Saturday, January 31, 2009

Kesilapan Tun Dr. Mahathir

Pada mulanya Tun Dr Mahathir telah membimbing seorang individu yang dilihat sangat berpotensi untuk mengambil tempatnya sebagai Perdana Menteri kerana beliau hendak bersara lebih awal ia itu pada tahun 1998. Tetapi individu yang sedang dibimbing itu telah terlibat dengan salah laku yang tidak boleh diterima oleh UMNO dan telah dipecat oleh Majlis Tertinggi Parti dengan keputusan sebulat suara.

Peristiwa itu menyebabkan Tun Dr Mahathir jadi buntu seketika untuk memikirkan siapa pula yang hendak dilantik untuk menggantinya. Diatas desakan Parti supaya segera melantik timbilannya . Tun Dr Mahathir pun buat keputusan melantik Pak Lah yang ketika itu terkenal dengan ‘ Mr Clean’ Dengan rasa penuh yakin pada Pak Lah ,Tun Dr Mahathir pun umumkan
menjadi timbalannya.hasratnya untuk bersara. Tetapi seluruh ahli MT mendesak supaya beliau
batalkan hasrat itu. Walaubagaimana pun beliau teruskan juga hasratnya itu tetapi menangguh tarikhnya hingga selepas persidangan NAM dan OIC di Kuala Lumpur pada bulan September. tahun 2003. Sebaik sahaja selesai Persidangan itu, beliau pun serah jawatannya pada Pak Lah mulai 31 Oktober 2003.

Selepas kira kira 5 tahun Pak Lah menjadi Perdana Menteri telah terbukti yang Pak Lah tidak berkemampuan untuk terus memimpin negara. Pak Lah rupa rupanya saorang pemimpin yang sangat lemah. Kelemahan Pak Lah yang paling ketara sekali ialah apabila beliau didapati sangat mudah dipengaruhi oleh orang orang yang berkepentingan disekelilingnya. Diantara
nya ialah Kalimullah Hasan dan Khairy Jamaludin menantunya sendiri. Kalimullah ini pernah bertugas dengan The Straits Times Singapura.

Mereka dengan mudah dapat menguasai Pak Lah dan menjadi orang kepercayaan Pak Lah serta menjadi penasihat pada Pak Lah. Dengan pengaruh ini, mereka dapat beli BBMB security milik Khazanah dengan harga yang sangat murah. Kemudian ditukar namanya kapada ECM Libra. Khairy pula dapat masukan sahabatnya warga Singapura menjadi Director of Invesment dalam Khazanah Nasional.

Kemudian dasar dan halatuju Khazanah telah ditukar oleh Pak Lah hingga lari dari dasar dan tujuan asalnya. Melalui Director Of Investment warga Singapura ini , beberapa peratus saham syarikat milik Kerajaan talah dijual kapada Temasik Holding Singapura. Semua urusan dibuat oleh ECM Libra untuk mendapat untung komesyen. Sabuah syarikat milik Kerajaan, Avenue Capital Resources Bhd. kemudian digabungkan dengan ECM Libra dan diberi pula Lesen Invertment Bank oleh Menteri Kewangan . Kemudian Avenue Capital ini ditelan pula oleh ECM Libra hingga dapat menguasai Avenue Capital . Kegiatan ECM Libra ini pula sedikit demi sedikit menguruskan penjualan berbagai saham syarikat syarikat diMalaysia kapada Temasik Holding Singapura. Rangkaian Hospital Pantai yang menguruskan FOMEMA kini telah dikuasai oleh Temasik Holding dan penjualannya telah diuruskan oleh ECM Libra.

Entah apa agenda yang sedang dirancang oleh Singapura yang kini mendapat nasihat pakar pakar Yahudi dalam usaha untuk menguasai ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang dengan kerjasama ECM Libra ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama, syarikat SCOMI milik Kamarudin Abdullah anak Pak Lah pula muncul macam hantu lapar bolot berbagai kontrak Kerajaan dengan cara yang sangat mudah.


