Hari ini calon yang akan berentap akan diketahui. Baik UMNO atau PAS semua mahu menang. DAP dan PKR cuma jadi penonton membantu sekadar ala-carte. Ini masalah PAS, yang akan malu kalah hanya PAS. 2 sahabat lain cuma tolong menepis menahan lucu akan tindak tanduk PAS.
PAS dok berteka teki calon UMNO. Mungkin Isa Samad mungkin tidak. Tapi PAS pening juga pasal calonnya. Hendak diletak Zulkifli dia bukan oghang situ oghang luaq. Dah la oghang luaq tak ngam pula dengan Ulamak, salah satu ciri penting untuk menjadi YB pengampu Nik Aziz Petrol. Lepaih tuh Zul yang dilantik sebagai No.1 PAS NS langsung gagal main peranan sebagai orang kuat PAS. Ini yang jadi masalah. Kita biaq PAS bercatur pasal calon dan strateginya.
Tokey tahu PAS terpaksa memusatkan sasaran kempen kepada pengundi bukan Melayu. Ini yang berlaku bila PAS terus meredah estet-estet untuk 'membeli' undi kaum India sejurus selepas bahang beradu mula terasa. PAS juga tahu calon yang akan diturunkan BN adalah calon yang diterima semua lapisan kaum. Ini yang PAS sakit kepala. Tapi depa ada antidot panadol bila reaksi Tun M akan dijadikan modal kempen murahan PAS menyerang peribadi calon lawan.
Taktik gerila yang sama digunakan di Permatang Pasir. Walaupun Nik Aziz Petrol menegah anak buahnya menyerang peribadi lawan tapi semua oghang tau sikap nyanyuk Nik Aziz Petrol. Lawan tetap lawan tapi tangguh tetap juga tangguh.
Nampak sibuk benar penguasa Telok Kemang mengatur strategi. Memikirkan bagaimana mahu counter jika ada calon bebas yang akan bongkar kerja jahat tabung hayat PKR NS. Betoi tak betoi semua akan terbongkar bila tiba masanya.
Inilah peluang Kamarul Jambu menonjolkan diri didepan Anwar Mat Deley merampas Bagan Pinang daripada sahabat lamanya.
Ntahlah atas arahan sapa PKR tak mau Gobalakrishanan dan Chegubard turun berkempen di Bagan Pinang. Tak mungkin dua ekor lembu tambatan nie diban oleh Anwar di Bagan Pinang.
Satu fakta yang Anwar terlupa adalah kedua-dua lembu tambatan ini dirindui gelagat mereka di Bagan Pinang. Pedulilah kata orang yang depa berdua tak boleh mai sebab nanti orang Melayu marah kat depa tapi orang PAS Bagan Pinang pasti akan merindui syarahan agama Ustaz Gobala memainkan ayat-ayat Allah.
Tokey - Nanti kita cerita pasal modul kempen Penanti menggunakan sms blasting
1 comment:
bukan nak kata..aku pernah kena promot pasal skim insurans tu..
Post a Comment