Tuesday, October 12, 2010

Pemilihan PKR: Azmin Akan Digoreng Luncai

Khalid Ibrahim sudah sah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Ada yang mengelar parti ini sebagai koboi dan ada juga mengatakan parti ini tak ubah macam drama Keluarga 69 P.Ramlee. Macam-macam kelam kelibut dalam struktur PKR.

Pengumuman Khalid Ibrahim adalah selaras dengan statement Zaid Ibrahim yang sedia memberi laluan pada Nurul Izzah untuk tanding Timbalan Presiden. Inilah game Zaid Ibrahim, Azmin Ali yang menerima SMS berhubung pc Khalid Ibrahim sedang memantau dengan teliti percaturan ini.

Dalam politik PKR, siapa yang bijak dia yang akan naik dengan bergaya tapi kerana demokratik yang dilaungkan Anwar Ibrahim, akar umbi juga yang boleh menjahanamkan dream team Anwar. Ilmu politik tak perlu tinggi untuk mengagak bagaimana kusutnya Anwar Ibrahim berkira-kira untuk merealisasi cita-citanya menobatkan Azmin Ali.

Lihat balik pc Khalid Ibrahim, disitu ada 2 orang kuat yang mewakili NGO Eli Wong dan Syed Shahir. Yang tiada Irene Pernandez diwakili Eli Wong, bekas orang kuat ABIM juga tiada tapi sudah terang-terang menyokong Khalid Ibrahim yang datang dengan idea baru 'memperkasakan reformasi'.

Kenapa mesti Khalid tanding Timbalan Presiden PKR?

Oleh kerana, kelam kelibut dalam PKR yang menyaksikan faktor wang dan juga blessing Anwar menjadi penentu maka wujudnya kumpulan serpihan yang kecewa dengan kekusutan PKR. Grup silent killer ini yang akan memberi saingan hebat pada kumpulan pro Anwar yang mahu menobatkan Azmin sebagai Timbalan Presiden dan realisasi dream team Anwar.

Sebelum ini, sudah jelas Wan Azizah menyokong Zaid Ibrahim walaupun Nurul Izzah berlapik dalam menyatakan sokongan kuatnya pada Zaid Ibrahim. Mana mungkin Azmin Ali boleh digandingkan dengan Azizah dan apabila Zaid beralah memberi ruang pada Nurul sudah ada cakap-cakap Zaid akan masuk line tanding Presiden. Ini impian Zaid seperti mana usahanya menonjolkan diri menubuhkan Friend Of Pakatan di London Julai lalu.

Dalam PKR, ada 2 grup yang besar dan berpengaruh menjelang pemilihan Satu grup pro Azmin dan satu lagi grup pro Zaid Ibrahim. Grup Azmin terdiri daripada nama-nama besar PKR, ADUN dan Ahli Parlimen. Bagaimanapun, ramai juga pemimpin popular pro Azmin yang berstatus YB tewas ditangan akar umbi. Demokrasi dikatakan.!

Itu grup Azmin yang disokong penuh Anwar dengan tagline 'Harapan Baru' tapi faktor 'transformasi' jangan dipandang rendah kerana itulah gagasan bala tentera Zaid Ibrahim. Kenapa mesti ia menjadi perhatian Azmin Ali walhal mengikut hierarki Azmin lebih jauh mendapat pencalonan dari cabang-cabang seluruh negara.

Grup Zaid diikuti setia dari kelompok bawahan. Maksudnya, pemimpin NGO, trade union, PRM dan saki baki perusuh 1998 sudah berikrar menyokong Zaid dan juga Khalid Ibrahim. Mana-mana ahli PKR yang berbinkan Ibrahim sangat berbangga menyertai grup transformasi ini.

Dalam kenyataan media Khalid Ibrahim, dia tanpa berselindung memberitahu faktor kuat untuk bertanding jawatan Timbalan adalah kerana Irene Fernandez dan juga Tian Chua. 2 figura ini yang memberi sokongan kuat kepada Khalid berserta jentera melobi yang pasti akan mengejutkan Azmin Ali.

Jika sudah 2 orang kuat NGO menyokong sudah boleh dibayangkan sokongan yang akan diperolehi Khalid. Tambahan, pengaruh Syed Shahir untuk meraih undi pioneer PRM juga sedikit sebanyak membantu Khalid Ibrahim.

Apa pun Wan Azizah dan Nurul Izzah sangat gembira dengan perkembangan yang berlaku menjelang pemilihan nanti.

1 comment:

Anonymous said...

salam,
ada yg geng azmin tu. saja nak buat gimik dan pecah undi. nampak cam demokrasi beb. depa pun tau, bila banyak yg lawan, pecah la undi. biasa tu .... buat gimik.... semua pelakon handalan tu .... kita semua kena tipu beb.