Sebagai saorang Pemimpin yang telah memimpin Negara selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir cukup pengalaman untuk menilai kemampuan Pak Lah. Beliau sudah cukup pengalaman untuk melihat kelemahan Pak Lah, Sebagai orang yang berpandangan jauh, beliau sudah cukup pengalaman untuk menghidu kegiatan orang orang yang ada kaitan dengan Singapura itu , dengan mudah pula dapat mempengaruhi Pak Lah hingga menjadi orang kepercayaan Pak Lah.

Kegiatan serta tingkah laku mereka itu terjalin rapat dengan agenda dari Singapura dan boleh membawa ancaman bahaya serta boleh merugikan negara kita . Tun Dr Mahathir kini sedar bahawa beliau telah membuat satu kesilapan yang besar kapada Negara kerana melantik Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Oleh demikian adalah menjadi tanggung jawabnya pula untuk membetulkan kesilapannya itu. Dalam situasi begini, majoriti ahli ahli UMNO kini telah sedar mengapa Tun Dr Mahathir perlu bertindak demikian. Sebabnya, Pak Lah sebagai saorang pemimpin yang telah diberi penuh kepercayaan telah dengan mudah dipengaruhi oleh orang orang disekelilingnya yang berkepentingan.

Ini menunjukan bahawa Pak Lah adalah saorang pemimpin yang lemah dan tidak boleh dibiarkan terus memimpin negara demi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara . Jika Pak Lah terus dibiarkan memimpin negara ,maruah dan kedaulatan negara akan terhakis . Malaysia akan berada diambang bahaya.

Pak Lah sudah terlalu jauh dipengaruhi oleh orang orang disekelilingnya. Pak Lah hanya dengar nasihat mereka. Pak Lah menjadi Perdana Menteri tetapi orang orang disekeliling beliau yang memberi nasihat untuk beliau menentukan segala dasar.

Pak Lah sendiri telah tenggelam dalam arus kuasa mereka, dan Pak Lah sudah tidak nampak apa yang terjadi dan tidak sedar apa yang sedang berlaku. Jauh sekali untuk nampak apa yang akan berlaku dan apa yang akan terjadi.

Pak Lah sendiri tidak sedar sejauh mana orang orang Singapura telah dapat menguasai Media arus perdana terutama sekali NSTP. Dengan tajamnya pena mereka , dalam akhbar NST, Kalimullah dan Brendan Priera juga sahabat Khairy yang bangsat dari Singapura dengan bebas mengkritik dan menghentam Tun Dr Mahathir bekas pemimpin Negara Malaysia, mengkritik dan menghentam dasar Tun Dr Mahathir termasuk menghentam dan mengkeritik DEB yang
diperjuangkan oleh UMNO selama ini .Siapakah mereka ini? Mereka bukan orang politik , Mereka tidak tahu apakah agenda perjuangan UMNO.

Tetapi mereka diberi tempat oleh Pucuk Pimpinan UMNO sekarang untuk menguasai Media diMalaysia dan diberi kebebasan untuk mengkritik dan menghentam bekas pemimpin UMNO serta mengkritik dasar yang telah diperjuangkan oleh UMNO. Dimanakah maruah kita? Kemapakah maruah Pemimpin kita dapat dibeli oleh mereka dengan harga yang begitu murah? Boleh dibeli hanya dengan cara mengipas dan mengampu. Dimanakah maruah Pemuda UMNO
Malaysia.?

Kenapa perkara ini dibiarkan sahaja berlaku? Sebenarnya Pemuda UMNO Malaysia terpaksa mencawat ekor, kuku dan taring sudah tidak berguna lagi. Ada suara tetapi tidak boleh menyalak. Sebab Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri sudah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan mereka dan perutnya sudah pun cukup kenyang.

Tindakan mereka melalui kuasa media ini, sebenarnya saperti serampang dua mata. Pertama, tujuannya untuk mengampu dan mengipas Pak Lah agar Pak Lah akan tersenyum lebar kerana seronok dengan pujian dan sanjungan mereka. Pak Lah akan dapat tidur nyenyak dengan mimpi yang enak hasil pujian dan sanjungan mereka itu. Matalamat mereka adalah untuk meningkatkan lagi kepercayaan Pak Lak terhadap mereka.

