Thursday, January 14, 2010

PRU Akan Datang Tolonglah Reject Khalid James Samad

Khalid 'James' Samad adalah Ahli Parlimen yang bertaraf pailang dan sampah. Otak dia besar sikit dari Mahfuz Omar walaupun jawatan Mahfuz dalam PAS lebih besar dari Khalid. Sangat menyedihkan kepada penduduk Shah Alam yang berwakilkan Khalid 'James' Samad. Depa semua pasti menyesal tak sudah memberi Khalid kedudukan sebagai wakil rakyat. kakitangan kerajaan Selangor yang bermaustatin di Shah Alam kuasa undi anda boleh mencampakkan Khalid ke longkang 2 tahun lagi.

Khalid dalam blognya mengecam MAIS dan JAIS kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam.Menurutnya, nama MAIS dan JAIS tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid). Khalid berkata, sekiranya pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mahu terbabit dalam politik, maka beliau hendaklah menubuhkan sebuah parti dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Sungguh kaldai mentaliti Khalid.! Sungguh takbur dan bongkak ahli PAS seumur hidup ini. Khalid terlupa depa inilah yang mengundi memberi peluang kepada Khalid untuk merasai nikmat sebagai YB dan kuasa yang besar. Nikmat yang diberi Allah, Khalid caci dan persenda.

Isu kalimah Allah sebenarnya menuntut permuafakatan. Isu ini juga telah menguji PAS dalam agenda memperjuangkan Islam. Khalid telah lupa kalimah LILLAHITA'ALA. Dia lebih gembira menggunakan isu ini demi kepentingan politik sonsang.

TG ingin bertanya jika JAIS dan MAIS tidaks sealiran dalam hal ini siapa yang boleh lagi diharap untuk mempertahankan.? Unit Amal, Lujnah Politik atau Majlis Ulama PAS..! Tapi tak pastilah jika sebenarnya niat kotor Khalid 'James' Samad sebenarnya berdendam Hassan Ali yang menerajui MAIS.

Kaji balik, Khalid tersepit sebenarnya. Selepas PAS meluluskan Kelab Penyokong PAS (KPP)menjadi Dewan kepentingan golongan inilah yang lebih dimuliakan Khalid dan PAS. Inilah matlamat depa. Sokongan marhaen bukan Islam lebih mulia daripada berjuang ke jalan Allah. Nauzubillah..PAS sudah songsang.

TG memberi tempoh sehingga ke PRU ke-13 pasti akan kedengaran desakan KPP untuk menjadi calon pilihan raya kerana merasakan sokongan yang kuat dalam dewan itu. Pada masa itu, PAS akan berada dipersimpangan yang gelita. Inilah akan terjadi.

Tokey - Apa lagi yang boleh diharap dengan PAS.? Agama sudah digadai, maruah telah dilacurkan. Hanya mengira untuk keuntungan duniawi. Wallahualam

2 comments:

Anonymous said...

Khalid james memang manusia yang bongkak. kesian orang shah alam yang pilih dia jadi yb.

next GE tolonglah campak khalid ke longkang

TokeyGaram said...

anon,

hehehe..cayalah..

hehehe..