Wednesday, September 02, 2009

NIZAR PASNIKEN: PAS Amal Politik Separuh Agama Suku

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menerima cadangan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bagi menubuhkan satu komponen parti yang boleh disertai setiap lapisan masyarakat sekiranya ia dapat menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini. Klik

Nik Abdul Aziz berkata, Pas juga sedia dirombak asalkan parti yang baru ditubuhkan itu mengamalkan dasar dan prinsip Islam sama seperti yang diperjuangkan parti itu selama ini. “Kalau tak payah tubuh parti lain, pakai Pas sahaja. Pas sudah memberi kepuasan kepada semua bangsa-bangsa lain kerana Pas wadah bagi Islam.

“Saya nak Pas. Tak payah rombak barang yang sudah ada tapi kalau nak rombak juga boleh syaratnya parti baru ini dasar utamanya Islam.

Kalau tak setuju Islam cakap di mana tak betul Islam. Boleh bubuh (letak) nama lain, tak ada apa yang penting dasarnya Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak sawah sistem penanaman padi intensif (padi organik) di Tunjung dekat sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sekiranya semua parti komponen menerima Pas ia perkembangan baik memandangkan prinsip dan dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini telah terbukti mampu menyatupadukan masyarakat.

“Sekiranya tak nak terima Pas parti baru yang ditubuhkan itu boleh menerima semua parti tidak kira daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. “Tetapi kalau boleh terima Pas lagi baik tak payah kita rombak,” katanya.

Beliau berkata, Pas juga bersedia menerima penyertaan ahli bukan Islam yang ingin menyokong parti itu. “Kami buat Pas. Melayu nak duduk situ boleh, Cina nak duduk situ boleh, semua sekali boleh.

Waktu Allahyarham Zulkifli Mohamad, sudah lama bersungut, Pas ini kena terima ahli-ahli yang bukan Islam . Sekadar nak sokong tak ada apa,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

TokeyGaram - Hari ini apa yang dikatakan 28 tahun dulu dah kembali semula dalam PAS. Sindrom kafirun yang dikatakan PAS kepada UMNO rupanya sedang menular dalam PAS.

TokeyGaram - Hari ini PAS mengamalkan politik separuh agama suku.

4 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

PASNIKEN since 8 MAC 2008.

AnTi AljUbuRi said...
This comment has been removed by the author.
AnTi AljUbuRi said...

Saya tumpang ketawa .. kah kah kah

Politik Separuh, ugama suka ..

Maka jadilah PAS Tiga Suku ...

kah kah kah...

Di mana suku lagi??

Kita kena tanya Sheikh Sivaji Anu War Berahi al juburi

atau Ustaz Nga Al Kulubi !!!

kah kah kah

AntiHero said...

belum masuk kubur lagi allah dah balas tapi penyokong2 totok pas takkan paham apa yg mereka paham tok2 guru depa tu bebas dari dosa,wali dan segalanya lah padahal ulamak politik
www.antihero2009.blogspot.com