Friday, January 29, 2010

Baru Sedar Sikat Rambut Tepi Seorang Diktator.!

Lim Dikritik Pemimpin PKR
Dipetik dari mstar
Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis. Malah beliau turut menegaskan, pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.

Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP .

'Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya. Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya. 'Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

'Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam,' katanya. Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

'Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,' 'Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahkan kepada kroni,' katanya."
Tokey - Ramai Melayu yang dah tau, cuma Zahrain yang baru perasan pasal gelap hati dengan kesegakan rambut belah tepi Guan Eng.

5 comments:

ZAFAN said...

Ibaratnya orang buta pun tahu apa jenisnya Lim Guan Eng ni. Zaharin dan kelompoknya saja yang tak tahu. Mengekalkan pengaruh lebih penting daripada memenuhi agenda kebebasan seperti yang mereka laung-laungkan dulu..Mereka adalah perosak negara, virus yang memusnahkan banyak kebaikan...

shonzu said...

Aik, inikah bayangan Khalifah Umar yang penganut hamPAs dan PKR bangga2 kan selama ini. Nama pun Lim GorEng, memang puak2 Pengencing Rakyat pun kena 'goreng' la dengan mat sikat ke tepi ni sebelum PRU yang lepas.

Jadi, kalau dah terbuka mata dengan perangai Lim GorEng sekarang ini, faham2 la kepada siapa yang harus kita berikan undi pada PRU akan datang.....

pakngah santan said...

kesian mamat ni baru tahu perangai lge. dap melaka pun tendang dia keluar, lari pulak ke penang. tapi ada melayu penang pi sembah dia hanya kerana digula-gulakan pemerintahan ala khalifah umar abdul aziz dan ayat 'amar makruf nahi mungkar'.

tapi kita tunggu dan lihat. esok lusa tulat tunggeng, si mamat zahrain ni akan peluk erat balik lge. takat mana dia boleh bising. politik beb...

hanizam said...

hari ni kutuk-kutuk, esok peluk-peluk lak...wayang je tu...

amieiezam said...

Ada orang melayu PR yang tak dapat tender kot...pasal tuh marah sangat...dulu janji lain SAMA RASA SAMA RATA...sekarang telan la KATA-KATA, bleh tanak jadi nasi kot!!!

*sama rasa sama rata sesama DAP je