Showing posts with label PRK Galas. Show all posts
Showing posts with label PRK Galas. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

PRK Galas: Despretnya PAS...


Menjelang kempen PRK Galas, PAS dah tahu pekung aniaya orang asli agak sukar untuk ditutup lagi. Isu ladang rakyat dan kebajikan orang asli adalah isu besar yang akan menjerat PAS di Galas. Pengaruh Ku Li terhadap orang asli juga tak boleh dipandang rendah. PAS tahu susah nak cari makan kali ini.

Kolonel Mat, sudah bersusah payah memasuki hutan berjumpa Tok Batin untuk merasuah orang asli. Macam-macam cara mahu pujuk orang asli supaya pangkah undi calon PAS. Dividen RM200 sebulan belum lagi sah menjadi milik orang asli. PAS tahu pangkah BN automatik RM200 tak akan dapat.

Apa yang boleh dan sedang diracang PAS ialah menyegarkan pengaruh Chek Hashim di dalam kehidupan masyarakat Galas. Kalau boleh, isu ladang rakyat dan kebajikan orang asli perlu ditutup dengan cerita fantasi kehebatan Chek Hashim dan PAS di Kelantan.

Ini Bajet 2011 Najib yang mesra rakyat pun akan dicantah penceramah PAS. Yang paling bangsat nak kondem ialah Mr Bean PAS dan Idris 'Tertinggal Bas', si Ketua Penerangan PAS.

Ini adalah kali pertama PAS berada dalam keadaan sangat mendesak. Jika di Manik Urai, PAS gah dengan taktik lokaliti gambar Nik Aziz. Itu pun PAS potong UMNO di selekoh akhir kalu tidak malu besar PAS.

Nak tahu PAS despret atau tidak baca di sini. dan juga kat sini

Seronok woo....

Tuesday, October 19, 2010

PRK Galas: PAS Mula Dendang Keroncong Tak Konfiden.


Bila tiba saja pilihanraya kecil atau besar, pembangkang akan dendangkan macam-macam pe'el. Ada sindrom mengelabah yang teruk ada juga sindrom kawtim yang tidak berjaya.

Ini semua pe'el nak cari makan bagi parti lawan merasa selesa dan besar kepala.
PAS Akui Kelebihan BN

KUALA TERENGGANU 18 Okt. - Pas mengakui Barisan Nasional (BN) memiliki kelebihan untuk menguasai dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Batu Sapi yang diadakan serentak pada 4 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, kelebihan itu berdasarkan aspek logistik bagi menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan terutama di Batu Sapi.

Sebaliknya, pihak pembangkang termasuk Pas hanya mempunyai kemudahan yang sangat terhad berbanding BN yang memiliki kelebihan dari segi kemudahan pengangkutan khususnya udara.

Beliau berkata, bagaimanapun kekurangan itu tidak sekali-kali menghalang pihak pembangkang untuk memenangi kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil itu nanti.

"BN ada kelebihan pada dua pilihan raya serentak di Semenanjung (DUN Galas) dan di Sabah (DUN Batu Sapi).

"Bagi kita (Pas), ia adalah terhad (kemudahan logistik) tapi ini tidak menghalang kita mencapai kemenangan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pas negeri di sini hari ini.


Kesempatan ini diambil untuk peringatkan jentera penerangan parti. Jangan terlalu harapkan bloger untuk all out main isu menangkan calon. Walaupun, ada bloger yang duduk mengangkang depan laptop tak dapat turun ground tapi peranan dan tulisan depa antara jasa yang tidak harus dilupakan.

Contohi jentera Wanita yang sentiasa konsisten dalam mana-mana pilihanraya yang diadakan pasca PRU Ke-12.

Kita tau ada kutu UMNO yang cari makan pakai nama bloger untuk menyamun duit kerajaan dengan declare bloger - bloger tak bertuan ini di bawah parol kaki samun. Cucuk sana sabo sini itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan haram jadah.

Nak mencarut tapi masih boleh tahan...

Monday, October 18, 2010

PRK Galas: Bodoh Sombong PAS Yang Merugikan Rakyat

....Yang diketahui, PAS melalui Kolonel Mat (Ahmad Yaakob) dah start kempen dalam hutan jumpa orang asli. Taktik yang sama digunakan untuk rasuah orang asli ialah bawa beras, tembakau, tepung dan borang kaji selidik. Borang ini atas nama pemberian geran untuk ladang rakyat.

