Apabila Nik Amalina Nik Abdul Aziz menegur segelintir pimpinan PAS yang tidak mempertahankan Ayahandanya, lalu beliau mendesak mereka yang berkenaan meletak jawatan; pandangan Nik Amalina tidak dijawab dengan hujah yang bernas atau bertanggungjawab, sebaliknya Nik Amalina dilabel sebagai pembuka pekung dan pengkhianat PAS. Apabila saya menegur YB Khalid Samad yang nampak terlalu terpengaruh dan menari-nari dengan rentak mainan kumpulan bukan Islam, dengan nas, dalil, bukti dan fakta, dan mendesak beliau supaya keluar PAS, beliau tidak menjawab dengan hujah bernas dan bertamadun. Sebaliknya beliau melabel pandangan saya sebagi pro-UMNo! Inilah budaya politik ingusan yang ujud dikalangan ahli politik Malaysia mutakhir ini.
Selepas itu dia tambah lagi,
Saya memberi amaran kepada YB Khalid dan mereka yang sewaktu dengan beliau perlu ingat, majoriti penduduk dan pengundi dalam negera Malaysia ini masih orang Melayu beragama Islam! Jangan ingat kerana orang Melayu beragama Islam bertolak ansur dan bersabar, tidak bising dan tidak riuh rendah maka mereka boleh ditolak-tolak dan diperkotak-katikkan. Kelak nanti mereka akan menghukum Pakatan Rakyat sekiranya spesis saperti YB Khalid ini terus dibenarkan bermaharaja lela. Teguran saya secara ikhlas dan terbuka terhadap beliau berdasarkan hujah bernas dan berdalil itu tidak lain hanyalah untuk menunjukkan kepada umat Islam bangsa Melayu di Malaysia bahawa dalam Pakatan Rakyat nasib dan maruah umat Islam masih dibela dan dipertahankan, agar mereka terus yakin dan menyokong Pakatan Rakyat
Ini respon Datuk Harun Din yang lagi ekstrim mengufurkan Khalid Samad:-
Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.Timbalan Mursidul Am PAS itu juga meminta pemimpin politik yang menyatakan persetujuan pengunaan nama Allah di kalangan pihak kristian mengkaji semula sokongan tersebut sambil menyeru umat islam bersatu pandangan dalam isu nama Allah ini.
Tokey- PAS sendiri tidak konsisten dalam agenda perjuangan Islam. Bagaimana mahu memimpin umat Islam Malaysia jika perkara sebegini sensitif ahlinya caca merba. Inilah akibatnya bila takut dengan bayang-bayang sendiri. Dunia..dunia..!
2 comments:
uncle khalid ni, kalau masih ada maruah .. baik resign jerr ...
Salam,
Baik Khalid Samad stay dlm PAS lg cepat pakatan hancurrrrrrrrrrrrrrr
Post a Comment