Jika Pak Lah terus percaya pada mereka maka bertambahlah pengaruh mereka untuk terus meguasai Pak Lah. Jika Pak Lah dapat dikuasai , apa sahaja boleh didapati dengan mudah.

Lebih mudah lagilah sebab menantu kesayangan Pak Lah turut sama bersekongkol menjadi sahabat. Tujuan yang kedua mereka adalah untuk melemahkan semangat dayatahan dan semangat jatidiri Ahli Ahli UMNO . Ahli-ahli UMNO yang dapat dikuasai oleh Khairy akan memehak pada Pak Lah . Ahli-ahli UMNO yang kuat dayatahan dan yang ada cukup semangat jatidiri, akan bersetuju dan turut menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir . Ahli Ahli UMNO
yang mudah dikuasai oleh Khiary akan menyebabkan UMNO menjadi lemah kerana hilang maruah dan semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan Negara, Bangsa dan Agama.

Orang macam ini sudah jadi anggota boneka yang mudah diarah dan disuruh mengikut telunjuk orang yang ‘berkuasa’ disekililing Pak Lah. Dengan secara halus mereka ini juga sedang berusaha untuk memadamkan rekod kegemilangan hasil dari usaha gigih Tun Dr Mahathir selama 22 tahun membangunkan negara serta membangunkan semangat jatidiri rakyat Malaysia.

Slogan Malaysia Boleh dan Tradisi Membela Rakyat yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir telah
tidak kedengaran lagi. Slogan ini telah diganti dengan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk menonjol kepimpinan Pak Lah supaya nampak lebih hebat dari kepimpinan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun..

Dikalangan para Menteri, tiada siapa yang berani tampil kehadapan untuk berkata fakta yang benar dan mengakui kesilapan Pak Lah. Jauh sekali untuk menegur kesilapan Pak Lah oleh kerana takut akan hilang kerusi dan hilang jawatan. Mereka juga turut tunduk dan akur pada kuasa orang orang yang ‘berkuasa’ dikeliling Pak Lah. itu .Malah, mereka sanggup menjadi bentenguntuk mempertahan segala kesilapan serta kelemahan Kepimpinan Pak Lah.

Justeru itu, oleh kerana sedar kesilapannya dan juga sedar keburukan dari implikasi kelemahan kepimpinan Pak Lah itu, Tun Dr Mahathir perlu berusaha sendiri untuk menebus kembali kesalahannya kerana melantik Pak Lah . Maka sudah menjadi tugas dan tanggung jawab beliau pula untuk berusaha agar Pak Lah dapat diganti dengan pemimpin yang lain demi untuk menyelamatkan maruah Negara.

Tun Dr Mahathir akan berusaha untuk menyedarkan ahli ahli UMNO tentang bahaya ancaman ini. Inilah Perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai walaupun beliau sudah bersara. Perjuangan beliau ini bukan untuk kembali berkuasa tetapi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan Bangsa

Ahli ahli UMNO yang ada semangat jati diri ,sidah pasti akan turut menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai ini . Hanya ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi yang boleh tampil membuat keputusan melalui proses demokrasi bagi memilih calun pemimpin yang terbaik bagi menggantikan Pak Lah apabila tiba masanya nanti.

Tun Dr. Mahathir telah silap memilih Pak Lah sebagai penjaga bumi Malaysia seperti mana Tun salah memilih dan mendidik Anwar Ibrahim yang telah hilang jati diri dan melacurkan bangsanya sendiri akibat ketamakan dan kepentingan diri yang melampau.

Pak Nik Aziz mungkin terlupa



Disebabkan Si Gobala LEMBU nie khayalkan dengan bacaan surah Al-Quran...Si jahanam tetak Melayu diagung-agungkan..Sangat menyedihkan pemikiran rakyat Malaysia ari nie..

