Blog Maharaja menulis begini. Boleh klik kat sini
Pas telah mendapat modal baru untuk memperbaiki kerosakan imejnya sebagai parti Islam yang bersekongkong dengan orang kafir dan pengamal homosexual. Perdana Menteri Menteri Dasuk Seri Najib telah mengambil risiko yang tinggi dalam membuka peluang ini kepada parti lawannya: Meluluskan lesen judi Piala Dunia.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz berkata judi itu Najis tapi ada orang beri lesen judi buat pandai pandai sendiri. Beliau meminta orang Islam berdoa supaya Najib mati dengan bersembahyang hajat jika Allah tidak membuka hatinya untuk membatalkan pemberian itu.
Beliau telah membuat seruan ini ketika menyampaikan kuliah agama mingguan di Dataran Ilmu Pekarangan Pas Kelantan.
Dalam dunia yang dikuasai oleh internet sekarang adalah mustahil bagi kerajaan untuk mencegahnya kecuali menghalalkan yang wajar dihalalkan bagi masyarakat bukan Islam.Pekara haram tidak mungkin dihapuskan samasekali tetapi boleh di kurangkan.
Apakah salah dari segi agama jika ada cara untuk mengurangkan perbuatan maksiat itu daripada membiarkannya berleluasan secara haram dan mengurangkan risiko yang lebih tinggi kepada rakyat?. Kerajaan yakin boleh mengurangkan kerana ada mekanismanya.
Nik Aziz tidak tahu tentang mekanisma ini kerana dia adalah guru pondok yang jahil tentang peperangan moden untuk menentang kemaksiatan di zaman teknologi tinggi ini.Kejahatan tidak boleh ditentang dengan hanya menakutkan manusia tentang hukum.
Jika orang Islam mahu juga berjudi maka itu terserah kepada mereka.Sama seperti adanya pasaran babi di Malaysia. Orang Islam yang beriman tidak akan memakannya. Menyamakan pemberian lesen judi Piala Dunia ini seperti membenarkan rakyat merompak dan mencuri seperti yang didakwa oleh Nik Aziz adalah logik yang hanya boleh diterima oleh gulongan fanatik Pas yang menghalakan Tok Guru mencuri balak.
Bagaimanapun apa yang dikesalkan ialah sehingga ini Perdana Meneri nampaknya mahu mengelakan dari memberikan rasional diatas kelulusan lesen judi bola itu dan hanya menyerahkan menteri menteri nyamuk untuk menjawabnya.Tak usahlah beri Menteri Islam menjawabnya, biarlah menteri bukan Melayu menjelaskannya.
Perdana Menteri Malaysia yang pertama Almarhom Tunku Abdul Rahman dalamn meluluskan lesen judi ekor telah memberikan alasan tentang kerajaan boleh mengutip cukai dari lesen judi itu dan menyalurkan kepada kepada kerja kerja kebajikan. Malah beliau sanggup tanggung dosa.
Bagaimanapun dalam keadaaan kesedaran keugamaan semakin tinggi di kalangan orang Islam sekarang berbanding dengan zaman Tunku maka Najib berhadapan dengan cabaran yang akan menggugat kedudukannya dan juga masa depan BN dalam pilihanraya akan datang.
Orang Cina tetap tidak akan menyokong kerajaan BN sekalipun mereka dibenarkan bertelanjang dan berjudi. Nampaknya Najib pun mahu berjudi nasib BN dalam soal ini .
2 comments:
apa la manusia berfikiran singkat nih... bab tentang, bangkang dia la nombor 1, tapi apa cadangan susulan atau kesimpulannya...
kalu setakat nak tentang ni namanya tak matang, tak akil baligh, tak sunat...
kay rules
Tak payah doa pecah perut. Orang yang rembat balak dari kalangan pemimpin PAS ni mana takut pada balasan Allah.
Majority rules
Post a Comment