Friday, September 11, 2009

Nizar Anwar Attarturk..! Jangan Lupa Sejarah PRU Ke-11

La nie PAS bukan main sombong lagi. Mentang-mentang depa tengah syok dok menang banyak sangat PRK. Kemenangan depa yang boleh dikategorikan sebagai cikai sebab kesilapan pihak lawan mengatur strategi bertanding. Dalam dok kaji pasal PAS nie baru teringat kisah PRU ke 11 tahun 2004 dulu.


Masa tuh, Tun M meninggalkan legasi kepimpinan dengan begitu indah kepada Tun A. Tun A sambut dengan lapang dada tanpa perlu mencacatkan perancangan yang sudah diatur kemas. Tahun 2004 menyaksikan BN hampir menyapu bersih kerusi Parlimen dan DUN dan merampas Terengganu daripada PAS. Tun A juga mencatatkan sejarah sebagai Presiden UMNO yang memenangi PRU dengan gah.


Bagi PAS, tahun 2004 adalah malapetaka. Kehilangan Terengganu yang diambil ketika konflik peliwat menyelamatkan jubo daripada rotan sang algojo. Terengganu dicilok dari PAS dengan mudah. PAS terlupa ketika itu kerana depa memang tidak matang dalam selok belok politik. Kelantan hampir menyaksikan Nik Aziz petrol meninggalkan wisma darul naim dan wujud kerjasama ghaib membiarkan PAS terus berkuasa.


Keputusan PRU ke-11 juga telah menjadikan PAS manusia yang teras buta hati. Depa begitu bersungguh mahu menafikan keputusan yang telah dibuat rakyat. Kerjasama dengan PKN (bukan PKR) menubuhkan Badan Bertindak Penyelewengan PRU ke-11 (BBPXI) pada 28 Mac 2004 telah diadaptasi.


Antara menifestasi penubuhan adalah tidak mengiktiraf keputusan PRU ke-11, mengutuk sekeras-kerasnya SPR kerana telah diperalatkan sehingga hilang kewibawaan, menuntut pengerusi dan ahli-ahli SPR meletakkan jawatan dengan segera, menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dan mendedahkan konspirasi SPR dan BN, memohon perkenan DYMM Agong memanggil mesyuarat khas tergempar majlis Raja-Raja bagi membincangkan isu tersebut dan mengisytiharkan PRU ke XI adalah tidak sah dan kerajaan yang ditubuhkan juga tidak sah sehingga pilihan raya semula diadakan.


PAS memang hebat bila berceramah dan mengumpul crowd jika depa ketagih hendak berdemonstrasi. Daripada PRU ini telah berlaku jalinan hubungan haram PAS dengan DAP dan mereka secara tidak langsung telah berkelakuan sumbang dengan menjilat air ludahan kerana mempermainkan Amanat Haji Hadi. PAS mula bersekongkol untuk mencari keseronokan berpolitik dan kekuasaan duniawi. Depa langsung menjadi pelacur politik yang tegar.


Ibarat mendapat tenaga selepas malam pertama, PAS melancarkan kempen tandatangan membantah keputusan PRU-11 dan mensasarkan 1 juta signature dan road show ke seluruh negara. Road show PAS yang paling berjaya adalah di Rusila, Kuala Terengganu dengan kehadiran crowd hampir 10,000. Depa orang Rusila memang suka berhimpun dan merusuh.


Bersambung...


"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

No comments: