Wednesday, January 20, 2010

Nizar Akui Sokongan Melayu Kepada Pembangkang Di Perak Merosot

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, PAS dan PKR tumbang setelah dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.

Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sumber - Bernama

6 comments:

Anonymous said...

KAN AKU DAH CKP BROO. DIA NI OTAK KATUN. PATUTNYA DH LAMA DIA BERSARA DR POLITIK JEK. BUAT KEJE LAIN YG LEBIH BERPEKDAH KEHKEHKEH

Anak Lenggong said...

Tak nak mengaku pulak dia cuma pacacai DAP...sudah laa nizar ko tu memang tak reti nak tadbir pebenda pun..jangan kan nak tadbir sebuah negeri..nak tadbir persatuan bolasepak perak pun tak reti...udah laa tu..orang suruh letak jawatan tak nak..sebab pada dia hanya dengan cara terus memegang jawatan PAFA sahaja orang perak boleh ingat nama dia...pada dia peduli apa dengan orang lain janji dia dapat terus meroyan...punya laa takde isu sampai dia pegi sembahyang jumaat pun nak dijadikan isu kah kah kah..punya laa bangang ko yang heran ngan dapat gelaran IR pulak tu..

10 BUDAK HITAM said...

Finally, apabila kebenaran dah tak dpt diputarbelit, barulah nak sedar hakikatnya.

10SBH percaya,tunggu 2-3 hari lagi,akan kuar isu baru yg kononnya Nizar ni di aniaya atau cerita keburukan BN Perak.

Anonymous said...

pkr babi

Anonymous said...

Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

- makna dah iktiraf la kerajaan
la ni.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Kenapa Nijar da Mangkey risau sangat pasal sokongan Melayu pada pembangkang dah merosot??? Bukan ke dia jadi MB dulu pun atas ihsan pengundi (baca DAPig) Cina je.

Nak kata kerusi hamPAS di Perak tu banyak, bilangannya tak sampai jumlah jari sebelah tangan pun.

Kalau takut sangat tak dapat jadi MB sebab undi Melayu dah lari ke BN, masuk je ke parti DAPig. Conform boleh jadi MB Kartun di Hospital Bahagia nanti.