Friday, January 29, 2010

Tak Semudah Itu Anwar Hendak Ke Mahkamah


Penetapan tarikh 2 Feb 2010 sebagai tarikh Anwar mempersiapkan barisan Peguam untuk Sodomi II adalah seperti tarikh-tarikh yang sebelum ini. Walaupun mahkamah membatalkan permohonan Anwar bagi mendapatkan beberapa 'elemen penting' Anwar sebenarnya tidak gagal.

Seperti sebelum ini, bila menjelangnya tarikh perbicaraan Anwar akan mengulangi taktik dan teknik untuk 'mengelat' daripada berbicara soal kelambu dengan Saiful di hadapan para hakim,peguam,juri,keluarga dan yang utama kisah itu tidak boleh diketahui oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Bagi rakyat, taktik 'rally' yang diguna Anwar sudah sampai tahap menyampah tapi bagi pemujanya ia ibarat satu kemenangan yang harus diraikan. Momentum kebencian yang ditiup Anwar harus konsisten dan membengkak untuk persiapan ke Putrajaya.

Difahamkan, Anwar sudah memfailkan permohonan affidavit pada 28 Jan 10 untuk mengenepikan pertuduhan itu dan pada 2 Feb kelak dijangka Anwar akan memohon mengemukakan rayuan. Apa yang akan berlaku.? Satu lagi langkah 'slow motion' Anwar akan berjaya.

Seperti drama melayu yang boleh dibaca babak seterusnya, Anwar tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke mahkamah hanya mahu mengaibkan diri daripada berbicara soal keadilan yang dicari-cari Saiful. Tagline lawan tetap lawan ibarat sampah yang ditelan bulat bulat para penyokongnya.

Rakyat sudah semakin sedar, ' Mat Delay' seperti Anwar mengukuhkan lagi tanggapan bahawa perilaku sonsang Anwar benar-benar berlaku. Berilah apa saja alasan jika benar-benar diri seorang pejuang, berjuanglah seperti pahlawan terbilang. Itu lebih mulia dan dijulang.

Renungkan, tak pernah berlaku dalam dunia orang menubuhkan parti politik hanya kerana pemimpin politik ditangkap atas kes liwat dan orang juga tak tubuhkan parti politik hanya untuk menyelamatkan satu keluarga dan menyusahkan satu negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

bungaraya said...

Dan bayangkan kenapa Pak Hadi, Nik Aziz, Husam Musa, Sallahuddin Ayub, dan ramai lagi sanggup menyokong Pak Liwat atau Mat Delay tersebut itu?. Apakah ada ayat suci yang membenarkan kita meletakan seorang kaki liwat selaku pemimpin utama sebuah negara islam????