PAS nak lari mana? Janji dulu belum lagi setel....yang lebai PAS perut hijo tahu kondem polisi kerajaan. Mahfuz yang berkelayakan SRP bersembang semacam dia PhD dalam ekonomi. Dia perlu perbetulkan dulu ekonomi Kelantan.

Cerita bab isu ini yang boleh dilambung di Galas. Anak buah Hamidah Osman ada kasi sikit buah tangan
Inilah sikap sebenar kerajaan Pas Kelantan, kita hendak buat projek agropolitan yang boleh memberi manfaat kepada 4,000 penduduk miskin tegar di kawasan Gua Musang pun mereka tidak mahu beri kerjasama, tetapi wang premium sebanyak RM24.3 juta yang dibayar empat tahun lalu diambil.

Kerajaan negeri juga dikatakan telah dibayar oleh Syarikat dari Singapura iaitu sejumlah RM30,000.00 seekar untuk ladang rakyat. Mana perginya duit tersebut

Apa jenis mainan politik ini, tak kan kerajaan Pusat melalui Kesedar mahu melaksanakan projek pembangunan untuk kebaikan rakyat pun tidak boleh dibantu, ini janji 2006 lagi, duit dah dapat tapi geran tidak mahu beri.

Kita tidak tahu apa alasan Kerajaan Pas Kelantan dan bagi saya, sepatutnya tiada alasan untuk kerajaan negeri menolak pembangunan ini kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat tetapi pada masa yang sama, turut menyumbang kepada kemajuan kawasan Gua Musang," - Shafie Apdal

Apa cerita ni Nik Ajis, duit dah ambil tapi kerja tak buat, sampai sekarang pun enggan mengeluarkan geran tanah di kawasan tu kepada Kesedar, dosa tau.

Bila ada peluang berpilihan raya samada kecil atau besar, inilah masanya jentera penerangan parti memerintah nak ambil peluang buktikan keberkesanan sistem penyampaian.

Jangan kerana, kebanyakan agensi kerajaan bersikap mematuh pada 'goverment of the day' makanya parti pemerintah mengambil sikap menyerah.


Itu adalah satu sikap yang tidak betul dan menyakitkan.

Nak menang PRU 13 ke tak.?

Hampeh....Liverpool kalah lagi.!

Wednesday, October 13, 2010

PRK Galas: Macam Yahudi...PAS 'Rampas' Tanah Rakyat

PAS 'rampas' tanah rakyat Kelantan.

...........lebih menyedihkan apabila ada di antara tanah terbabit didakwa 'dirampas' oleh kerajaan negeri Kelantan untuk dijadikan Ladang Rakyat. Sebagai balasan, rakyat menerima pulangan semula dalam bentuk bayaran dividen bulanan sebanyak RM200.

Persoalannya, apakah tanah itu akan kekal menjadi milik mereka dan sampai bila bayaran dividen tersebut akan dibuat?. Ia merupakan beberapa persoalan yang dilontarkan oleh penduduk kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghani dalam satu pertemuan baru-baru ini.

"Bayangkan ada penduduk telah menunggu selama berpuluh-puluh tahun dan ada juga yang telah membayar deposit tetapi sehingga hari ini, mereka tidak diberikan geran. Hairannya, ada penduduk yang baru memohon telah diberikan geran. Kenapa ini berlaku kalau tidak ia ada kaitan dengan politik.

"Saya yakin pada pilihan raya kecil (Pilihan Raya Kecil DUN Galas) kali ini, Pas akan mendapat hukuman daripada penduduk tempatan. Mereka ternyata telah mengkhianati penduduk di Dewan Undangan Negeri Galas," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan masalah tanah yang semakin bernanah dalam masyarakat Gua Musang akan menjadi paksi kepada semua persoalan pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 November ini.

"Ambil tanah dan bina Ladang Rakyat, itu nama sahaja...tetapi sebenarnya pemilik sebenar ladang adalah syarikat-syarikat besar. Masalah utama selain daripada pengambilan tanah ialah tidak semua rakyat mendapat hasil, hanya segelintir yang dapat. Tidak sampai lima peratus rakyat dapat, selebihnya yang untung adalah syarikat.

