Hairan bin ajaib macam terkena sawan Husam Musa mengalihkan isu RM4 juta. Kickdefella pun belom dedah nama bila disuruh Husam. Macam cuba buat reves saikologi dalam kes ini.
Jika kita baca dari blog sheikh ketika zaman kegemilangan GMC, semacam mahu menjerat Husam untuk bersuara.
Husam cuba mengajak rakyat khasnya penyokong tegar PAS untuk tidak membicarakan hal itu dikedai-kedai kopi. Daripada rakyat membuat pelbagai andaian lebih elok Husam cetuskan isu untuk alihkan perhatian mereka.
Husam mengajak seluruh rakyat untuk menyaman kerajaan kononnya telah melakukan pengkhianatan terhadap negara. Alasan Husam, kerajaan tidak tahu menjaga aset strategik dengan menjual aset minyak kepada negara luar. Husam berhujah penyerahan 2 blok minyak di perairan Brunei sebagai tidak sah.
Apa sebenarnya motif Husam?
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Lim Kit Siang menyambut baik usaha Husam. Penarifannya sudah tentu untuk mendapatkan sebanyak mungkin keuntungan politik menjelang PRK Sibu.
Langkah Husam ibarat mahu menutup kelemahannya. Isu RM4 juta adalah produk untuk dia mengambil alih Kelantan. Meletup isu itu Husam sudah mengelabah dan cuba mencari daun pisang untuk menutup permasalahan tersebut.
Kenapa Husam perlu bersusah payah mahu menyaman kerajaan dimana blok minyak itu terletak jauh daripada perairan Kelantan. Kenapa mesti sekarang timbulnya idea untuk menyaman kerajaan.?
Semenjak tahun lepas, Husam menggila dengan tuntutan royalti minyak Kelantan. Hingga mendatangkan semangat 'cintai Kelantan' kepada seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan ideologi.
Bukankah lebih molek Husam menyaman kerajaan kerana gagal memberi royalti minyak sepertimana yang dipercayai Husam akan kebenaran perjanjian Petronas dari dulu lagi. Firasatnya mempercayai royalti minyak memang boleh dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan.
Husam boleh mengajak seluruh rakyat Kelantan menyaman kerajaan kerana enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Siapa yang lebih berhak Kelantan atau kerajaan pusat?
Ternyata benar, Husam mahu mengalihkan isu atau dia sebenarnya sudah tahu Kelantan tidak berhak untuk mendapat royalti minyak.
Semuanya berkemungkinan.

No comments:
Post a Comment