Tuesday, October 19, 2010

PRK Galas: PAS Mula Dendang Keroncong Tak Konfiden.


Bila tiba saja pilihanraya kecil atau besar, pembangkang akan dendangkan macam-macam pe'el. Ada sindrom mengelabah yang teruk ada juga sindrom kawtim yang tidak berjaya.

Ini semua pe'el nak cari makan bagi parti lawan merasa selesa dan besar kepala.
PAS Akui Kelebihan BN

KUALA TERENGGANU 18 Okt. - Pas mengakui Barisan Nasional (BN) memiliki kelebihan untuk menguasai dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Batu Sapi yang diadakan serentak pada 4 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, kelebihan itu berdasarkan aspek logistik bagi menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan terutama di Batu Sapi.

Sebaliknya, pihak pembangkang termasuk Pas hanya mempunyai kemudahan yang sangat terhad berbanding BN yang memiliki kelebihan dari segi kemudahan pengangkutan khususnya udara.

Beliau berkata, bagaimanapun kekurangan itu tidak sekali-kali menghalang pihak pembangkang untuk memenangi kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil itu nanti.

"BN ada kelebihan pada dua pilihan raya serentak di Semenanjung (DUN Galas) dan di Sabah (DUN Batu Sapi).

"Bagi kita (Pas), ia adalah terhad (kemudahan logistik) tapi ini tidak menghalang kita mencapai kemenangan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pas negeri di sini hari ini.


Kesempatan ini diambil untuk peringatkan jentera penerangan parti. Jangan terlalu harapkan bloger untuk all out main isu menangkan calon. Walaupun, ada bloger yang duduk mengangkang depan laptop tak dapat turun ground tapi peranan dan tulisan depa antara jasa yang tidak harus dilupakan.

Contohi jentera Wanita yang sentiasa konsisten dalam mana-mana pilihanraya yang diadakan pasca PRU Ke-12.

Kita tau ada kutu UMNO yang cari makan pakai nama bloger untuk menyamun duit kerajaan dengan declare bloger - bloger tak bertuan ini di bawah parol kaki samun. Cucuk sana sabo sini itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan haram jadah.

Nak mencarut tapi masih boleh tahan...

3 comments:

Anonymous said...

Harap Geng Barisan jangan dok termakan politiking Puak HamPAS ni. Itu trick puak ni di awal Penamaan Calon. Kat semua tempat puak ni akan main strategi yang sama. Sebab strategi macam ni lah, akan sebabkan puak Barisan rasa selesa dan tak akan all out. Ingat lah puak Barisan, perjuangan akan selesai hanya selepas undi dikira. Jom turun padang, dan jangan dok jawap semua tuduhan puak HamPAS ni beri saja. Maksud aku jangan asyik dok bertahan saja...sesi penerangan..tak habis2 nak terang. Sampai bila, kena serang sama. Mulakan serangan atas isu-isu utama. Aku cadangkan puak Barisan kena ada spy dan kumpulkan isu yang dimainkan oleh puak HamPAS ni. Jadilah Penyerang Hebat, dan defender yang utuh.
Ayoh kita tumbangkan puak f**katan ni.

Sanggupkan kita lihat anak2 kita di henjak di kepala oleh puak ni.

Anonymous said...

Dulu pun.., semasa kempen untuk PRU12.., LGEng buat muka sedih..., DAP sedar bahawa mereka bukan akan dapat rampas mana2 negeri..., cuma nak beri peluang kepada pembangkang untuk jaga kepentingan rakyat.

Abis orang cina, orang yg nak pembangkang undi diaorang.... hampir nak runtuh negara...

Ni PAS pakai tektik sama jer.... Tektik simpati....

Anonymous said...

sebenarnya utusan melaysia tu je yang pandai-pandai buaat cita sabab diorang orang BN punya surat khabar........lagi pun macam-macam boleh tokok tambah kan dalam penulisan entah ada bukti ke tidak aku pun tak taulah......kalau sorang je ahli pas yang cakp baik tak yah