"Tidak seperti kerajaan pusat melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda, rakyat tahu kerajaan memberi tanah ladang dan tanah lot untuk kegunaan mereka dan sebahagian daripada mereka sudah jadi kaya raya. Kita bukan ambil tanah dan beri kepada syarikat yang meraih keuntungan sendiri," katanya.

Ladang Rakyat yang diurus oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ditubuhkan pada 2006 dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi negeri.

Bagaimanapun, penubuhan ladang tersebut menimbulkan tanda tanya kerana sehingga sekarang, kerajaan negeri tidak menjelaskan secara mendalam mengenai kedudukan kesemua ladang tersebut, di mana kesemua pesertanya diberikan dividen sebanyak RM200 sebulan.

Boleh terus sambung kat sini

Jika PAS berhasrat mau letak Mazlan Aliman si pengganggur tegar sebagai calon PAS di Galas, kita harap depa semua pikiaq 2 kali untuk mainkan isu Felda dan kejayaan menghuru-harakan keharmonian peneroka Felda.

Walaupun si pengganggur tuh teringin sangat untuk jadi YB terhormat dengan tonjolkan diri jadi champion Felda, isu ladang rakyat dan masalah kebajikan orang asli jangan buat-buat forget. Apa yang PAS dah buat pada 'peneroka' ladang rakyat adalah lebih zalim pasal depa semua jadikan serban dan ayat-ayat Al-Quran sebagai pemanis mulut berjanji bulan dan bintang.

PRK Galas: BN Tidak Munafik Berjanji Macam Lebai PAS


Kerajaan Pusat tidak akan menjanjikan projek segera dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas atau cadangan membina universiti di Gua Musang walaupun BN memenangi pilihan raya kecil itu pada 4 Nov ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebaliknya, kerajaan akan lebih mementingkan peningkatan mutu daripada membina lebih banyak pusat pengajian tinggi dalam negara.

Kewujudan 20 universiti awam yang ada setakat ini dianggap sudah cukup untuk menampung keperluan pelajar di negara ini, kata Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Program Selangkah Ke Universiti dan majlis penutupan 1 Program 1 Daerah 2010 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kota Bharu hari ini.

Mustapa diminta mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Gua Musang Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Noor yang mahu kerajaan menimbangkan cadangan Wanita Umno bahagian itu supaya membina pusat pengajian tinggi, kolej universiti atau universiti awam di kawasan itu khususnya bagi menampung keperluan pelajar yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Mengenai dakwaan PAS kononnya kerajaan BN gagal melaksanakan janjinya pada kempen pilihan raya kecil DUN Manik Urai 14 bulan lepas, Mustapa berkata semua empat projek yang dijanjikan sudah dilaksanakan, cuma ada di antaranya mengalami kelewatan kerana masalah teknikal.

Projek terbabit ialah pembaikan rumah rakyat miskin membabitkan kos RM1.5 juta, pembinaan jambatan Manik Urai menelan belanja RM8 juta, Gelanggang Sukan di Kampung Manjor RM300,000 dan Masjid Temalir RM600,000 yang semuanya sedang dalam pelaksanaan.

"Malah, dua hari lepas, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail mengesahkan pembinaan rumah rakyat miskin di kawasan Manik Urai sudah siap sepenuhnya empat bulan selepas pilihan raya kecil DUN itu," katanya.

Beliau berkata PAS akan memerangkap diri sendiri jika cuba membawa isu projek yang dijanjikan BN itu pada kempen pilihan raya DUN Galas.

Mustapa berkata janji-janji BN terkandung dalam kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan bukan yang dikemukakan oleh pemimpin Umno dan masyarakat setempat.

Sumber : Bernama

Eloklah tiada projek mee segera turap jalan buat balai raya. Rakyat Kelantan dah bijak dan tak mau BN terikut gaya munafik PAS yang berjanji bulan dan bintang untuk perelokkan bumi Kelantan.

Lagi satu, pada pengundi Cina janganlah BN terhegeh-hegeh melutut nak bagi bermacam-macam imbuhan. Kukuhkan sokongan orang Melayu dan orang asli yang dah berzaman ditipu lebai-lebai PAS.