Pak Nik Aziz akan menghantar wakilnya untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga A.Kugan. Rujuk.

Sangat mulia Pak Nik Aziz tetapi lupakah PAS kepada tragedi keluarga haji kamaruddin.? Hartina anak perempuan kesayangan Haji Kamaruddin menukar agamanya kepada HINDU akibat terlalu sayangkan kekasih hatinya RAJESWARAN..jika Pak Nik Aziz lupa mari aku dendangkan kisah tragis keluarga ini.

Segalanya bermula apabila Hartina membawa Rajeswaran berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Haji Kamaruddin bertanya kepada Rajeswaran bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, walau bagaimanapun Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran (cantikkan nama tuh macam setannn..) dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Haji Kamaruddin mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan Hartina tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh Hartina tinggal bersama beliau telah dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman
persekolahannya beliau tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak
mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri.

Keadaan menjadi tegang kerana Rajeswaran tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan Haji Kamaruddin hanya bersama isteri. Yang menghairankan beliau, Hartina ketika itu membisu sahaja.

Apa yang dilakukan oleh Rajeswaran hanya memaki hamun dengan kata-kata lucah menghina Islam. Hati mana yang tidak geram setelah agama sendiri dihina sebegitu rupa. Haji Kamaruddin terus mencapai pisau dikelar leher si kafir sehingga nyawa-nyawa ikan.

Ketika itu dimana Pak Nik Aziz.? Terkocoh-kocoh datang membantu Haji Kamaruddin kerana mempertahankan akidah umat Muhammad..? Harrrammmm duduk rumah tengok TV lagi bagus.....

Sekarang Pak Nik Aziz sibuk membantu bangsa yang pernah menghina agamanya...Untuk apa.? Politik atau Kemanusiaan.?

Tepuk dada tanya selera..

Wednesday, January 28, 2009

Khalid Gagap seorang..I_D_A..?

Khalid Gagap terkocoh-kocoh datang menjenguk rakan-rakan yang di timpa kesusahan..Khalid Gagap sangat membantu. Untuk rakan-rakan sebangsa.?

Apa kaitan gambar yang pertama dan gambar yang kedua..?Apa status abang gagap nie.?


Khalid Gagap dah lupa bahawa beliau tidak sepatutnya turun menjenguk rakyat yang dalam kesusahan seperti mana abang gagap cakap 3 bulan dulu. Dulu Abang gagap cakap tak perlu melawat mangsa ribut kerana ianya membazir wang dan membuang masa. Rujuk tetapi hari ini abang gagap dah benar-benar lupa apa yang abang gagap cakap...kecik-kecik banyak sangat makan semut..nielah padahnya...!

Kecik-kecik dulu tak pernah main pelita. Itu pasal dah tua gian lain macam abang Khalid Gagap. Inilah MB paling sporting di Malaysia. Amat meragukan Abang Khalid Gagap nie...sangat membantu dengan bangsa sendiri..?Selangor wajar menggubal undang-undang negeri pada masa akan datang. Menteri Besar wajib seorang yang beragama Islam.!

Monday, January 26, 2009

UMNO Tidak Memerlukan 'MANGKUK' Ini Lagi.



Hari ini pelbagai akhbar melaporkan kemasukan Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Bota ke PKR sekali gus mengistiharkan dirinya keluar dari BN. Tindakan beliau itu adalah susulan beberapa perkembangan selepas PRU ke-12 yang menyaksikan BN mengalami krisis keyakinan paling teruk dalam sejarah negara.

Bermula dengan tindakan tidak sebulu Tun Dr. Mahathir yang bertindak keluar UMNO (sementara), kemudian Peguam yang kecewa, Datuk Zaid Ibrahim selepas itu Kapten Tentera yang gagal mendapat tender helikopter, Datuk Zahar Hashim kini Ketua Kampung Felcra Datuk Nasaruddin Hashim pula mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Ini belum dikira lagi beberapa kerat ahli yang mengambil tindakan yang sama mengikut ketua mereka untuk mengkhianati UMNO.

