Monday, May 10, 2010

Liwat: Saiful Tenang Dalam Kepayahan.


Anwar menganggap perbicaraan hari ini sudah tamat. Seperti dia merasakan sudah mencapai kemenangan setelah melihat Karpal Singh mengasak Saiful dengan pelbagai soalan perangkap. Boleh dilihat Malaysiakini pantas update 'hot' isu menggambarkan Anwar teraniaya.

Sudah sedia maklum, Anwar pasti memutarbelit kenyataan Saiful dalam perbicaraan balas yang belum disertai pasukan pendakwa esok. Anwar pantas keluar dari kamar dan mencanang wujudnya konspirasi berdasarkan perbicaraan hari ini.

Itu adalah reaksi biasa bagi orang yang takut berhadapan dengan kebenaran seperti dia sama strateginya melengah-lengahkan kes. Anwar sedang membina persepsi Saiful adalah manusia pendusta.

Wajib bagi laman web dan balaci blogger propakatan menjadikan hari ini sebagai satu kemenangan seolah-olah membayangkan perang suci melawan pendusta sudah sampai ke kemuncaknya. Jika begitu, bolehlah mereka simpulkan mahkamah berlaku adil dalam kes ini.

Perbicaraan masih jauh, pihak pendakwa masih lagi belum berkesempatan untuk 'bermain-main' dengan telatah Anwar dalam kandang saksi. Sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu pemerhati dan pencinta keadilan di Malaysia.

Satu ucapan tahniah kepada Saiful. Ketenangan adalah kunci segalanya. Saiful menjawab segala persoalan dengan tenang dan yakin. Walaupun kadang-kadang kala terbit kesulitan kerana maruahnya dipersenda.

Bagi manusia berani seperti Saiful rasanya belum lagi wujud di negara ini. Keberaniaannya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa. Mengheret Anwar ke kandang pengadilan adalah satu perkara yang sangat sukar.

Saiful tidak mempunyai pengalaman jika hendak dibandingkan dengan Anwar dan Karpal Singh. Dia berdepan dengan situasi yang sukar tanpa dibantu. Pengalaman juga yang mengajarnya untuk berhadapan dengan tekanan hari ini.

Perbicaraan masih jauh, pendakwa raya pun sudah tidak sabar untuk melambung-lambung Anwar bagi mendapatkan kebenaran yang dicari Saiful.

Yang pasti ada saksi yang akan membogelkan maruah Anwar Ibrahim.

10 comments:

naDim'IQ said...

kita sama2 beri SOKONGAN pada MANGSA PELIWAT ni.. JAHANAM ANUwar BERAHIm!!!

SELAMATkan MALAYsia dari parti KELUARGA!!!

Anonymous said...

Celako celako celako semua sekali parti anak beranak....juburi

denaihati said...

Belum apa2 anwar dah heboh kat twitter dan FB t lah cara utk mainkan psikologi terutama penyokong pakatan...kita tunggu siapa yg kena.

P/s aku juga buat undian nampaknya BN mendahului ..semuga menjadi kenyataan

Anonymous said...

Orang kena Liwat kena mandi wajib. betul ke tu. setahu aku kalau kena rogol memanglah kena mandi wajib.

Anonymous said...

Dalam Mahkamah tiada siaran langsung jadi Anuar peliwat tegar bolih tipu rakyat kita akan tunggu soalan balas dari peguam bela dan pendawa raya serta saksi saksi yg terlalu ramai bagi pihak Saiful kita tengok juga lepas ni Anuar akan kata apa pula.

Anonymous said...

Parah!!!! dah le kes mahkamah baru nak mula kat utara ramai keluar dari Parti Kuburan Rakyat PARAH memang PARRAHHH....Lepas ni Anwar dan T.Nik kena belajar dari Karpal macamana nak jadi 'good muslim'
Nih ada yang muntah kunyit nanti

Anonymous said...

Soalan 'dah mandi junub ke' Karpal Singh ini memang bunuh al-juburi sebenarnya.
Dah terang lagi bersuluh memang jelas kes liwat berlaku.
Lepas ni Tok Guru N.ajis dan Anwar boleh belajar dari Karpal Singh macamana nak jadi 'good muslim'
Soalan bangang dan bodoh ni menjerat aljuburi.
Ahaks 200x

Anonymous said...

Jadi memang Karpal tahu AI liwat Saiful sebab tanya pasal junub ... soalan makan diri sendiri

jiwakita said...

salam....

soalan peribadi diaju kpd mangsa
jangan marah pula soalan peribadi juga kpd tertuduh...

apa kata soalan ni ditanya... mandi junub ke lepas beraksi?!

kalau tertuduh jawap 'ya' atau 'tak'pun..sahlah..perlakuan liwat telah berlaku!

apapun ikuti episod seterusnya...

Anonymous said...

karpal nih peguam bela ke pendakwa? hehehehe... soalan dia perangkap anak guam sendiri la! soalan yg sama kita try bagi anwar jwb plak nanti... hahahahaha... checkmate!!!!