Monday, April 19, 2010

H.Selangor: Murahnya Maruah PAS


Bercerita tentang PAS memang seronok. Mereka sudah hampir 50 tahun wujud diatas muka bumi ini. Daripada berfahaman ekstrem hinggalah menjadi sekular melampau.

Politik PAS mudah dibaca dan senang diagak. Biarlah apa jua fatwa dan gambaran tentang Islam ditangan PAS pasti PAS mampu merubah mengikut acuannya. Jika perkara tersebut tidak memberi keuntungan maka ditentang habis menghasut ahli.

Tetapi jika memberi keuntungan politik jangka panjang nescaya syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS. Mengkritik PAS bukan kerana membenci tetapi kerana mengenangkan penat lelah pejuang terdahulu PAS, sangat menyedihkan pejuangan PAS hari ini.

Politik PAS hari ini mudah sangat ditipu kerana alasan keterbukaan dan penerimaan tanpa melihat kebelakang dan belajar daripada sejarah lampau. PAS hanya pentingkan duniawi dan bagi mereka Islam hanyalah nama dan bukan suruhan yang perlu dikembangkan.

Ulang semula apa yang diputuskan di dalam mesyuarat ke-6 Jawatankuasa Kerja agung PAS:-
Perkara 5.5 - terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama Kelantan, inilah jawapan kata putus:

5.5.1 - PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan MANA-MANA pertubuhan yang bukan Islam.
Harus ingat kapasiti Nik Aziz ketika itu adalah sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Nik Aziz menentang keras dengan DAP dan mana-mana parti yang tidak 'Islamik' berdasarkan 'ketinggian' ilmu agama.

Tapi selepas PRU ke-12, PAS berubah terus dan menerima dengan hati terbuka gabungan parti 'tidak islamik' sebagai rakan yang disanjung.

Inilah kenyataan Nik Aziz yang banyak melukakan hati penyokong ekstrem PAS.
"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, syaitan pun saya boleh terima"
Di Hulu Selangor, PAS terpaksa dikerah tenaga untuk memenangkan calon tidak bermoral ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Calon yang ditonjolkan PKR adalah calon yang pernah dibenci, dicaci PAS kerana fahamannya yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.

PAS tahu luar dalam Zaid Ibrahim malah pernah berdoa solat hajat melaknat manusia itu.

Keadaan di Hulu Selangor lain. PKR cuba rebranding Zaid dengan imej baru. Semua billboard, kain rentang dan risalah pasti diletakkan gelaran HAJI bagi memenuhi permintaan PAS untuk menyedapkan ahli dan penyokong.

PAS sedar dengan cara itu saja mampu untuk menutup sebelah mata dan menahan hati yang marah. Apa boleh buat, keinginan untuk berkuasa dan gilakan undi PAS sanggup dikudakan apa saja.

Mungkin PAS terlupa sejarah. Blog ini akan mengingatkan sejarah PAS. Pada tahun 2004, Hj. Zaid Ibrahim menang besar untuk kerusi Parlimen Kota Bahru atas tiket BN. Selepas pada itu, Kelantan dilanda banjir besar paling teruk sepanjang 20 tahun.

Apa yang diucapkan Husam Musa dalam roadshow ceramah telah dilupai oleh rakyat Kelantan dan penyokong PAS amnya. Katanya, banjir ini adalah bala tuhan kerana rakyat memilih seorang pemimpin yang tidak bermoral dan diagung-agungkan.

Hari ini apa yang PAS buat.? Dikerahkan tenaga memenangkan calon tidak bermoral itu. Begitu murah maruah PAS digadai semurah pelacur di Jalan Hamzah, Kota Bahru.

Syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS...

12 comments:

Anonymous said...

PAS dah ada bini banyak. Nak tanggung bini banyak mengguna duit rasuah balak di Kelantan. Bayar nafkah bini muda RM3.0juta dari duit rasuah balak. PAS di depan amal jariah dan di belakang rasuah.Macam Anwar sama rata & depan belakang sedap sahaja

Anonymous said...

Insaflah bro! Cerita lama jangan diungkit! Kita buka cerita baru! Kita buka botol baru! Baru ummmmmph!

Anonymous said...

PAS pun lahir daripada sistem pemerintahan british...kenapa british benarkan penubuhan PAS sbb nak pastikan melayu tak boleh bersatu. apabila orang UMNO bersatu dibawah UMNO...malayan UNION haup!!! jadi penubuhan pas semasa negara masih terkesan dengan pemerintahan british adalah bukti bahawa penubuhan PAS sebagai batu pemecah perpaduan melayu.