‘‘Saya amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini dan akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” itulah alasan ADUN Bota katanya. Beliau mungkin terlupa janji dan sumpahnya bila mengangkat sumpah sebagai ahli UMNO dahulu.

Perkembangan ini menarik kerana ia memberi pelbagai impak keatas keuntuhan BN itu sendiri. Adakah BN sudah tidak relevan lagi.? atau UMNO tidak mampu mengKAYAkan golongan2 ini.?.....Dalam hal ini tindakan keluar dari parti boleh dianggap sebagai mengkhianati pengundi2 yang telah mengundi atas tiket parti yang mereka sokong.

Tetapi bagi Anwar Ibrahim tindakan melompat ini adalah satu tindakan yang murni, bijak dan beretika kerana ia dianggap halal dalam perjuangan sonsang beliau. Bagi mereka yang 'melompat' ini mungkin satu kepuasan sementara atau untuk membalas dendam setelah pelbagai janji ditaburkan pemerintah gagal ditunaikan.

UMNO seharusnya sedar PRU ke-12 telah membuka pekung ahli-ahlinya yang tidak setia dan hanya sanggup bersenang-lenang bersama-sama tetapi dalam masa yang mengaut segala keKAYAan yang boleh selagi terdaya.

BN perlu bersyukur dan menilai segala hikmah disebalik PRU-12 yang telah menunjukkan sebilangan ahli-ahlinya yang tidak sanggup bersusah payah bersama yang boleh diibaratkan seperti "duri dalam daging" UMNO atau si Kitul yang merosakkan Kesultanan Melayu Melaka.

UMNO seharusnya berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi pengajaran yang amat berguna untuk UMNO menilai diri sendiri. Dalam pada itu, UMNO tidak memerlukan lagi 'mangkuk' ini yang bersifat talam dua muka atau Si Kitul seperti mana UMNO tidak memerlukan pemimpin seperti Anwar Ibrahim.

Friday, January 23, 2009

Penjenamaan Semula UMNO.?

Semalam kita disajikan dengan berita penahanan beberapa ahli politik berhubung rasuah politik yang boleh disifatkan sebagai duri dalam daging politik Malaysia. Walaupun berita tersebut kurang memberi kesan kepada kita kerana telah diketahui umum rasuah dan UMNO ibarat aur dengan tebing.

Kalangan pemerhati terutama pembangkang memerhati dengan penuh minat akan produk pertama yang akan dihasilkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha untuk mengembalikan semula intergriti yang kian lama pupus.

Tetapi timbul tanda tanya mengapa ikan bilis yang masuk jerat, dimana ikan kembong yang kekenyangan.? Jika ahli-ahli UMNO yang bertaraf AJK didakwa bagaimana mereka yang masih lagi sibuk mengatur strategi mendapatkan jawatan tertentu dalam parti.

Pasti timbul ketidakadilan dalam isu penahanan ini. Ini kerana lembaga displin parti masih lagi kuasai Presiden parti dan isu ini dianggap sebagai cubaan untuk mengalihkan rakyat memperkatakan tentang kekalahan UMNO di Kuala Terengganu.

Walau bagaimanapun proses penjenamaan semula UMNO dianggap sebagai pembuka tirai kepada Datuk Seri Najib yang akan memimpin parti bermula Mac 2009.

Jika Datuk Seri Abdullah diberi kredit kerana pendekatannya menjadikan BPR badan yang
bersifat telus, usaha membanteras rasuah politik dianggap tindakan yang betul dan tepat pada masanya walaupun terdapat pihak mencemuh usaha tersebut.

Harus diingat Datuk Seri Abdullah masih menguasai lembaga displin dan pasti ada kambing-kambing hitam yang akan dijadikan korban menjelang pemilihan Mac 2009.

Bagaimanapun, pendekatan yang cuba dilakukan Paklah pasti diikuti dengan penuh minat seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO setelah kekecewaan berganda PRU ke-12.

