Monday, June 01, 2009

Ingatan Kepada Orang Melayu Islam

1. Sebagai orang Melayu yang prihatin dengan situasi politik terkini, tidakkah kita berasa amat risau melihatkan betapa orang Melayu kini tidak lagi segan silu menggadai maruah bangsa semata-mata untuk beroleh kemenangan? Melihatkan ADUN Pantai Remis membaca surah yang menurut beliau Surah Aura, yang tidak pernah wujud pun di dalam Al-Quran, dan dengan bacaan yang sama sekali salah dan memalukan dalam satu kempen di Bukit Gantang, beliau memilukan hati. Pilu apabila tiada seoarang ahli PAS yang tampil untuk membetulkan kesalahan ADUN DAP itu, sebaliknya bertepuk tangan gembira, kalam Allah dipermainkan. Pernah berlaku di Permatang Pauh, pemuda-pemuda HINDRAF mengepalai laungan…. “TAKBIR!!!”, disambut oleh pemuda-pemuda PAS dan PKR (ISLAM) dengan laungan …. “ALLAH HU AKBAR !!!”.


2. Pemimpin pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim, ketika berkempen di Batang Air tanpa segan silu ‘membenarkan’ nama Allah digunakan oleh penganut lain, selain agama Islam. Beliau menegaskan, selama ini larangan wujud kerana UMNO. Sedarkah beliau implikasi yang bakal berlaku? Sedarkah Anwar agenda tersembunyi puak Nasrani terhadap penganut Islam di Negara ini? Wahai saudara-saudaraku, berbaloikah kemenangan dengan menggadaikan agama?

3. Situasi politik di negara ini semakin buruk dan membimbangkan. Bukan Melayu semakin berani mempersoalkan hak keistimewaan bangsa Melayu. Malahan kedudukan Islam sebagai agama rasmi juga berani diganyang oleh pihak-pihak tertentu. Malang sekali apabila tindakan ini turut didalangi oleh saudara-saudara kita, sebangsa dan seagama, dalam PAS dan PKR.

4. Adakah bangsa Melayu Islam sudah bersedia untuk kehilangan hak dan keistimewaan? Isu ini amat membimbangkan, apatah lagi melihat rakan pakatan DAP, iaitu PAS, sebagai PARTI ISLAM, menikus apabila berhadapan dengan DAP mengenai isu Islam dan hak Melayu.


5. Kebimbangan kita semakin terbukti apabila melihat kesetiaan Nizar Jamaludin dipergunakan oleh DAP untuk menderhakai DYMM Tuanku Sultan Perak dalam peristiwa hitam baru-baru ini. Nizar bukan saja dipuji oleh ahli PAS, malah dianggap hero yang memperjuangkan keadilan oleh rakan sekutu mereka, DAP. (YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI UNTRUK MENGHANCURKAN MELAYU/ISLAM).

6. Drama di Perak memperlihatkan ‘ketaksuban sehingga membutakan mata’ orang Melayu yang menyokong pembangkang. Orang-orang Melayu/Islam tidak mampu lagi berfikir secara waras, malah ada orang Melayu yang berjubah dan berserban, yang sanggup berbaring di tengah jalan.

7. Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebenarnya membuktikan bahawa orang Melayu/Islam telah berpecah. Sebaliknya, undi bukan Melayu sentiasa bersatu, kerana mereka tahu dengan jelas, matlamat dan agenda mereka (UNTUK MENGHANCURKAN MELAYU/ISLAM). Undi Melayu sebenarnya dipecahkan oleh emosi dan kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu yang gagal mentafsir agenda tersembunyi parti serpihan PAP dari Singapura, DAP, yang sentiasa memperalatkan PAS dan PKR. Malangnya, PKR pimpinan Anwar Ibrahim di Pulau Pinang, hanya MENANG SORAK, tetapi kepimpinannya BERSELERAK. Orang Melayu di Pulau Pinang .. masih HAPRAK !!!

8. Ingatlah Singapura yang sudah tergadai dan nasib yang menimpa warga Melayu Singapura. Fikirlah untung nasib anak cucu kita di kemudian hari. Jangan pula anak cucu kita yang menjadi mangsa kesilapan kita, yang gagal berfikir dan gila kuasa.
Daripada Anak Jati Permatang Pauh

7 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

sama2 kita lawan anwar ibrahim

Kumbang said...

salam bro,
lawan tetap lawan..

selingkar kasih said...

mari kiter sedar kan bangsa melayu... kiter kempen road show satu persekutuan tanah melayu peri pentingnya bersatu padu sesama kiter.....

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Orang Melayu bermain perasaan dgn berfikir melalui Hati.Kureng org Melayu fikir gunakan Otak.Sebab itulah kejadian demi kejadian terjadi.Entah lah bila orang2 Melayu nak sedar.

wakdanial said...

salam bro...kita perlu terus lawan..tapi x setuju satu je...x semua melayu penang haprak..there are better word than haprak..haprak is too mu8ch la...

org waras said...

BTOL 2 WAKDANIAL...
BUKAN SMUA HAPRAK BRO..
YG X RETI2 SOKONG PAKATAN RAKYAT JE YG HAPRAK... HAHAHA

garamanis said...

SALAM SAHABAT,

MAAF, PENGUNAAN 'HAPRAK' ADALAH TERLALU KERAS DAN KASAR..

BENAR TIDAK SEMUA ORANG MELAYU PENANG HAPRAK HANYA YANG MENYOKONG PAKATAN SIALAN YANG HAPRAK DAN BUTA HATI.