Antara dakwaan kandungan memorandum tersebut:
1) SPR sengaja mengeluarkan 2 senarai nama pemilih berdaftar yang mengelirukan parti politik dan pemilih.
2)Dengan sengaja mengeluarkan nama pengundi berdaftar yang mengundi pada Pilihan Raya Umum 1999.
3)Dengan sengaja melanjutkan tempoh pembuangan undi sehingga jam 7.00 petang bagi Negeri Selangor sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa.
Hadi Awang Belit yang kecewa dengan kejatuhan kerajaan "Isle" Terengganu dalam ceramah road shownya mengatakan pengundi yang menyokong BN ialah pengundi murahan dan kononnya kemenangan BN di Terengganu adalah kerana pertolongan pengundi hantu.
Hadi Awang Belit ternyata tidak dapat menerima ketentuan illahi akan kesilapan dan kelemahan sepanjang pentadbiranya sebagai menteri besaq..! Nada yang sama diucapkan Hadi Awang Belit bila rakannya tewas di Batang Ai cuma bait kerasnya kata pengundi cawat tidak sebijak pengundi bercelana.
PAS cepat melatah jika isu tidak memihak kepada mereka. Kemenangan besar pembangkang pada PRU ke-12 langsung menutup sejarah kegagalan depa yang lepas-lepas. Tidak kedengaran suara SPR menyalahgunakan kuasa, isu pengundi hantu lenyap dan macam-macam lagi dakwaan sumbang depa. PAS merasakan depa betul dan orang lain yang salah. Walaupun PAS cuma berjaya dengan 28 kerusi parlimen dan PKR serta DAP lebih mendominasi kerusi tetapi yang paling hebat berbaring dan berdiskusi di jalan raya adalah PAS.
PRK Bagan Pinang akan menyusul bulan depan. PAS mula bermain strategi dakwaan ketelusan pengundi Pos. PAS cuba berkira-kira alasan yang wajar jika mereka tewas kelak. Tingkahlaku pelik PAS yang sembunyi diri sebelum turun berperang. Depa mula risau kedinginan sokongan yang depa harap-harapkan.
Tokey - Malang bagi PAS, status quo parti pembangkang paling lama berbanding PKR dan DAP tidak digunakan sepenuhnya PAS untuk mencerminkan depalah yang paling matang tetapi hari ini tidak lebih hanya dibuli kanan dan kiri.
Tokey - Bagi PAS, depa saja yang betoi orang lain juga yang salah sokmo..! UMNO boleh berjaya di Bagan Pinang jika Najib turun ke setiap depoh tentera membawa bersama visi "rakyat didahulukan, bonus tahunan akan ditaburkan"
No comments:
Post a Comment