Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang: Pengundi India Penentu.?

Ketika ini semua pihak menumpukan tenaga pada Bagan Pinang. Pesta berpilihanraya kali ke-9 berlangsung pasca PRU Ke-12. Pilihanraya yang bakal menjadi penentu riwayat hidup UMNO. Walaupun tidak secara total tetapi kesan proses ini akan tetap dirasai dan dikaji.


Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO. Pemilihan calon juga bertepatan. Selain daripada kawasan bermain, Bagan Pinang juga punyai nostalgia dan track rekod kepada Isa Samad.


Tokey tidak mahu mengulas lebih detail akan demografi Bagan Pinang dan Isa Samad. Tidak mahu dilabel sebagai over confident.


Mungkin ketika ini ada pihak yang merasa selesa dengan prestasi semasa DUN Bagan Pinang. Itu adalah fakta tetapi dalam berpilihanraya segala kemungkinan boleh berlaku.


Faktor undi orang Melayu mungkin tidak dititkberatkan oleh Pakatan Rakyat. Bagi mereka ini bukan padangnya kerana asas perjuangan Pakatan Rakyat yang berbeza-beza. Pengundi bukan Melayu khususnya pengundi India adalah talian hayat kepada Pakatan Rakyat meneruskan momentum kebangkitan rakyat seperti yang selalu digembar-gemburkan kebanyakan media propakatan.


Pengundi India akan menjadi penentu yang perlu dilayan dengan berhemah. Jika tidak kena cara dan pendekatan protes pasti akan terjadi. MIC yang dilabel sebagai tunjang kaum India harus mengambil peluang ini untuk bersaing dengan beberapa lagi parti berteraskan kaum India untuk meraih seberapa banyak sokongan.


Jika sebelum ini MIC merajuk dengan hype yang diberi kepada Parti Makkal Sakthi disebabkan alasan-alasan tertentu, Bagan Pinang yang mempunyai banyak estet penempatan kaum India perlu dijadikan medan untuk MIC memulihkan kepercayaan kaum India tehadap kredibiliti parti itu.


Selain MIC, PPP dan IPF (sahabat BN) dan kini Makkal Sakhthi sudah ada 4 parti yang memperjuangkan kaum India jika hendak dibandingkan dengan UMNO yang bersendirian memperjuangkan orang Melayu. Janganlah dipandang kepada parti serpihan PKR dan PAS, perjuangan orang Melayu lebih afdal di dalam UMNO.


Pasti BN juga akan mengambil peluang ini untuk terus menagih kepercayaan rakyat menyokong dan memberi nafas yang disifatkan sebagai semakin berkurangan. Bagan Pinang juga harus memberi sesuatu untuk BN terus kehadapan walaupun terpaksa melalui tempoh kritikal yang menyakitkan


Tokey – Bagan Pinang adalah assigment kepada 4 parti bertunjangkan kaum India untuk meraih dan memujuk yang mana lebih berjaya menarik sokongan India kepada BN. Jika MIC gagal bermakna permohonan IPF dan Makkal Sakthi untuk menyertai BN perlu di pertimbangkan.



5 comments:

Anonymous said...

SLM BRO...MIC DH X RELEVAN LG UTK KAUM INDIA. TP IPF DAN MAKKAL SAKTHI MUNGKIN ADE KESAKTIAN LEBIH SKET DRP MIC. ALTERNATIF BARU UTK KAUM INDIA. LPASTU SAMY NO VALUE DH BLEY STAT BIKIN TUGU KAT BANGUNAN MIC KEHKEHKEH

Lord Garam said...

HUA..HUA..HUA..

BETUT 3x

Sayang Malaysia said...

Salam Tuan Rumah,

Perkembangan Bagan Pinang amat realistik untuk MIC. Jika mereka gagal memainkan peranan dan parti India yang lain lebih menonjol bermakna signal untuk Samy Vellu menurunkan diri lebih cerah.

Tetapi jika itu juga tidak disedari MIC bermakna BN harus mencari pendekatan Win-Win dicapai

Jumayatara said...

Jeffry

Tu pasal suruh nko sekolah...nko malas dah besar jadi parasit.

UMNO bukan kacang lupa kan kulit..MIC adalah komponen BN. Ada peranan masing-masing. Walaupun sokongan kaum India akan kurang, Isa Samad akan memang besor dah ada 5000 undi pos. Buh budak bingai macam hang ni boleh menang.

Kalau tak menang juga...hang kena naik tingkat 14....Bodoh punya melayu

Anonymous said...

apasal kaum2 ni suma jd penentu????
Apasal yg majority tak jd penentu ke????????
Tu yg depa naik lemak tu mintak
mcm2. Sampaikan nak gugat perlembagaan. Jgn layanlah dgn puak2 ni. Buang karen je.
BUKANNYA SOKONG KITA PUNNNNNNNNN