Sunday, April 18, 2010

H.Selangor: Modal Cerita...Zaid Cuci Dosa.

PAS rasa sangat malu.? depa rasa sangat malu dengan ahli dan penyokong. Dulu PAS yang beriya-iya balun Zaid Ibrahim masa dia jadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bahru.

PAS jangan lupa ucapan Husam Musa tahun 2005 ketika Kota Bahru dilanda banjir, kata Husam banjir itu adalah bala tuhan kerana Kota Bahru ada pemimpin macam Zaid.

Orang PAS amnya tahu perilaku Zaid yang kuat minum air setan dan 'free thinker' yang tak percaya tuhan.

Malam tadi, Zaid berceramah di Kerling. dia cuba membuka nostalgia ketika masih di dalam UMNO. Zaid berucap, memang benar dia dulu kaki botol. Dalam rumah penuh dengan arak.

Tapi itu dulu, Zaid cuba pancing undi dan salahkan UMNO kerana menjadikan dia seorang yang kuat minum arak. Orang PAS tahu sejarah Zaid.

Untuk membersihkan diri Zaid jelaskan dia sudah bertaubat. Cerita Saidina, sahabat Nabi jadi sandaran Zaid nak cuci dosa dulu.

Mana mungkin Zaid sudah bertaubat..! tak mungkin kerana dalam UMNO dia jadi alkoholik dan kini nak pancing undi Zaid sudah bertaubat. Betul ker Zaid dah bertaubat.?

Sudahkah Zaid bertaubat depan Nik Aziz untuk komfomkan dia benar-benar bertaubat, atau kerana Zaid sudah pergi umrah maka dosa-dosa silam sudah terhapus.

Politikus macam Zaid sanggup buat apa saja untuk tipu rakyat. Dia keluar UMNO kononnya kerana prinsip. Itu semua alasan bila menjadi orang yang terdesak.

PAS tahu Zaid lompat pun kerana dia kalah di Kota Bahru. Jawatan Ketua Bahagian gagal digengam dan Zaid pun lompat.

Jika Zaid sudah bertaubat kenapa mesti Hadi Awang terpaksa kerahkan sokongan kepada PAS. Hadi tahu PAS Kelantan dan Terengganu memboikot pencalonan Zaid. Jentera dari kedua-dua negeri pun enggan bekerjasama.

Ini yang tidak mampu dilakukan untuk meyakinkan penyokong kerana depa sudah tau tabiat buruk pemimpin yang berstatus Islam cuma di kad pengenalan.

Manusia memang cepat lupa kerana nakkan sokongan duniawi agama pun sanggup dijual beli. Memalukan

4 comments:

Anonymous said...

"ia keluar UMNO kononnya kerana prinsip" Abih apa prinsip dia sebagai seorang muslim? Adakah dia seorang muslim yang berperinsip?

fatamorgana said...

PAS nampaknyer terpaksa menelan semua penghinaan yg zaid pernah lontarkan dahulu demi kuasa yang mereka kejar. Zaid tetiba diangkat menjadi wali suci untuk wakili PAKATAN HARAM di HS.

Anonymous said...

matlamat menghalalkan cara, pas itu hipokrit!
- tokgarooajes

Anonymous said...

webwinkel beginne webwinkel beginnen zonder kvk

Have a look at my web page webwinkel beginnen als hobby