Tuesday, February 24, 2009

Saudaraku Barisan Hadapan Maya

Saudaraku Barisan Hadapan Maya,

GM menerima beberapa rungutan berhubung artikel yang GM post kelmarin. Ada yang menerima namun ada juga yang kurang setuju. Suka GM ingin jelaskan disini, sebagai manusia kita berhak untuk melemparkan sebarang kritikan dan GM menerima segala kritikan tersebut.

Apa yang GM ingin perjelaskan tidak timbul perasaan untuk menghina kepimpinan Pak Lah apatah lagi usia kepimpinannya menuju ke titik nokhtah sebagai seorang pemimpin yang berjaya. Semua sudah sedia maklum Pak Lah telah berjaya membawa Malaysia ke satu arah bentuk demokrasi yang tidak pernah dirasai sepanjang 51 tahun bumi Malaysia ini merdeka.

Jika dahulu, sepanjang Tun Dr. Mahathir memacu bumi bertuah ini lebih menjurus kepada pembangunan dari aspek fizikal tetapi kurang menumpu ke arah pembangunan kerohanian seperti yang telah dibentuk oleh Pak Lah dengan pelbagai terma sebagai contoh Islam Hadhari, Modal Insan dan keintergritian.

Sekalung perhargaan perlu diberi kepada Pak Lah oleh rakyat Malaysia termasuk ahli politik prokerajaan dan juga ahli politik pembangkang. Pak Lah berhak menerimanya.

Saudaraku Barisan Hadapan Maya,

GM menyanjung tinggi kebaikan dan keberkesanan kepimpinan sepanjang Pak Lah mentadbir bumi bertuah ini dengan ketenangan yang beliau miliki. Walaupun terdapat pelbagai pihak melemparkan pelbagai cacian nista tetapi kebaikan yang beliau bawa untuk bumi ini tidak harus kita lupakan.

Adakah seseorang pemimpin itu tidak boleh ditegur? Pemimpin yang benar haruslah kita sokong dan pemimpin yang rosak wajar kita tolak. Hari ini kebebasan yang dibawa oleh Pak Lah telah melahirkan generasi yang berani dalam menyatakan pendirian.

GM bukanlah ahli kepada mana-mana parti politik apatah lagi dibayar untuk mengkritik tetapi pendapat yang diluahkan melalui medium ini haruslah dihormati. Seperti tagline GM Bercakap melalui pengalaman, menulis melalui pengetahuan dan menilai melalui pertimbangan. Bangsa, agama dan bumiku jangan cuba dijajah aku pasti menentang habis-habisan.

Saudaraku Barisan Hadapan Maya,

GM ingin jelaskan disini, dalam kita melemparkan pelbagai kritikan, idea, kutukan dan andaian di dalam ruangan maya ini kadang-kadang kita terlupa bahawa pergolakan semasa hari ini telah menyedarkan kita kebebasan hari ini mungkin akan disentap bila tiba masanya.

Pelbagai spekulasi, perkara dan juga isu yang menerjah ruang pemikiran kita memerlukan kebijaksaan kita untuk menanganinya. Kita tidak boleh cepat melenting atau melatah kerana disitulah terletaknya kelemahan kita.

GM bukanlah manusia yang hebat dan sempurna tetapi segala pendapat adalah pendapat yang mengikut asas dan lunas pemikiran masing-masing. Segala perkara yang berlaku hari ini memerlukan kita untuk bersedia kerana segala kemungkinan boleh berlaku.

Saudaraku, masih ada manusia yang masih belum puas memenuhi impiannya dan kita semua menyedarinya. Keperluan GM adalah untuk melondehkan kedurjanaan itu sebelum bumi yang bertuah ini dirobek dan dilacurkan mengikut hawa nafsunya. Ini adalah peperangan yang perlu ditempuhi oleh semua mujahiddin maya disini.

Manusia itu telah GM letakkan wajahnya diatas papan muka ruangan ini sebagai menunjukkan kepada umum akan kemudaratan yang telah dibawa oleh manusia ini. Hanya atmosfera maya ini yang boleh dijadikan battlefield untuk memerangi manusia durjana itu. Kta perlu bersedia menghadapi kebijaksanaan atau psywar yang telah digerakkannya. Ini adalah tanggungjawab kita dan GM tidak pernah hilang konsistensi untuk itu.

Jika ada yang tersinggung diharap masih ada ruang untuk diperbetulkan.

5 comments:

PAPA GOMO said...

SALAM GM..
HE HE HE....

APA NAK DIKISAHKAN DENGAN LUAHAN YANG MEREKA KATAKAN.
KITA BERDIRI DI ATAS KAKI KITA SENDIRI.
SEBARANG KATA-KATA ATAUPUN PENJELASAN KITA ADALAH HAK KITA.

APA YANG GM KATAKAN AMATLAH BERPATUTAN DENGAN POLITIK SEMASA.
JIKA MANA-MANA PIHAK YANG MERASAKAN ULASAN GM TIDAK TEPAT BOLEHLAH MENGELUARKAN ULASAN MASING-MASING.

KITA DI SINI BERLAINAN PEMIKIRAN POLITIK NAMUN MATLAMATNYA SAMA..

MEMBANGUNKAN MALAYSIA KE MERCU KEJAYAAN.

JANGAN DILUPA WAWASAN 2020.

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA GARAMANIS.
KAWAN AKAN SENTIASA MEMBANTU PADA MEREKA YANG JUJUR DAN BERKATA BENAR!!!

GAP KEMBALI said...

GM DAN GOMO
kita perlu berani untuk 'menganjakkan' diri dalam perkara berbeda pendapat.

tetapi perlu konsisten untuk menyerang anwar dan pakatan rakyat.

ADI JAGAT PUTRA said...

takpa saudara garamanis,dalam islam pun ada megatakan
berkata benar lah kamu walaupun ia pahit.

memberi teguran tidak salah.kerana teguran saudara itu adalah untuk tujuan kebaikan,
saya akan sentiasa menyokong dan berada dibelakang saudara///

Lord Garam said...

GOMO,GAP dan Adi,

terima kasih.

Anonymous said...

SALAM GARA

KALAU PASAL PAK LAH NIH,
JIKA 100%, BERKAITAN KEPIMPINAN,
EDEN BAGI DIO LIMO PERATUS JER DAN LAGI 95% HAMPEH.

ELOK LAH DIO BOGHONTI, BAGI NAJIB HANDLE DAN KITO TENGOK MACAMANO NAJIB PLAK.

KALAU NAJIB TAK SEMONGGAH, KITO HONTAM LAGI...MACAM TU LAH....