Monday, January 18, 2010

Rewind: Senjata PAS Makan Diri.

Dalam buku Qazaf itu Abdul Hadi cuba menutup fitnah Pas. Ini kerana yang mendedah keaiban Anwar bukan UMNO, tetapi Pas. Mungkin ada orang-orang tertentu yang menjadi seteru Anwar dalam UMNO turut menggunakan keaiban Anwar untuk menjatuh beliau selepas tersebar khabar angin mengenai salah laku seks beliau, tetapi yang jelas ialah Pas lebih ketara dan lebih berkesan dalam menggunakan isu itu untuk menghentam kerajaan.

Sebagai contoh Pas melalui Harakah dan Tamadun membuat serang besar-besaran dalam mendedahkan keaiban Anwar dengan tujuan untuk menggunakan isu salah laku seks beliau sebagai senjata untuk menjatuh kerajaan.

Harakah dan Tamadun pada tahun 1997 dan tahun 1998 menyiarkan pelbagai cerita dan komen yang sensasi mengenai Anwar dan yang jelas menjejaskan imej bekas Timbalan Perdana Menteri ketika beliau masih berada dalam kerajaan.

Ahmad Lutfi hampir setiap keluaran Harakah dan Tamadun menulis tulisan yang mencemarkan imej Anwar. Ahmad Lutfi baru mengubah pendirian dan berhenti menyerang Anwar pada September 1998.

Beliau dalam Harakah keluaran 7 September selepas Anwar dipecat mula mengubah pendirian dan menunjukkan sikap sedikit simpati kepada Anwar dan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pula.

Selain Harakah dan Tamadun, ceramah-ceramah Pas juga digunakan untuk mendedahkan keaiban Anwar untuk menjatuhkan kerajaan. Ahli Parlimen Kuala Kedah, Muhamad Sabu umpamanya dalam ceramah beliau di merata tempat menggelarkan Anwar sebagai Anwar al-Juburi.

Selain itu Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md. Taib pernah bersetuju membuat rakaman video dengan seorang mangsa Anwar ketika beliau masih menjadi Imam Masjid Negara. Beliau pada ketika itu masih bekerja dengan kerajaan, tetapi hati telah berpihak kepada Pas.

Dikatakan beliau bersetuju membuat rakaman luahan hati mangsa berkenaan kerana berniat untuk merencanakan perkara itu bagi menentang Anwar dan sekali gus membantu Pas menjatuh kerajaan.

Bagaimanapun, seperti kata pepatah, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya.
Pas atau Taib Azamudden tidak sempat menggunakan rakaman video dengan mangsa Anwar sebagai senjata untuk menghentam UMNO atau kerajaan.

Ini kerana tidak berapa lama selepas itu Anwar dipecat daripada kerajaan dan UMNO. Sedangkan Taib Azamudden pula kembali ke pangkuan Pas. Sebagai hasilnya senjata Pas itu menjadi senjata yang memakan diri sendiri.

Kini rakaman video Taib Azamudden itu tersebar luas di kalangan masyarakat. Jika memperhatikan tindak tanduk Taib Azamudden sejak berada dalam Pas, kita akan mendapati bahawa beliau merupakan seorang ahli politik Pas yang paling kurang bercakap tentang Anwar.

Kenapa? Jawapannya kerana beliau sendiri percaya apa yang dilakukan oleh Anwar berdasarkan kepada perbincangan beliau dengan mangsa Anwar yang dirakam dalam video itu.
Rakaman yang memakan masa lebih satu jam dan salinan yang dibuat ke atas kertas pula melebihi 20 muka surat itu mengandungi pertanyaan, minta nasihat, kaunseling dan pandangan agama oleh mangsa.

4 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..TU YG SAMPAI SKRG AZAMUDIN SONYAP SERIBU BAHASO. DIA PUN JARANG NAK KUAR STETMEN PSL PAS SBB TAKUT AIR LUDAH KENE MUKE SENDIRI. BARU2 NI ADE GAK DIA KOMEN PSL KALIMAH ALLAH. TU PUN KOMEN SUAM2 KUKU JEK. NMPK SGT ORG2 DLM PAS DH PENING KENE PUSING 360 DARJAH SESAMA SENDIRI. KEHKEHKEH

TAKEBEER!!...TAKEBEER!!...TAKEBEER!!!

tak suka jubo said...

bro,

itulah kelebihan pas. mereka boleh bertukar macam-macam kaler.

sepatutnya chameleon tuh bagi kat pas jer..mesti banyak sokongan jubo..

Anonymous said...

artikel lama tapi bagus nak kasi refresh orang maalayu yangt buta kayu

Anonymous said...

sampah