Thursday, September 03, 2009

Megat Junid Serah Surat Kepada KPN

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor, menerima surat Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus (gambar) berkata, Rahim pada 8 Ogos 1997 memberitahunya, Megat Junid datang ke pejabatnya (KPN) lalu menyerahkan surat berkenaan, yang mengandungi satu laporan khas dan akuan bersumpah.

Amir, saksi pendakwa ke-11, yang sedang bercuti sebelum bersara berkata, surat Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri itu dialamatkan kepada Perdana Menteri.

Menurutnya, KPN ada memberitahunya mengenai isi kandungan surat itu, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan sejenis dan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

"IGP (KPN) juga memberitahu saya bahawa surat itu ditandatangani seorang perempuan bernama Ummi Hafilda Ali dan laporan itu mengandungi dua lampiran," katanya.

Amir yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II daripada 3 Februari 1997 hingga 6 Februari 1998 sebelum menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, KPN memberi arahan kepadanya supaya melakukan siasatan berhubung sejauh mana surat itu sudah tersebar.

Amir: IGP mengarahkan saya, 'Sila siasat sejauh manakah surat ini tersebar, latar belakang penulis, Ummi Hafilda dan Azizan.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya Abdul Gani Patail: Pada 9 Ogos 1997, lebih kurang 10 pagi, apa yang berlaku.
Amir: Saya telah menelefon ACP Mazlan Mohd Din dan bertanya kepada beliau sama ada pihak SB (Cawangan Khas) mendapat sebarang maklumat mengenai surat Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri dan skandal seks.

Abdul Gani: Apabila kamu bertanya SP7 (Mazlan), adakah Mazlan jawab apa-apa.

Amir: SP7 menyatakan pada saya bahawa setakat ini beliau belum lagi mendapat sebarang maklumat mengenai surat itu dan juga skandal seks.

Abdul Gani: Seterusnya, adakah Datuk beri apa-apa arahan pada SP7.

Amir: saya arah SP7 untuk mendapat maklumat berkenaan surat itu dan juga skandal seks dan kemudian taklimat balik kepada saya.

Abdul Gani: Bilakah beliau menelefon balik kamu.

Amir: SP7 menelefon saya pada jam 2 petang, hari yang sama (9 Ogos 1997).

Abdul Gani: Apakah yang SP7 memaklumkan kepada kamu.

Amir: SP7 beritahu saya bahawa SB telah pun mendapat maklumat mengenai surat tersebut tetapi mereka belum lagi dapat mengesan surat Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri.

Ketika ini, berlaku pertikaman lidah antara Abdul Gani dengan Gurbachan Singh, seorang daripada sembilan peguam Anwar, apabila Gurbachan membuat bantahan berhubung beberapa keterangan Amir.

Gurbachan membuat bantahan berhubung keterangan Amir yang menyatakan kepadanya mengenai operasi Solid Grip.

Menurut Gurbachan, keterangan Amir itu adalah dengar cakap (hearsay) dan tidak perlu dibangkitkan dalam perbicaraan itu kerana ia tiada kaitan dengan pertuduhan yang dibicarakan.
Abdul Gani berkata, keterangan itu perlu bagi membolehkan pendakwaan menunjukkan urutan peristiwa dan Amir layak memberi keterangan itu kerana beliau mempunyai akses terhadap fail dan rekod dalam Cawangan Khas.

Hakim Datuk S Augustine Paul kemudian memutus untuk mendengar keterangan itu sebelum membuat keputusan sama ada akan memadamkannya daripada nota mahkamah atau menggunakannya sebagai sebahagian daripada keterangan.

Beliau kemudian memerintah wartawan supaya tidak menyiarkan sebarang berita berkaitan perkara itu sehingga mahkamah ditangguhkan untuk makan tengah hari.

Berita Harian 24 November 1998

5 comments:

det said...

cayalah tokey... cerita lama ni yang patut pondan-pondan amk tahu perangai buruk boss diaorang tu..

Jeffry said...

AISEYMEN TOKEY..NOSTALGIA KEMBALI LAGI..AGAKNYE SKRG NI ANUWAR DOK TEMENUNG PIKIRKAN NASIB DIA MERINGKOK KT SANA LAGI LEPAS NI HEHEHE

TokeyGaram said...

BRO,

KITA KENA SELALU INGAT NOSTALGIA..WALAUPUN PERKARA TUH PAHIT TAPI SEJARAH JGN DILUPA.

Anonymous said...

Wa caya samalu bro.Mula-mula wa tengok tajuk lu wa susupen ingat cerita bila rupa-rupannya 'flash-back'. Bagaimapaun tahniah kepada bro kerana dapat menjinakkan 'anak gajah'.

YANG GAMBI said...

Salam,

Ada ke puak-puak ini menerima cerita lama ini, apa yang kita tahu mereka kata ini semua konspirasi UMNO.....