Mungkinkah kisah kapak terbang ada kena mengena dengan pendedahan berkaitan kronisme dalam politik Kelantan. TG melihat politik Kelantan jarang menimbulkan perhatian umum. Jauh sekali berbangkit isu yang menjadi topik hangat meja bulat. Apa yang ada lebih kepada permasalahan PAS pusat.
Apa pun motif terbangnya kapak ke kereta seorang bekas exco kanan kerajaan Kelantan boleh dianggap kerana sikap dendam dan tidak tahan dengan pendedahan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Nik Aziz. Kisah kapak terbang juga membuktikan PAS sanggup buat apa saja bagi memenuhi agenda tertentu.
Ini membuktikan bahawa PAS adalah satu partai yang keji dan penuh dengan sikap dendam dan busuk hati. Kisah kapak terbang juga adalah 'KPI' PAS mengamalkan politik barbarian yang sanggup buat apa saja untuk memuaskan hati sendiri. Sedangkan kapak boleh dibaling apatah lagi hendak dibakar gereja, orang PAS sanggup berbuat apa saja demi Islam (kononnya).
Siapa yang sanggup baling kapak jika hati tidak didendami dengan perasaan iri hati. Mengapa tidak membaling kapak itu kearah rumah orang UMNO, musuh yang harus depa perangi.? Kerja ganas sebegini yang paling ekspert adalah orang-orang PAS yang dijamin syurga dan sanggup berjihad demi syahid.
PAS lantang menuding jari menyalahkan UMNO punca kepada pembakaran gereja. Tanpa usul periksa terus menekan UMNO punca kepada masalah itu. Strategi PAS adalah untuk membuatkan UMNO berada dalam keadaan yang bersalah. Sepertimana kenyataan YB Keldai [sini].
Pusing balik, kenapa mesti ada pihak yang dendam hingga sanggup baling kapak jika tidak kerana sikap assabiyah taksub kepada pemimpin. Pasti, individu yang baling kapak tidak sanggup melihat Nik Aziz berterusan di uji kanan dan kiri. Jangan pula YB Keldai [sini] konfiden menuding jari UMNO dalang dalam hal ini.
Allah maha berkuasa, setiap yang dirancang pasti ada hikmahnya. Isu kalimah Allah dan gereja terbakar menampakkan lagi dengan jelas sikap kepura-puraan PAS. Di tangan kanan PAS kononnya lantang memperjuangkan Islam tetapi di tangan kiri penuh dengan najis mempermainkan agama.
Tokey - Bakar gereja sama macam modus operandi KMM yang saki baki masih bertebaran di Malaysia. Jihad KMM sanggup buat apa saja seperti mengebom kilang Carlsberg beberapa tahun dulu. Kenapa yang baling kapak tidak membakar kereta kickdefella.? Itukan lebih thriller...
Tidak mustahil puak PAS yang bakar jika kapak pun mereka sanggup baling demi Nik Aziz inikan pula dendam kerana Allah diperdagangkan maka gereja menjadi sasaranya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
Kate PAS bakar gereja kerana mungkin mendendam nama ALLAH dipermainkan,tp dalam mase yg sama kata PAS kononnya melaungkan Islam...
Ape ni...
Nampak sgt...buat salah,tak buat pun salah..
Post a Comment