Tuesday, January 19, 2010

Ibrahim Ali: No More Islamic, PAS Sudah Membangun Bersama DAP

BATU PAHAT 18 Jan. - Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan Allah agar menjauhkan parti berkenaan daripada amalan tersebut.

Katanya, amalan itu turut membuktikan Pas bukan sahaja sama seperti parti lain, malah lebih teruk daripada itu.

"Lebih baik jika Nik Abdul Aziz berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan menantunya agar tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan daripada berdoa untuk 'cah keting'," katanya selepas merasmikan Perkasa Negeri Johor di sini semalam.

Kira-kira 1,000 orang dari beberapa daerah di negeri ini hadir pada majlis pelancaran itu. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Yang Dipertua (YDP) Perkasa Sabah, Musli Oli dan YDP Perkasa Sarawak, Abang Nasser Abang Hadari.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa mengulas kenyataan terbuka Menteri Besar Kelantan bahawa wujud budaya cah keting dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Menurutnya, jika 20 tahun dahulu Nik Abdul Aziz sering berdoa untuk kesejahteraan rakyat Kelantan tetapi kini beliau terpaksa berdoa untuk 'cah keting' agar amalan itu tidak terus berleluasa dalam parti.

"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP," katanya.

Sementara itu, Ibrahim meminta para pemimpin Islam yang tidak arif dalam soal akidah dan hukum Islam tidak lagi memberikan sebarang kenyataan berhubung isu agama.

Menurutnya, ini perlu bagi mengelak kekeliruan orang ramai yang akhirnya merugikan umat Islam sendiri.

"Biarkan alim-alim ulama muktabar memberikan pandangan mereka," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Jeffry said...

SLM BRO..MASA AKU KAT SITU SUASANA MMG BERSEMANGAT!. NAIK SEME BULU AKU HEHEH. WAKIL YDP SABAH MUSLI OLI CUKUP MANTAP. TAK KURANG JUGAK YDP S'WAR ABG NASIR. PERGHH MMG SYIOOK!! MMG BTUL CKP WAKIL DR KEDUA2 NEGERI TU. X PATUT BTUL SI BOTAK TU KATA KALIMAH ALLAH BLH DI GUNAKAN DI SANA PD HAL KAT SANA PUN RAMAI ORG MELAYU YG BERAGAMA ISLAM. MCM ADE DABEL STENDET PLAK.APE KES ADOIYAII