Monday, February 16, 2009

Apa Nak Dihairankan.!

Isu moral kembali menghentam Pakatan Keparat Maha Hebat apabila Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan secara terbuka mengaku gambar-gambar bogelnya telah disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. Jika beliau memberi kebenaran untuk menyebarkan gambar-gambar tersebut pasti lega tak pening kepala.

Apa yang pasti, isu moraliti pemimpin Pakatan Keparat Maha Hebat tidak perlu dipolemikkan oleh sesiapa kerana sudah banyak kes yang melibatkan moral ADUN-ADUN Pakatan Keparat Maha Hebat.

Bermula dengan ADUN Bukit Selambau kemudian merebak ke ADUN Pelabuhan Klang dan kini ADUN Bukit Lanjan mengikuti dengan BERAHI untuk mencipta populariti setelah ketandusan idea untuk dapatkan 'WOW' impak. Secara tidak langsung, melengkapkan acuan muhibbah masyarakat madani acuan Anwar Ibrahim Munafikun.

Kita tidak perlu hairan dan kerut dahi apabila membaca diportal-portal media pro Pakatan Keparat Maha Hebat kerana isu moraliti sudah menjadi makanan dan santapan enak Pakatan Keparat Maha Hebat disebabkan De Factonya adalah contoh yang terbaik.

Dengarkan, jika ADUN Bukit Lanjan meletakkan jawatan ADUN dan pilihanraya kecil menyusul pasti skrip filem tamil Bukit Selambau akan dibikin tetapi dalam kontek kantonis yang lebih segar.Pasti BN akan dilabel sebagai Produksinya dan Datuk Seri Najib sebagai Pengarah.Tunggu dan Lihat

1 comment:

Anonymous said...

Tak kira siapa, Beliau Mesti meletak jawatan. Kita tak mahu role model pemimpin yang tidak bermoral. Bogel bersama boyfriend sebelum nikah memang tidak bermoral dalam masyarakat mana sekalipun.