Tuesday, January 05, 2010

Karut: Sejak Bila PAS Tahu Pasal Keharmonian Kaum.

Demonstrasi sebegini jika mempertahankan Islam adalah lebih jihad.

Bagi mengelakkan PAS terpalit dengan permainan bantahan jalanan maka PAS terpaksa mengeluarkan respon ini bagi mengelakkan daripada dokongan duniawi mereka keliru.

Malaysiakini.com, Jan 5 2010

PAS menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat. PAS juga menyatakan kesediaannya untuk menjelaskan isu tersebut kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam. Seperti contoh gambar diatas

Pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat lajnah biro politik parti itu di ibunegara malam tadi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

Tokey - Nampak benar PAS sudah serba salah bila lambat bertindak untuk selarikan dengan falsafah mempertahankan kesucian Islam.

8 comments:

Anak Lenggong said...

Apa nak heran..pemimpin PAS hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan kuasa sahaja..meraka cuma menggunakan agama untuk menarik sokongan rakyat..perjuangan jalanan mereka cuma yang boleh menguntungkan mereka sahaja..tengok lah isu bahasa inggeris mereka senyap sahaja ini isu islam mereka pun buat tak reti disebabkan sekiranya mereka menyokong apa yang dilakukan oleh umno ..maka pada mereka mereka akan hilang sokongan daripada puak kapir..dan ini lah sikap hipokrit PAS dan kepada orang melayu...fikir lah..mana satu jalan yang kalian pilih..kita sebagai rakyat biasa yang menentukan jalan mana yang kita pilih

Hamdan said...

Selama ini PAS tak pernahpun fikirkan perasaan orang lain khususnya UMNO.

Apa yang PAS katakan kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang seagama dan sebangsa dengan PAS.

Agak melucukan apabila PAS tiba-tiba memikirkan tentang keharmonian; lainlah kalau PAS memikirkan tentang bangsa dan agama lain lebih dari bangsa Melayu dan Islam.

aliffnajmi said...

Mana hilangnya brother berjubah putih yg baring atas jln masa Nizar 'jatuh' dulu tu?

Yg nama lebih suci, kalimah Allah atau Nizar?

Anonymous said...

SLM BRO..UMAT ISLAM DH DI ASAK SAMPAI KE TEPI JURANG!. KESUCIAN DAN MARUAH ISLAM DI HUJUNG TANDUK! PAS TAK KAN MAMPU BUAT APE2 SELAIN TURUT SAMA MENGAGUNGKAN AGAMA KRISTIAN MELEBIHI AGAMA ISLAM!...HARKK PTUIH!!

matrengganu said...

Salam brother aliffnajmi,
ooo brother berjubah putih tu dah mati.. accident tu hari masa merempit kat Highway DUKE.

diari-anwar said...

Salam Tuan,

Sangat menyedihkan PAS hari ini kerana telah menerima ajaran songsang anwar ibrahim laknatullah.

Salam perkenalan

Lord Garam said...

Sahabat,

Banyak pahala kita kerana menerangkan kemungkaran PAS yang mempermainkan ajaran Islam.

Diari Anwar,

Salam perkenalan dari saya

Adi Jagat said...

nampaknya dalam isu ini PAS masih dibuai mainan politik, nak sokong sepenuhnya takut umno jadi juara, tak sokong takut PAS di salahkan oleh masyarakat Islam, sedih betul saya dengan sikap pas ini. sampaikan isu allah pun nak main politik lagi. pergi mampos lah dengan PAS dalam PRU akan datang.