Friday, April 23, 2010

H.Selangor: Woi Mahfuz...Pak Tam Pun Tak Mau Kaki Botol.

Ini yang aku cedok dari sahabat blog. Boleh ringankan jari klik kat sini
Orang Kuat PAS Kuala Kubu Baru, Haji Ariff Kamaruddin atau lebih dikenali sebagi Pak Tam bersama 25 veteran pas yang mengumumkan keluar dari pas hari ini, antara sebab mereka keluar parti :-
  1. Mendakwa perjuangan pas telah lari dari landasan sebenar, sudah lah telah lari dari landasan perjuangan, dakwanya lagi, pas langsung tidak mengambil endah tentang nasib ahli dan penyokongnya.
  2. Sebelum berkuasa, pas berjanji macam-macam dengan ahlinya, janji mereka akan mendahulukan kebajikan ahli dan penyokongnya. kini bila sudah berkuasa, segala janji-janji itu hilang.
  3. Bila ada kematian atau kenduri kendara, muka YDP PAS kawasan pun tak nampak, dulu semasa pemilihan, janji nak bantu ahli, janji itu lah janji ini lah, bulan bintang pun dia janji, tapi bila dah menang, dah jadi YDP batang idung pun langsung tak nampak.
  4. Kecewa kerana calon PR ni seorang yang rendah moralnya dan tidak sepatutnya pas menyokong calon yang rendah moral macam ini.
  5. Jadi untuk tidak mahu menambah dosa kerana bersubahat, jadi lebih baik kami keluar daripada pas, kerana kami tidak mahu bersubahat menyokong peminum arak dan kaki judi.
Eloklah kalu dah sedaq, kami yang dok main blog tiap-tiap hari dah lama tau PAS itu tunggang langgang, tipu orang kampung. PAS dulu betoi memang berjuang untuk agama tapi PAS hari ini sangat memalukan.
Syaitan pun menangis tengok kelakuan PAS hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

webwinkel beginnen nl ervaring webwinkel beginnen goedkoop

Look into my blog web shop