di lakukan kerana Polis Malaysia juga adalah diantara polis yang ternama.
Sementara pembangkang banyak masa dengan memonteng tanggungjawab politik boleh lah mereka 'usik'sedikit hal Polis. Tapi Musa Hasan bukan sebarangan orang.
Tidak kira siapa atau apa pun pada masa kejadiaan. Lupa dan lalai adalah kelemahan manusia yang penting motif.
Tahniah Polis Malaysia atas tanggungjawab yang anda lakukan.
bagi aku ibu bapa juga yg perlu cermin diri lihat apa yg kurang dlm mendidik anak.
syahdu gambar bapa peluk anak yg sedang lena. mengantuk sangat
Salam,
Satu pendapat yang sangat bagus untuk direnungkan oleh semua.
Polis menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan. Mereka dilatih mengikut etika2 perundangan dan sebagai manusia, mereka jugak mempunyai hati perut dan pemikiran seperti manusai lain.
Tidak mungkin mereka suka2 hendak tembak orang, kalau keadaan mencurigakan, of course mereka perlu mengambil tindakan yang perlu. Kalau dilepaskan nanti Pakatan haram kata polis tak menjalankan tugas pulak.
Inilah dikatakan akhir zaman, yang betul ditidakkan, yang tidak dibetulkan. Wallau'alam
-Art-
Salan bro,
Bagaimana kalau ditakdirkan penjenayah bawah umur itu memiliki senjata api dan membunuh anggota Polis yg sedang menjalankan tugas ? apa kata puak-puak haprak pembangkang ini ?
Waima apa pun biarlah kita melihat keadaan berlakunya kejadian itu, pihak Polis yg terlibat juga mungkin tidak mengetahui yg memandu itu remaja bawah umur.... amat sukar mencari satu jawapan yg ikhlas dari kawan mangsa tembakan bila ianya sudah dipengaruhi suasana luaran yg ada kepentingan politik.........
Saya berpendapat kita sebagai rakyat Malaysia harus lah menyerahkan kepada polis untuk siasatan dengan telus. Nasihat saya adalah pembangkang jangan lah menangguk di air yang keroh dengan mensensasikan lagi situasi malang menimpa keatas keluarga arwah Adik Aminul. Dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang berlaku di Selangor, kita sebagai rakyat biasa seharusnya memberi kerjasama dengan PDRM demi membendung jenayah jenayah sedemikian dari berlaku dan bukan nya hanya pandai menuding jari. Kepada pembangkang yang ingin menegakkan keadilan saranan saya ialah buat lah inkues keatas YB sekinchan yang melanggar pelajar UiTM yang bernama Bakri juga dan jangan lah hanya nak popular meraih political mileage sahaja. Cermin cermin lah diri juga sesekali. Biarlah kita hormati undang undang yang kita junjung selama ini. Sekian wasalam.
hoii..! Askar yg tian chua komunis tu langgar mati pasal tak kecoh..?? Bodoh punya pembangkang.!!
kita tanya mana mana polis pun klu mereka sedar yg mereka kejar tu kanak kanak 15 tahun usahkan nak tembak nak saman pun belum tahu, mesti bawa balai panggil penjaga dan nasihat mcm yg kita tahu arwah lari mcm penjenayah pkl 2 pg pulak, sepatutnya biar disiasat dgn bebas tanpa di politikkan, allah nak tunjuk seminggu lepas tu sebuah kereta kancil dikejar peronda pd tgh mlm hasilnya 1 mayat wanita di dalam ditemui,saya bukan angota polis atau bekas polis saya berniaga dan tinggal di luar bandar tetapi apa yg saya sanjung tinggi pada polis kerap juga saya atau dikg saya mengalami kecurian atau jenayah lain bila talipon pd polis tak kira tgh mlm ke hujan ribut mereka mesti sampai lewat lewat pun 30minit dan pernah sekali pencuri mereka kejar hampir 4 jam dlm hutan tetapi hampa, dgn unifom kereta peronda mereka penuh dgn kotoran mereka tak pulak komplain betul ke tak maklumat yg saya berikan, ada setengah yg sudah 2 jam lebih sepatut habis tempoh kerja tetapi mereka masih blh menjawab bila saya minta maaf kerana lewat talipon pencuri sempat lari " tak apa encik ni memang tanggung jawab dan tugas kami terima kasih kerana talipon polis:
salam....
polis ada versi...si mati ada versi ..saksi ada versi ...orang awam ada versi...orang politik ada versi....
pabila kematian,undang-undang dan kelemahan dipolitikkan terserlahlah
diantaranya hanya mencari kesempatan,
menangguk di air keruh dan mengambil
keuntungan atas kesengsaraan orang
lain...
biarkan polis dan jawatankuasa yg dibentuk merungkai segala kekusutan...mencari keadilan bagi
semua yg terlibat...
mak cik ni pun dah lantik karpal jadi lawyer mereka. siap sedialah makcik jadi bahan cemuhan masyarakat. makcik sendiri dah politikkan kes ni. itu semua sebab nak tutup kelemahan mak cik tak reti jaga anak. tolonglah makcik jgn heret kami dalam masalah makcik...
Pukul 2 pagi keluar umah tanpa pengetahuan ibubapa, memandu tanpa lesen, memandu dlm keadaan yang membahayakan nyawa orang lain. Anak-anak ibarat kain putih, ibubapalah yang bertanggungjawab mendidiknya.. Moral of the story, pesan la kat anak-anak kita lengkali polis tahan berenti la.. paling kuat pun kene saman jer. daripada lari tak tentu pasal.
saya hormat kerjaya sebagai polis dan tanggungjawab mereka lebih besar jika dibandingkan dengan ahli politik yang tidak sedar diri. jadi sabagai orang awam saya berharap pihak polis lebih tegas dan jangan mudah tunduk pada takanan politik terutamanya daripada pemimpim politik pembangkang yang tak tau bersyukur.
Post a Comment