Thursday, September 17, 2009

Nizar Anwar Attarturk..! Rupanya 'Dia' Pun Terasa.

Tokey pun hairan pasal apa yang ramai orang hendak sakit hati dengan Tun M sedangkan Tun M banyak berjasa kepada negara. Walaupun pernah ada kerosakan yang dibuat tetapi sekurang-kurangnya kerosakan itu tidak memudaratkan seperti kerosakan yang dibuat oleh seorang pemimpin popular dalam parti.

Tokey tidak maksudkan Semi Value yang bervalue rendah itu. Reaksi sinis Najib berkaitan pemimpin popular disambut dengan rasa geram yang amat sangat kepada seorang pemimpin muda ini. Hangpa mungkin tau mungkin hangpa dok berteka teki lagi.

Tapi apa nak dikatakan, politik berseni Najib sukar untuk dibaca dan sebab payah nak baca tuh Semi value pun meradang ditambah dengan kenyataan Tun M yang pasti mengundang rasa pelik sebab bila Tun M kata pasti ada yang tak kena.

Semi value pun terasa yang lebih terasa Sukumaran sampai nak kalung selipar pada gambar Tun M. Nak kata 3 suku mungkin tempat tak kena. Tokey tak marahkan Sukumaran kerana adalah perkara yang biasa bila perwakilan dapat berucap atas pentas perhimpunan besar sudah pasti satu sifat teruja yang amat sangat. Bila balik kg hendak ditunjukan vcd rakaman ucapan pada anak-anak.

Reaksi lewat pemimpin muda ini adalah janggal sekali. Naibnya begitu pantas menonjolkan sikap pemimpin yang beretika dan bermaruah. Lain pula dengannya. Dipusing kanan dipusing kiri mencari helah dan alasan.

Mungkin ketika Najib kata tak guna jadi pemimpin popular dalam parti tidak pada rakyat, dalam mindanya terbayang anak buahnya memimpin sayap kanan parti yang begitu popular di kalangan 304 orang sahaja. Najib dah terbayang pada grass root yang menolak pemimpin itu. Yelah, dilantik exco pun dalam kalangannya, jawatan menteri jauh sekali.

Mungkin Najib halakan kepada partinya sendiri tetapi masa yang sama Semi value pun terikut rentak sinis Najib. Yang pasti Najib kata perkara yang betul dan ditempat yang betul. Patutlah bila Najib jadi PM perkara pertama yang terpacul "nak letak mana si Khairy nie.?"

Tokey - Sekali sekala kita kena terima hakikat yang hidup ini ada pasang surutnya.

"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

2 comments:

gotahlantun said...

سلامت هاري راي عيدالفطري

Anonymous said...

makan bila lapar, berenti makan sebelum kenyang.... kasi ingat sket!