Thursday, April 01, 2010

APCO: Rupanya Ramai Kenalan Anwar Disitu.

Sebelum Anwar heboh dalam ceramah-ceramah seluruh negara menipu orang kampung, kita tanya dia dulu siapa kawan-kawan dia dalam APCO. Siapa mereka dan bagaimana dia boleh mengenali kesemua mereka. Anwar cuma mahu menyalahkan kerajaan konon tetapi sebenarnya dia sudah tersilap langkah.

Tiba-tiba kita terlupa seketika pasal kes liwat Anwar yang sepatutnya dia hadapi dengan bermaruah. Anwar Ibrahim memang bijak mengalihkan perhatian tetapi selalu juga dia tersilap langkah. Anwar ketika ini sudah berjaya mengalihkan perhatian rakyat dengan isu APCO yang dikaitkan dengan pentadbiran Najib dalam pelaksanaan gagasan 1 Malaysia. Anwar mengaitkan gagasan tersebut meniru slogan 1 Israel yang dibuat oleh APCO.

Sebenarnya, Anwar hanya bermain retorik. Mengambarkan kepada umum bahawa Malaysia ketika ini mengikut telunjuk yahudi. Tetapi penjelasan bukan pendedahan yang dibuat anwar di parlimen lebih bersifat persepsi. APCO sendiri sudah mengeluarkan kenyataan tidak wujud sama sekali kerjasama antara kedua pihak. Boleh klik kat sini.

Baiklah, jika Anwar gagal membuktikan secara jelas kaitan itu blog ini boleh mendedahkan kaitan Anwar bersama individu-individu di dalam lembaga penasihat APCO. Jangan kita tersilap pandangan, mereka semua adalah sokongan kuat Anwar di lapangan antarabangsa dan juga terlibat dengan APCO secara langsung. Anwar mempunyai ramai kenalan dalam APCO yang sedia berkhidmat samada dari aspek operasi, peribadi mahupun melaksanakan dasar-dasar umum.

Siapa didalam APCO yang mempunyai kaitan dengan Anwar?

Kita mulakan dengan Stephen Solarz, antara penasihat didalam APCO. Dia adalah bekas ahli kongres US, bekas Pengerusi dewan rakyat bagi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa, Jawatankuasa untuk Hubungan Asian dan Pasifik dan Jawatankuasa bagi Afrika. Stephen dan Anwar sudah lama kenal dan sama-sama dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Crisis International Group. Boleh klik kat sini.

Berikut adalah kenyataan Stephen Solarz yang mengagumi Anwar sebagai Timb. Perdana Menteri yang tidak sehaluan dengan Tun Mahathir. Klik sini

In highlighting this absorptive capacity of Indian culture, Mr. Sen also challenges the notion that Asian values are somehow different from Western values, and that human rights is a Western, and hence foreign concept for the Asian mindset. He would have approved of the response the former New York Congressman Stephen Solarz gave a journalist in Singapore in the late 1990s. The reporter asked him if democracy was after all a Western value, since Singapore's then Senior Minister Lee Kuan Yew and Malaysia's then Prime Minister Mahathir Mohammed had said so. Mr. Solarz replied that he could think of several Asians who would disagree with that view, and they included the Dalai Lama and Anwar Ibrahim.

Stephen Solarz mengenali Anwar Ibrahim ketika dia masih lagi berjawatan Timb.Perdana Menteri. Ketika era reformasi, Stephen secara terbuka melahirkan sokongan kepada Anwar ketika berucap di Persidangan World Trade Organization (WTO) tahun 1999 yang pada masa itu Anwar telah dipecat daripada kerajaan kerana kes liwat.

Sergio Marchi

Sergio Marchi, ahli penasihat APCO boleh klik sini. Seorang bekas Duta Kanada ke WTO. Fakta menarik mengenai Sergio, dia adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim dan boleh dilihat sokongannya kepada Wan Azizah. Klik di sini
Earlier, Mr Anwar's wife, Azizah Ismail, met a delegation of Canadian Government ministers who are in Malaysia for the Asia Pacific Economic Co-operation (Apec) forum. Canadian Foreign Minister Lloyd Axworthy and Trade Minister Sergio Marchi met Azizah Ismail at a hotel in a show of solidarity with Mr Anwar, who Mr Axworthy described as a political detainee.

Jadi tidak hairan jika Anwar mempunyai ramai kenalan didalam APCO yang sesungguhnya menyokong dan membantu menaikkan nama Anwar digelanggang antarabangsa.

Aleksander Kwasniewski

Aleksander Kwasniewski adalah bekas presiden Poland dari tahun 1995 – 2005 dan berfahaman komunis. Aleksander semasa pentadbirannya melaungkan slogan “Poland for All” dan polisi ketenteraan ke Iraq. Selain dari Stephen Solarz, Aleksander juga adalah ahli jawatankuasa eksekutif Crisis International group bersama-sama Anwar. Mereka jugalah yang menandatangani perjanjian Annoplis Palestin – Israel yang berat sebelah tidak mahu Israel mengalah dengan Palestin. Selain itu, kedua-dua mereka pernah bersama berkhidmat di University Georgetown. Boleh klik kat sini.

Lalit Mansingh

Seorang lagi rakan baik Anwar didalam rangkaian APCO ialah Lalit Mansingh. Klik sini. Lalit ialah bekas Menteri Luar dan Duta India ke US. Kaitan Lalit dan Anwar adalah kerana kedua-dua mereka ialah ahli kepada International Adivisory Group yang terlibat secara serius didalam Managing Global Insecurity (MGI) Project. Projek ini adalah untuk memelihara peranan US dalam isu keselamatan, implikasi perubahan global dan dasar luar US sepertimana peranan US didalam G20,PBB,IMF dan Bank Dunia. Projek ini dijalankan bersama Brooking Institution, Stanford University dan Center on International Cooperation di University of New York. Mengapa mesti Anwar memainkan peranan yang aktif didalam organisasi yang memberi keuntungan kepada US dan tidak cuba membuat sesuatu kepada Malaysia, tanahairnya sendiri.

Jane Nelson
Selain 4 orang individu APCO diatas, Anwar juga berhubung rapat dengan Jane Nelson. Boleh klik sini. Jane Nelson ialah Pengarah bagi CSR Initiative berpusat di Kennedy School of Government, Harvard University dan Pengarah di Business Leadership dan Strategy di Prince of Waled International Business Leaders Forum. Perkenalan mereka bermula selepas Anwar dibebaskan dari penjara sekitar 2004 – 2005. Anwar dan Jane pernah menjadi speaker utama pada 2005 di Persidangan Accountability di London dimana lebih memberi fokus kepada kepentingan akauntabiliti dan pembangunan abad ke 21.

Elliot Abrams
Elliot Abrams, nama itu sudah membayangkan seorang yahudi yang pro-Israel. Elliot juga teman rapat Anwar dan sama-sama berperanan didalam APCO sebagai ahli majlis penasihat antarabangsa. Sebelum ini, Elliot adalah timbalan penasihat keselamatan US. Pernah berkhidmat semasa era Presiden Ronald Reagen dan juga George W. Bush. Beliau antara playmaker dalam konflik Iran. Pada 7 jun 2007, Elliot dan anwar terlibat secara langsung bersama New Endowment for Democracy (NED) dalam memfokuskan kepada demokrasi global sebagai penceramah utama. Boleh klik sini dan sini.
Sahabat blog pernah mendedahkan Elliot berusaha mempromosikan Anwar Ibrahim diperingkat antarabangsa kerana kononnya Anwar adalah pejuang demokrasi tulen. Klik sini

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Sebelum Anwar berasa bangga dengan penjelasannya walaupun bukan pendedahan secara langsung, kaitan-kaitan individu diatas perlu Anwar jawab dengan fakta dan bukannya retorik ataupun jalan pintas dengan enggan menjawab persoalan peranan mereka bersama Anwar.


Jika APCO sendiri sudah menafikan dan pendedahan Khairy Jamaluddin sini lebih menarik perhatian, boleh disimpulkan Anwar sengaja mahu mencipta retorik untuk mengalih perhatian terhadap kes liwat dan pergolakan yang sedang membarah didalam PKR. Yang jelas, Anwar tersilap menghebohkan perkara ini kerana pekungnya sendiri kini sudah terbuka dan tidak boleh ditutup lagi.

Bagaimanapun satu perkembangan yang sangat menarik dengan retorik yang dibuat Anwar ialah apa yang mahu ditunjukkan Anwar kepada umum atau sebenarnya Anwar sendiri sudah tidak berdaya lagi untuk menghalang 'suara-suara ghaib' mendesaknya melaksanakan misi yang sudah dijalankan. Boleh klik kat sini.

Jika bertaraf Ketua Pembangkang Anwar sudah mengikut telunjuk yahudi bagaimana jika ditakdirkan dia mejadi Perdana Menteri.? Habis digadai bumi yang bertuah ini.

7 comments:

Anonymous said...

salam bro....stephen solarz merupakan "founder" dan juga menjadi Jawatankuasa Eksekutif di dalam International Crisis Group [ICG] ini. Selain itu, Shlomo Ben-Ali iaitu bekas Menteri Luar Israel turut menjadi ahli kepada pertubuhan ini. Manakala APCO Worldwide merupakan Lembaga Penasihat Antarabangsa ICG. Maka DSAI sememangnya mempunyai kaitan dengan APCO secara tidak langsung. Maka penjelasan beliau [yang lari tajuk] mengenai hubungan di antara APCO dengan Israel terhadap konsep 1 Malaysia amatlah diragui dan boleh disangkal.


DSAI boleh pirgi mampussss!!!

Anonymous said...

Current leaders of ICG (as of April 2009):- 1) Lord Christopher Patten - Co-Chair, Crisis Group, Former European Commissioner for External Relations, Governor of Hong Kong and UK Cabinet Minister; Chancellor of Oxford University
2) Thomas R. Pickering - Co-Chair, Crisis Group; Former U.S. Ambassador to the UN, Russia, India, Israel, Jordan, El Salvador and Nigeria; Vice Chairman of Hills & Company.

Perhatikan nama Thomas R. Pickering. Beliau menyertai Parti Kadima pimpinan Ariel Babi Sharon ini pada 2005 selain pernah menjadi US Ambassador to Israel. Maka dapatlah kita lihat bahawa penglibatan Nuwar Babi Berahim dalam ICG turut mempunyai kaitan secara langsung dalam penindasan rakyat Palestin.

Anonymous said...

Bro...tadi wa post komen yang sama wa post kat sini pada blog Nuwar Babi Berahim...tapi admin x approve..memang pengecut betol la..kalau telus sangat, approve je la...langsung x adil walaupun nama parti Nuwar Babi Berahim adalah Parti KEADILAN Rakyat...memang dasar pengecut betol...

Sumpah aku xkan mengaku Nuwar Berahim pemimpin ulung!!!

Anonymous said...

usaha sama tu meragukan kalian?hanya kerana mereka ada usaha sama dalam sesuatu pertubuhan itu dikatakan anwar mengikut telunjuk mereka?adakah salah untuk membuat sesuatu yang baik walaupun idea itu daripada orang kafir?adakah kita harus menyempitkan fikran kita?bagi saya penjelasan tadi hanyalah bersifat hendak menjatuhkan peribadi anwar...dia juga ada usaha dalam membangunkan islam...itu tidak disebut pula dalam blog ini..jelas niat menulis itu sekadar untuk menjatuhkan aib anwar..andaian boleh dibuat oleh sesiapa sahaja..tetapi apa2 pun..Allah jugalah yang maha mengetahui...

walaubagaimanapun,penulis menulis segala macam kata2 ini...pihak kerajaan masih belum menjawab di parlimen..bukti kukuh sudah ada ditangan anwar,tapi sebaliknya tindakan dikenakan terhadap anwar...ini satu sikap yang pengecut...dokumen pun ada..bersama tandatangan pembantu si polan...silalah jawab segalanya yang diisukan dsai...

kalau tak dapat menjawab...anwar dan si polan itu tidak ada bezanya..yang bergaduh mereka..rakyat yang tersepit..

Anonymous said...

aku tweet anwar smlm..aku cabar dia letak jawatan ketua pembangkang kalau kalah hulu selangor. Selama ni dia tak balas tweet aku, tp smlm dia balas! Dia bengang, panggil aku khadam Najib! huahua...Dia suruh aku cabar Najib kalau kalah Hulu S'gor. Aku ckp aku akan cabar Najib kalau dia hilang 4 MP dgn adun2.hahaha pastu terus tak reply..Anu-ar ni bukan pandai sgt sebenornye..pandai berckp jek..putar belit nak lebih.Aku tak respek langsung dgn dia..org akan nampak how low he is kalau depa stop respecting him..aku akan teruskan annoy dia..http://twitter.com/pedutorres

Panglima Perang Cyber said...

bro- pinjam untuk artikel balas prk hulu selangor siri 3.

artikel ini sangat hebat.

sexy audio stories said...

I was helpless,there was nothing I could deny this stranger, I was his, body andsoul. The crack troops are having problems getting hard dick out of thelocal boys while holding a powergun to their heads.
true interracial stories
first fuck stories
sex with dog stories
women and stories of beastiality
deaf dumb and blind bondage stories
I was helpless,there was nothing I could deny this stranger, I was his, body andsoul. The crack troops are having problems getting hard dick out of thelocal boys while holding a powergun to their heads.