Melayu Pasir Gudang said...

Tahniah anon 1.53pm.

Satu fakta yang cukup padat dan tepat "PAS DI TUBUHKAN SEBAGAI BATU PEMECAH PERPADUAN MELAYU ISLAM". Itulah cerita yang sebenar yang tidak di tulis didalam sejarah pernubuhan PAS.

Memilih pas bermakna kita memilih untuk berpecah sesama bangsa dan agama.Katakan tidak kepada PAS.

Hari ini lebih nyata lagi apabila Mudalilul Am pas Nik Najis sendiri berkata lebih baik berkerjasama dengan DAP dan syaitan daripada bersatu dengan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

hanizam said...

bukan iblis & syaitan je menangis, haiwan yang terang-terang takda AKAL pun meraung tengok ape yang parti Sesat ni buat...

Murahnya PAS sampai dah takda harga yang boleh diletakkan...macam sampah yang tak boleh dikitar...layak dilupuskan oleh KUALITI ALAM je...

alang-alang dah dekat Hulu Selangor ni, humban je kat Pusat pelupusan Sampah kat BUKIT TAGAR...

kalau Pemimpin PAKATAN lalu nak pergi kencingkan Penduduk Felda Kedangsa @ Sg. Tengi, pasti tak mau pandang langsung tempat tu...

Jalak Lenteng said...

Dlm sejarah berparti di M'sia, PAS lah yg paling malang.
Dlm hubungan antara parti..PAS juga yg paling lemah.
Dlm garis perjuangan parti..PAS adalah yg paling bodoh lagi membangangkan apabila ketepikan perjuangan islamnya bila saja bersengkongkol dgn DAP sosialis yg lebih kurang komunis itu.

Anonymous said...

kuda tunggangan pkr adalah pas. memang mereka sedari. namun, segalanya menjadi halal bila memihak kepadanya. matlamat menghalalkan cara! pas parti yang penuh hipokrasi terhebat di abad ini. PAS HIPOKRIT!
- nicky von arjese

Anonymous said...

Xpe bini banyak,dari pasang papuan banyak.buat zina..kawen x zina..rasuah2 balak mcm la ko tau cerita,tunjuk la bukti..mcm la UMNO tu baek sgat,bt keje pun nak habuan..Bila PAS dapat negeri xde isu lain la korang ni, Balak, balak balak.mcm la Mase UMNO xde balak kena tebang? Klu bagi tebang xkan xde dapat pape kan..PAS dulu serpihan UMNO, sbab UMNO terlalu ikut ajaran BRItish la yg ALim Ulamak kua UMNO..Nak Tubuh negara Islam Bukan pada nama saje, Tp amalan Islam kena Buat..sedarla Rakyat Malaysia makin Tenat Akhlak,sebab name je Islam amalan x buat..Jgn Ckp diri sendiri yg kena jge,PEMERINTAH la yg boleh buat Undang dan amal Undang2 Islam..jgan duk Pikir MONEY! je.

Anonymous said...

Eh betul ke citer ni? Eh silap ni...mana ada rasuah dalam liPAS...

Aku sikit pun tak percaya citer ni sebab Hashim, UpcoUMno, 1Malaysia 1Israel cakap tak ada rasuah dalam Lipas. yang ada rasuah parti lain aje....

kah kah kah kah

Anonymous said...

Takda rasuah hal balak dalam PAS. Tu derma bkn salah. HALAL tu. Dlm PKR seks kira sedekah. Bahalol punyo PAS. PARTAI ANAL SEX

Anonymous said...

puak2 giler babi dlam pembangkanh takkan pecaya ape yg dikabarkan.
Bagi depa semuanya yg UMNO /BN tak betul
Mereka saje yg betul walaupun sanggup lacurkan agama.

Inilah bahaya nya Parti Ajaran seasat ciptaa ritish. tapi puak ulamak tajaan sanggup buat semata2 nak penuhkan berut dengan wang balak

Janji macam2 tapi tak tunaikan utk rakyat.

Macammana agaknya kalau kita suruh rakyat Kelantan solat hajat dan doakan bala kepada pemimpin Pas yang tak buat kerja utk rakyat. Sampah sarap merata-rata, longkang takde hingga hujan sikit banjir. banjir tiap2 tahun berlaku di Kelantan. Jalan raya lagi teruk.....

benda2 lain tak yg sebutlaaaaa terukkkkkk.

macammana agaknya cadangkan wa ni....

Anonymous said...

web winkel beginnen lego webwinkel beginnen

Have a look at my website ... nuwebwinkelbeginnen.nl