Thursday, February 05, 2009

Perak:PAS Sedang Sujud Syukur


Baru sebentar tadi Sultan AZLAN SHAH menitah SELEMBUZAR perlu meletakkan jawatan sekali gus memberi laluan kepada BN mempersiapkan barisan kepimpinannya dalam membawa PERAK ke era pemerintahan yang lebih adil dan teratur.

SELEMBUZAR perlu menerima hakikat bahawa kereta Camry yang diidamkannya akan dilelong tidak lama lagi..belum sempat first servis BN terpaksa menanggung kos servis 16 buah Camry..!Inilah dinamakan merakyatkan ekonomi acuan Anwar Ibrahim Munafikun, siapa yang akan pandu Camry tersebut selepas ini.?membazir sungguh..

Para cendiakawan PAS, situasi PERAK adalah musibah akibat kegopohan, keangkuhan dan tipu muslihat yang tidak disedari oleh rakyat Perak terutamanya penyokong tegar PAS. Adakah PAS menangisi kehilangan kerusi MB Perak ke tangan BN atau PAS sendiri sebenarnya merestui rempuhan BN setelah menyedari kelemahan PAS dalam mentadbir akibat diikat kiri dan kanan.

Umum mengetahui PAS adalah boneka di Perak disebabkan Sultan menitahkan calon Menteri Besar harus seorang Melayu dan yang paling penting beliau seorang Islam..Inilah kehendak Tuanku.! tetapi PKR gagal mengusulkan calonnya yang berkaliber walaupun dulu ADUN Behrang (Bebas) antara nama-nama yang disebut menjadi boneka di Perak.

Memadangkan Sultan menitahkan wakil PAS menjadi MB disitulah bermulanya kepincangan politik Perak..Jika DAP itu punyai ADUN Melayu dan Islam sudah pasti DAP yang paling berkuasa di Perak. Tetapi Allah maha mengetahui segala tindak tanduk PR mula menampakkan keretakkan.

Gagalnya PR di Perak sebenarnya memberi kekalahan dari segi moral kepada PAS dalam mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam setelah dicabul dengan rakus oleh Anwar Ibrahim Munafikun.PAS menyedari dengan mengambil tindakan luar biasa ini, PAS tidak perlu lagi menjadi boneka kepada PR kerana telah diketahui Anwar Ibrahim Munafikun lebih condong mengembirakan rakan komunisnya.

PAS sebenarnya tidak rugi apa-apa atas kehilangan ini kerana inilah masanya PAS mengkaji semula peranannya dalam PR terutamanya di Selangor. Dimana Anwar Ibrahim Munafikun dan kumpulan Erdogannya disaat PAS Perak cuba menepis segala serangan BN. Tidak seperti ketika Anwar Ibrahim Munafikun melaungkan pembohongan paling besar dalam sejarah negara 'menubuhkan kerajaan 16 Sept'.Disinilah dapat dinilai semangat setiakawan rakan-rakan ketika susah dan senang.

Jika dilihat permulaan kepada keruntuhan PR di Perak..jarang benar mendengar jeritan Anwar Ibrahim Munafikun dan Kumpulan Erdogannya dalam menghadapi serangan BN...kerana apa.? Anwar Ibarahim Munafikun sebenarnya telah terperangkap dalam permainan ini dan Datuk Seri Najib telah men'checkmate'kan langkah Anwar Ibrahim Munafikun awal-wal lagi..

Dan harga yang paling besar harus dibayar PAS dengan kehilangan kerusi MB..Anwar Ibrahim Munafikun menyedari kesilapannya dan disebabkan itu beliau bertindak mendiamkan diri membiarkan SELEMBUZAR terkontang-kanting menepis asakan BN..Secara tidak langsung Anwar Ibrahim Munafikun sendiri yang membunuh PR dari belakang. Paling merasa kesannya adalah PAS.

PAS yang terkena taiknya dan PAS jugalah diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim Munafikun dan Kumpulan Erdogan. Sudah pasti menjelang Muktamar PAS yang dijangka 3 Jun 2009..PAS harus mengusulkan kepada perwakilan untuk keluar dari Pakatan Keparat.! Selepas ini perkara ini akan menjadi topik utama perbincangan meja-meja bulat dan warung-warung kopi seluruh negara.

Kepada PAS Kedah tadbirlah negeri mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Dato' Seri Azizan pasti selalu curiga mencurigai dalam kalangan exconya kesan dari musibah di Perak. PR Kedah juga dalam keadaan berjaga-jaga kaler merah kerana terdapat ura-ura beberapa ahli exconya akan mengikuti jejak langkah rakan-rakan di Perak untuk berpaling tadah. Dengar khabarnya timbul ketidakpuasan dalam kalangan exco dengan MB kerana wujudnya sindrom-sindrom pilih kaler dalam PR Kedah.

Untuk PAS Kedah jangan diikuti kesilapan menjurus tragedi 4 Feb 2009 di Perak..Ketahuilah siapa lawan dan siapa kawan....

2 comments:

PAPA GOMO said...

YO LAH GARAM...

KEDAH DAH NAK REBAH NI...

BULAN MAC NI KOT...

APRIL NI SELANGOR PULAK....

BUNGKAM ANWAR BRAHIM PUNYA ANGAN-ANGAN.

PI LAH TAWAN SARAWAK PULAK NUAR....

BPN THE BEST...
AKU DOK MERONDA-RONDA CARI BLOGGER PAKATAN RAKYAT. SORANG PUN TAKDA...MANA LARI PUN TAK TAHU.

Pewaris Melayu said...

16 sept jangan dilupa