Wednesday, September 09, 2009

Nizar Anwar Attarturk..! Mana Datang Dana Politik RM 3 Billion

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid semalam bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kira-kira 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.

Sambil melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan itu, Perdana Menteri berkata beliau tidak sangka bagaimana bekas timbalannya itu boleh melakukan perkara sedemikian.

"Saya terkejutlah. Saya tak tahu macam mana dia boleh buat kerja macam ini," katanya sambil menafikan andaian sesetengah pihak kononnya pendedahan itu dirancang kerajaan bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum.

Bercakap kepada pemberita di Dewan Rakyat petang ini, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak tahu menahu mengenai perkara itu sehingga didedahkan oleh Abdul Murad semalam.

"Kenyataan yang membabitkan ramai orang itu adalah sesuatu yang kita tidak jangka. Saya berpendapat ia sepatutnya dibuat pada masa lain, bukan ketika kita membentang Belanjawan," katanya.

Dr Mahathir ditanya mengenai dakwaan Abdul Murad dalam satu akuan berkanun semalam bahawa RM3 bilion itu adalah untuk memajukan cita-cita politik Anwar.

Ditanya sama ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuat siasatan, beliau berkata: "Saya fikir tentu dia (BPR) nak tanya Murad mengenai apa asas-asas dia."

"Tentu kita nak tahu siapa yang dapat, macam mana dia dapat, macam mana duit itu dikumpul (dan) siapa pegang (duit itu)," katanya.

Mengenai kemungkinan Anwar dan beberapa lagi orang yang dinamakan dalam akuan berkanun itu akan mengambil tindakan undang-undang, Dr Mahathir berkata:

"Sama ada dia saman atau tidak, saya berpendapat kerajaan perlu menyiasat kerana ia membabitkan pengurusan dana kerajaan. Takkanlah kita biar begitu saja".

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu sama ada banyak lagi pendedahan dibuat selepas ini.

Mengenai sebuah pertubuhan berpusat di Amerika Syarikat yang didakwa menerima AS$10 juta (RM38 juta) dan menjadi saluran utama Anwar untuk menaikkan imejnya di negara itu dan Eropah, Dr Mahathir berkata niat Anwar adalah untuk menjadi popular.

Dr Mahathir berkata, beliau diperalatkan oleh Anwar supaya dibenar untuk memberi syarahan dan menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pertubuhan berkenaan.

Ditanya sama ada dakwaan itu akan menjejaskan kewibawaan Bank Negara kerana Menteri Kewangan boleh membuat arahan terus kepada bank pusat itu, Dr Mahathir berkata ada satu cara bagi menanganinya iaitu kerajaan tidak akan melantik Menteri Kewangan yang tidak bertanggungjawab pada masa akan datang.

"Tetapi saya fikir apabila kita mempunyai Menteri Kewangan seperti itu, maka perkara macam ini boleh berlaku tetapi kita (sekarang) mempunyai Menteri Kewangan yang baik yang tidak akan berbuat demikian.

"Lain kali kita akan berhati-hati siapa yang akan kita lantik sebagai Menteri Kewangan," katanya.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Abdul Murad yang menyatakan dasar-dasar Anwar ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada Julai 1997 adalah rancangan politik bekas Menteri Kewangan itu untuk menjatuhkan ekonomi negara dan Malaysia terpaksa melutut meminta bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

Beliau menjelaskan: "Perkara itu pernah dinyatakan sebelum ini oleh orang lain mengapa dia (Anwar) lebih suka mengikut IMF dan mengambil langkah yang boleh merosakkan ekonomi adalah disebabkan dia menjangka kerajaan ketika itu untuk meminta bantuan IMF.

"Kemudian, sudah tentu kita akan terpaksa menerima syarat IMF... ini akan menjadikan saya tidak popular dan saya akan terpaksa meletak jawatan dan biar dia (Anwar) mengambil alih," katanya.

Berita Harian 30 Oktober 1999

"Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja"

6 comments:

ISAC said...

Salam bro,

Cerita2 lama rakyaat tak pandang bro....Semuanya dah kena jual dek kepandaian berhujah, memutar belit dan taichi politik licik DSAI.

Bro ada artikel lama pasal DAP buat demonstrasi bunglow DSAI kat Damansara tu bernilai RM 2juta ?(kos binaan).

YANG GAMBI said...

Salam, walau pun cerita ini sudah lama, kerajaan perlu membuat siasatan untuk membongkar siapa Anwar pengkhianat ini.....

wénkt said...

itulah

bila RM3billion

setahun faedah dalam RM100 juta

patut la ada duit sepanjang masa

walaupun 6 tahun dalam penjara dan tak kerja

AMNOBODO said...

hahaha....terpaksa korek cerita lama kerana dah kehabisan modal..kalau benda tuh betul....dah lama anwar ditangkap pasai mender tuh..bukan disumbat ke lokap pasai liwat..tapi sejak tahun 1999..smpai sekarang..tak der apa2 tindakan pon ekk?..alahai..lemahnyer pentadbiran kerajaan persekutuan...

Zulkarnain said...

amnobodo: memang la orang cerita benda lama. takkan cerita benda future. kita bukan nujum bai. kalau kutu tu simpan duit kat oversea, sape yang tau? ko ingat kerajaan persekutuan ni takde keje lain ke? kira ko setuju la anwar ni liwat? bagus bodo. kepariaan ko menyerlah sekali di kolumn ni.

AMNOBODO said...

ko nih mmg bodo tahap gaban ler Zulkarnain....cuber ko sebut amnobodo tuh...biler ko mention >>

amnobodo: memang la orang cerita benda lama <<<

ko cakap amnobodo kan?..hahaha..ko orang UMNO kan..tapi..ko sebut gak AMNOBODO kan?..hahaha...bodo nyer..bodonyer ko.....lain kali jgn ler pakai werd AMNOBODO..kerana ko mengutuk parti ko sendiri..pakai ler werd mamat nih ker...emmm..jantan nih ker..hahaha..ako bukan kata ako setuju ngan dakwaan anwar meliwat..tapi ako hanya kata kalau benda RM 3 billion tuh betul...dah tentu lah ianya akan dipakai sebagai senjata untuk sumbat anwar lam penjara..bukan nya kerana dakwaan meliwat.....jadi bila tiada bukti atas RM 3 billion..maka terpaksalah create reason lain tuk mendakwa anwar....dan reason nyer adalah meliwat...tapi...last 2 mahkamah buat keputusan...tiada kes..dan anwar dibebaskan dizaman dolah bedawi...hahaha...apo crita tuh beb?...