Friday, January 22, 2010

PRN Perak.? Bhg 2

Sebelum ini TG persoalkan adakah Nizar bersedia untuk kosongkan kerusi DUN.? Jawapan itu hanya Nizar yang tahu.!

Jika keputusan mahkamah memihak kepada Nizar sekalipun pasti Tuanku Sultan tidak akan perkenan untuk dibubarkan. Alasannya, ia akan membazirkan duit rakyat dan membuang masa.

Kenyataan Nizar berkaitan sokongan kepada PR makin merosot sebenarnya lebih untuk mengejutkan semula lamunan rakyat dan meraih semula sokongan kepada PR setelah pelbagai isu yang tidak memihak kepada PR khususnya PAS setelah lesu dalam agenda perjuangan Islam dan Melayu.

Secara umumnya, 28 ADUN PR Perak tidak bersedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing terutamanya ADUN PAS yg sudah 'tercabar' dengan arah sokongan rakyat kepada BN Perak. Kecelaruan PAS antara penyebab pengundi yg memberi undi kepada PAS dulu sudah sedar dengan tingkah laku PAS yg akrab bersama DAP dan PKR. Pengundi masih meyakini BN untuk mentadbir.

Apapun kita hanya merancang Allah S.W.T yang menentukan bukan Nik Aziz yang auta tentukan sorga dan neraka seseorang itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: