Wednesday, June 17, 2009

Perkara Yang Perlu Kita Tahu Berkenaan Chin Peng @ Bapa Komunis

GM malas nak cakap pasal si bapak komunis nie tapi jari ni dok panggil-panggil supaya taip sesuatu untuk tatapan mereka yang buta dan jahil tentang sejarah. GM huraikan beberapa perkara yang perlu kita renungkan dan laungkan mengapa pengganas nie perlu diharamkan tapak kakinya menyentuh bumi yang bertuah ini.

1. Terdapat cubaan unutk menjadikan Chin Peng@komunis gila sebagai wira negara kerana beliau merupakan Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu sebuah pertubuhan yang diharamkan dan sejak tahun 1948 hingga 1988 kerana menjalankan kerja-kerja ganas yang seganas-ganasnya. Kita lihat tragedi Bukit Kepong sudah la.

2.Berdasarkan rekod, dalam usahanya untuk kembali ke Malaysia, Chin Peng sejak 4 MAC – 4 APR tahun 2005 telah memfailkan lima (5) affidavit di mahkamah untuk membolehkannya mendapatkan perintah agar beliau diterima sebagai warganegara. Selepas itu, beberapa siri perbicaraan mahkamah telah dibuat sepertimana berikut:

a) Pada 25 Mei 2005 kes Chin Peng@Komunis Gila mula didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
b) Pada 26 Jul 2006 kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Rayuan Khas Kuala Lumpur
c) Pada 31 Jul 2007 Hakim Mahkamah Tinggi Jalan Duta memutuskan bahawa Chin Peng@komunis gila perlu mengemukakan sijil kelahiran untuk mengesahkan status kewarganegaraannya
d) Pada 1 Ogos 2007 Chin Peng@komunis gila setelah gagal mengemukakan sijil kelahirannya beliau telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi membolehkannya kembali ke Malaysia untuk menghadiri perbicaraan secara ‘in-person’.
e) Pada 28 Jun 2008, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia
f) Pada 17 Jul 2008 Chin Peng telah membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan.
g) Pada 30 APR 2009, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan rayuan Chin Peng.

3. Di dalam isi kandungan perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan PKM yang ditandatangani pada 2 Dis 1989 telah dipersetujui bahawa mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu memberitahu kepada pihak berkuasa Malaysia dalam tempoh tidak kurang setahun daripada tarikh perjanjian ditandatangani untuk proses temuduga dan dokumentasi.

4. Dalam kes Chin Peng @ Komunis Gila telah mengemukakan permohonan untuk kembali ke Malaysia sehari sebelum tempoh yang diberikan berakhir iaitu pada 1 Dis 1990. Bagaimanapun, penganas ini tidak menghadiri proses temuduga yang ditetapkan pada 31 Okt 1992 oleh pihak berkuasa Malaysia. Sejak itu beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan baru, sebaliknya menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewarganegaraannya.

5. Tindakan ini menunjukkan bahawa Chin Peng enggan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatanganinya dan juga tidak mematuhi undang-udang negara sepertimana yang dikehendaki di dalam perjanjian tersebut. Pada masa yang sama, kesemua ahli PKM yang memohon kembali ke Malaysia dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan telah diterima kembali tanpa sebarang masalah. Untuk makluman pembaca semua Chin Peng ini tidak mahu ikrar taat setia kepada Raja dan YDP Agong betapa angkuh dan sombongnya Chin Peng. Anwar Asshole tak kisah semua itu.

6. Isu mengenai CHIN PENG juga pernah dibawa di Parlimen oleh Chua Tian Chang, AP BATU pada bulan Nov 2008dan baru-baru ini isu ini menjadi panas setelah Anwar Asshole menyatakan sokongan untuk Chin Peng pulang ke Malaysia. Harus diingat kenyataan yang dikeluarkan Anwar adalan untuk mengalihkan perhatian dan cubaan untuk meraih simpati sokongan bukan melayu khususnya masyarakat cina apabile kes liwatnya akan mula berkemundang di seluruh channel berita utama 1 Julai nanti.

7. Pada 15 Jun 2009, ketika sesi Parlimen berlangsung, Yusmadi Yusof dan juga Tian Chua mempersoalkan larangan kerajaan berhubung isu ini. Yusmadi mempersoalkan adakah kerajaan pilih kasih kerana sudah diketahui Almahrum Shamsiah Fakeh telah dibenarkan pulang pada 12 Jul 1994 dan Yusmadi Yusof cuba untuk mengheret kepada sensitiviti kaum dalam isu ini.

8. Tahniah juga diucapkan kerana cadangan supaya Dewan Bahasa Dan Pustaka mewujudkan satu frasa kata baru iaitu Chin Peng bermaksud Penganas Komunis Negara didalam kamus dewan edisi terbaru.

4 comments:

PAPA GOMO said...

SALAM, DI HARAPKAN SAUDARA DAPAT MEMBANTU SAUDARA KITA SAIFUL BUKHARI DENGAN MENYEBARKAN ARTIKEL INI.

ANWAR JUBURI MEMINTA RAKAMAN,BUKTI DNA,NAMA SAKSI YANG ASAL UNTUK APA??? LAYAKKAH SEORANG TERTUDUH DI BERI SEGALA SENARAI SAKSI??? http://www.gomounited.com/2009/06/rakaman-cctvdnaketerangan-112-saksi.html

ANWAR AL-JUBURI SEDANG CUBA MENGHAPUSKAN BUKTI YANG ADA DALAM KES LIWAT NYA INI!!!

TAAVEEKUN PERAK said...

Teman awal2 lagi dah nak tmuntah bila dengo chin peng nak masuk ke Malaysia.
Apekehe nyer deme bz bebeno bincang bende2 yg tak berfaedah ini.
Elok bebeno kalau kita satukan dulu UMNO dan PAS.
Teman dok pikio penyatuan 2 parti Islam ini sgt2 perlu buat masa ini.
Sape antara 2 parti ni taknak bersatu dah kompom parti ini parti ASSOBIYYAH.

zizOu21 said...

dia soh bnrkan kmskn chin peng ke mesia ni xlaen xbkn atas dsr nak amek undi bukan melayu selain utk sokongan bkaitan kes liwat dia yg coba2 dia lewatkan.. dia nak mintak delay lg laa GM.. cian anak pompuan dia merangkap pompuan demo jalanan wat statement yg anuar al juburi akan hadir kes perbicaraan.. haha.. kalo xslh bakpo mu nak takut nuar?? hehe

Lord Garam said...

GOMO,
KEBENARAN PASTI MEMIHAK PADA SAIFUL INI KEYAKINAN AKU..

RAHMAN,
HUA..HUA..MUNTAH TERUS JGN SIMPAN-SIMPAN LAGI. PENYATUAN MELAYU DAN ISLAM ADALAH KEUTAMAAN KITA. TOLAK IDEOLOGI KEPARTIAN YANG PENTING KITA UNITE.

ZIZOU,
DALAM KES CHIN PENG NIE, ANWAR CUBA DIVERT DAN MASUK SIMPATI CINA..DAH SAMPAI TANAH SUCI YA..! ALHAMDULILAH