Tuesday, January 12, 2010

Sebiji Kek Ekonomi

La ni dengan sebiji kek sudah mampu untuk tingkatkan taraf ekonomi. Begitu hebat pemikiran orang-orang biznes. Tak susah, beli kek kemudian hantar dan tunggu hasil.

Ini ada satu kisah Pak Pandir yang bijak. Mungkin Nik Aziz boleh ambil iktibar.

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...

Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

2 comments:

Anonymous said...

hahahaha

Tungaklangit said...

salam

penuh bermakna bagi yang mengetahui