Thursday, April 01, 2010

Umum: Najib Membiarkan Anwar Menyalak Bukit



Antara kelebihan yang ada pada Najib adalah mempunyai otak yang bijak untuk bermain seni politik yang hebat. Tanyalah veteran politik pasti mereka mengakui kenyataan ini. Lihatlah betapa hebatnya Najib membawa Malaysia menyusun langkah untuk menjadi sebuah negara maju hasilnya Model Ekonomi Baru terlaksana.

Najib mahu menunjukkan kepada Anwar bahawa jawatan PM yang digilai oleh Anwar sebenarnya bukanlah perkara kecil. Gambarannya lebih besar dan menuntut komitmen dan tanggungajawab yang berat. Jika kelebihan bercakap kosong tanpa keperluan fakta yang menyeluruh kehebatan pemimpin tidak akan terserlah.

Sudah banyak contoh yang menunjukkan Anwar tidak berkemampuan untuk kearah itu. Sebagai bukti, apabila pendedahan Datuk Zaharain dan Zulkifli Nordin gagal disanggah Anwar dengan bermaruah. Dia lebih senang menyalahkan orang lain tanpa mempertahankan diri tiada kalimah keramatnya..'lawan tetap lawan'.

Najib memandang sinis Anwar dengan cuba membawa perubahan yang besar kepada Malaysia. Secara jujurnya, dasar MEB yang sedang dilaksanakan perlu didokong seluruh rakyat dengan penuh harapan. Najib sinis bahawa beliau lebih senang bekerja keras membawa kesejahteraan rakyat daripada melayan perkara remeh politik yang ditimbulkan Anwar. Dia tahu rakyat sedang menilai prestasi kedudukkannya.

Apabila Anwar mengatakan MEB meniru agenda ekonomi pakatan sebenarnya mendedahkan Anwar kepada rakyat akan mentaliti kelas ketiganya. Tapi apa yang baik memberi kelebihan kepada kerajaan untuk menilai segala aspek kelemahan dasar tersebut. Inilah yang dicatur Anwar untuk Najib menjawab bagi menimbulkan keraguan terhadap kredibilitinya.

Amat malang bagi Anwar, Najib lebih hebat berpolitik. Dia terus memandang kehadapan dan membiarkan barisan panglima-panglimanya melayan dodoi Anwar. Strategi yang berkesan untuk memperlihatkan kepada rakyat, Anwar dan rangkaian pembangkang sibuk berpolitik tanpa perubahan kemajuan yang boleh dibanggakan.

Najib kelihatan berjaya membuatkan Anwar menyalak bukit menanti bukit itu runtuh. Bagi kumpulan yang mengaku memperjuangkan Islam, selagi hayat Anwar ada mereka tidak kisah memperkudakan Anwar hanya dengan satu matlamat menumbangkan pokok besar dan mendabik dada akan kehebatan itu.

1 comment:

Pemerhati said...

Yang nyatanya ialah kedunguan PAS yg menyokong Anwar iaitu orang yg akan kalah dlm kes liwatnya!