Tuesday, October 12, 2010

PRK Galas: PAS Dah Persiap Grup Militan.

PAS sudah menyiapkan jentera pemuda dengan mandat dari Nik Aziz dan diketuai oleh Nasruddin Militan. Dari segi perbelanjaan sepanjang kempen, Husam Musa yang akan bertindak sebagai funder. Pemuda PAS akan dibantu oleh Chegubard yang mengetuai belia rempit PKR, peluang terbaik Chegubard untuk menonjolkan diri.

Seperti PRK sebelum ini, peluang kita nak tengok belia Cina DAPSY merempit dan berpeleseran membantu calon memang tak dapat pasal stail politik DAP yang bijak. Pada depa biaq pemimpin hardcore yang ke depan, akar umbi cuma tonton melalui Astro Awani saja. Tengok stail rambut Guan Eng dah boleh tau tahap intelektual politik DAP.

PRK DUN Galas sangat istimewa. Selain daripada medan PAS nak memburuk-burukkan BN, ia juga peluang untuk depa memalit semua permasalahan orang asli dan ladang rakyat pada BN. Dah la gagal jadi pentadbir ditambah lagi dengan sikap menyalahkan orang lain.

Peringatan pada jentera BN.

Isu ladang rakyat dan pencabulan harta orang asli Lojing mesti diperjelaskan kepada rakyat kelantan. Selama ini, rakyat kelantan ditipu dengan jubah, serban dan ayat-ayat Al-Quran untuk tutup kerja sumbang lebai totok PAS. Bab ini seronok..

Isu rakyat mencekik air keruh pun perlu diperjelaskan. Kesilapan Nik Aziz menjual 'harta' rakyat kelantan untuk tutup kesilapan dia.

Skandal Kohilal Al-Autaribun. Ini lagi kerja jahat dan tak amanah lebai PAS. Walaupun siang malam tunggang tungging sembahyang 5 waktu tapi bila letak duit tepi jemaah, serban pun hilang.

Lain-lain isu, spin ikut fakta. Kalau jenis nak dapat glamer spark isu sampai hilang kredibiliti dan memalukan rakan bloger lain baik simpan hajat itu.

Minta sikit ruang untuk Pejuang Bangsa
Untuk pengetahuan puak2 hamPAS , semua 30 orang yang berdemo ini adalah anggota PAS bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Oktober lepas. Orang sendiri pun tak kenal ke ??? hahaha

Antara ahli PAS yang terlibat ialah Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, Abdullah Hashim yang merangkap wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air.

Juga individu-individu lain seperti bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau, Mohd. Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah, Md. Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail.

Alahai....takda ka bloger Kedah yang boleh diharap untuk smash isu air ini. UMNO Kedah jangan diharap. Nak harap UMB Kedah, berpuaklah hangpa sampai 2 penggal akan datang.

Monday, October 04, 2010

PRK Galas: Edisi Pondan Serang BN


Lama tak bantai Mr Bean PAS. Hari ini nak mencarut kat dia. Tak kira nak mencarut jugak. Peduli la walaupun dia ada access damage naik bas kat Puduraya. Jangan ingat dia senyap-senyap panjat hotel tiada bellman yang snap gambar dia.

Inilah pertama kali dalam sejarah, PAS menjadi begitu pondan sebelum bermula pertempuran. Dalam siri PRK mana ada PAS jadi pondan selalunya depalah yang paling haria penyamun walau yang bertanding tuh calon dari DAP, kafir harbi.

Mr. Bean buat sketsa lagi. Kali ini minta Ku Li jangan galas biawak hidup. Belum apa-apa lagi Mr. Bean dan serang BN. Langsung tak gentleman.

Nak bagi warning pada Mr Bean

Jangan ajak bloger kerajaan berentap di Galas kalu tak bersedia dengan bullet yang mantap. Mayat hidup anak Mr Bean tunggu masa untuk didedahkan gambar cium tangan di Pusat Serenti Sg. Petani.

Belum lagi dedahkan mayat hidup anak ADUN Limbongan, Zainuddin Awang. Hebat anak lebai-lebai PAS ini. Kalu didedahkan pula bohsia dari keluarga YDP PAS Kawasan mahu malu seumur hidup.

Mr. Bean kena cermin dulu sebelum sedap membalun orang lain.