Wednesday, September 16, 2009

Nizar Aduyai..! Hadi Pun Marah Dengan Khalid

Dengaq cerita Hadi Awang Belit betul punya marah dengan Khalid Samad pasal isu kuil di Selangor. Hadi Awang Belit cakap pasal apa melebihkan kaum India sedangkan kuil yang hendak buat dulu betul-betul dalam kawasan Melayu. Dia taklah cakap tak patut buat kuil tapi dia kata gunakanlah kepala lutut, bukan main hentam kromo dah lah masuk rumah orang tak bagi salam.


Betul juga mana ada reaksi Hadi Awang Belit bila kata penunjuk perasan tuh ada yang mai dari PAS. Bukan nak kata UMNO yang dalang tapi itu semua kerja satu semangat satu suara. No dalang-dalang, semua ideologi busuk kepartian join bantah kuil cuma Mahfuz Lokap dan Khalid Gereja yang kata PAS tidak terlibat. Itu kata-kata manusia yang baru merasa kuasa langsung tak matang


Hadi Awang Belit kecewa dengan Khalid Gereja bila mana dijemput hadir untuk tazkirah di masjid seks. 18 baru-baru ini, Khalid menggunakan microfon untuk berceramah politik dan memaki hamun kerajaan berkaitan isu kuil dan macam-macam lagi. Dalam rumah Allah dibulan mulia bukan tempat yang sesuai untuk berpolitik apatah lagi politik gampang bawaan Khalid. Majlis yang dianjurkan adalah majlis tazkirah.


Sapa-sapa yang ada kat surau al hidayah mesti tahu Hadi Awang Belit enggan ulas isu yang dibangkitkan oleh Khalid Gereja masa tazkirah tu. Depa semua perasan body language Hadi Awang yang tidak selesa dengan sikap moroon Khalid. Apa punya jenis pemimpin yang berperangai tidak matang.


Benarlah khabar angin yang kata, kepimpinan PAS pusat ramai yang tidak setuju dengan cara Khalid selesaikan isu kuil. Hassan Ali langsung tak masuk campur pasal dia dah tahu cara Khalid yang bodoh sombong. Molek benar dicantas daripada PAS Selangor.


Tokey - Bulan ramadan ini kalau boleh kita hendaklah perbanyakkan amal ibadat, bukan kita perbanyakkan amalan caci walau dalam surau atau tazkirah hal-hal agama perlu dibicarakan dengan berhemah. Islam mazhab PAS, semua disapu tak kira dalam surau, tepi longkang bulan posa dan bolan tak posa sama saja. Janji gian hendak maki hamun boleh terubat.


"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

5 comments:

Anonymous said...

yang penting jgn lupa fitrah..sampai khalid ibrahim tak fitrah baru la orang selangor perangi krajaan ngeri..nak kira abu hasan omar lg berat kesnya..korang pertahankan tengah mati..apa citer ni garamanis..nama pun tak betul garam kan masin..ni secara tak langsung mnunjukkan isu korang ni memang hampeh..samala cam parpukari jd parpundek..ni kenyataan baik ko ubah jd garamadu plak..

Anonymous said...

mana ko tau nie..tapi memang betul pun aku ade kat situ malam tu. tengok hadi awang jeling kat khalid. bodoh punya yb

yb aku ler tuh.

Pok Lah said...

blog lain aku tengok cerita pasal 16 sept. blog engkau dah lama gantung banner.

Anonymous said...

ada high chaparal baru sedang berkembang... sila rujuk google earth, type... jalan kolam air 53100 kuala lumpur

betul2 dekat selekoh ke desa view tower... atas bukit.

asalnya setinggan, sekarang sedang membesar dan menonjolkan diri sebagai kuil...

hanizam said...

sape tak kenal khalid gereja...kat sini dia kata lain, kat sana kata lain...senang kata lidah biawak le...dia pun tau election akan datang memang dia kalah @ tak dipilih sebagai calon, jadi masa nilah jadi pentas nak sundal orang...

cuba korang yang rapat dengan dia, cuba tanya kat tempat A hari tu ape yang diucapkan, kat tempat B ape pulak??aku gerenti dia tak inagt ape yang dia cakap masa bagi ceramah...yelah bila dah naik "seh" berucap, tima nak sampai "klimak", ape yang ada, tabur je....kah..kah..kah...apelah ko ni khalid...tak insaf-insaf...nanti kena baling kasut baru tau...