Jika hendak diikutkan rasuah politik dalam UMNO bermula sekecil-kecil AJK cawangan hinggalah yang hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Unsur rasuah pasti ada.

Selepas kekalahan BN di Kuala Terengganu, Datuk Seri Najib menggesa seluruh pemimpin UMNO perlu mengikis imej negatif dan selalu berdamping dengan masyarakat. Barah ini sukar dibuang kerana Datuk Seri Najib harus melihat diri sendiri sebelum membicarakan perihal orang lain yang boleh diibaratkan menepuk air dulang, terkena muka sendiri.

Agak menyedihkan parti yang menunjangi BN berada dalam keadaan yang sangat kotor dan naif. Menjelang bulan Mac 2009, satu bebanan yang maha berat akan dipikul Datuk Seri Najib kerana perlu mengembalikan semula kegemilangan parti orang Melayu daripada dipengaruhi unsur-unsur rasuah yang boleh menjahanamkan negara selain mengikis tanggapan negatif imej Islam yang diperjuangkan selama ini.

Hikayat Mat Lebong


TAYANGAN PERDANA
HIKAYAT MAT LEBONG
(Sebuah produksi Crazy Allied Ltd anak syarikat Crazy Informatic Allien (CIA) USA)
Tarikh: Tahun 2009 Agaknya
Panggung : Serentak seluruh Malaysia
Tiket: Percuma

Pelakon Utama:
Nuar Berahim (Dari Kota Penyu Ke Putrajaya)
Hadee Awe (The Hududology)
Kerpal Sih (The Disable Heroes)

Pelakon Tambahan:
Tiang Chuak (Ketua Kongsi Batu)
Lim Keng Cheng (Komunis Yang Kecewa)

Pelakon Kanak-kanak:
Nurul Jijah Berahim

Tukang Amik Gambar:
Abu Wahid Gendut (Wa Kap Pelir)

Pengangkutan:
Mat Amin Ali (The Toll Picker)

Sinopsi:
Ini adalah sequel dari filem Dari Kota Penyu Ke Kuala Terengganu yang telah siap post produksinya. Kisah ini adalah lebih thriller kerana cetusan CGI berprofile tinggi setelah mendapat budjet dari US Federation di bawah Mr. Barack Obongma. Dalam siri ini berlaku kekecohan antara 3 watak penting kerana kesan dari HUDUDOLOGY yang membuatkan mereka terencat seketika. Bagaimana dalam menghadapi pelbagai tipu msulihat, cover-mencover dan goyang mengoyang antara satu sama lain mereka masih lagi tetap meneruskan perjuangan songsang mereka dan tetap berkawan baik walaupun salah seorang dari mereka mengugut untuk membunuh diri kerana kecewa yang amat sangat. Saksikanlah kesudahan cerita yang penuh adegan thriller dan sentuhan melampau CGI paling hebat dalam sejarah perfileman negara.

Wednesday, January 21, 2009

Hobi Baru Khalid Gagap Moo..Moooo..!!!


Berair mata aku gelak bila aku tengok TV3 tadi..seorang Menteri Besar didakwa atas kes salahguna kuasa...memang hebat MB nie sangat hebat dan terlampau hebat..belum ada dalam sejarah moden Malaysia seorang ketua negeri kantoi kes bangang macam nie. Aku rasa Pak sheikh tengok berita terus angkat hanpon call sama itu Khalid Gagap..

"Apa..ter..ter...tergagap si Khalid kena sound dengan Pak Sheikh..Kes bangang macam nie hang boleh kantoi..tak boleh harap langsung hang nie..Teresuck Cock tu lagi terar dari hang.."menyumpah-nyumpah Pak Sheikh dalam telefon maki hamunkan si Khalid Gagap nie..


Pak sheikh tak boleh salahkan Khalid Gagap.. Khalid seorang yang penyayang..dia memang sayangkan binatang. Pak sheikh perlu sedar Khalid sangat mencintai dunia kebinatangan..lihatlah babi telah dinaiktarafkan oleh Khalid dan Syarikat Pakatan haprak Sdn.Bhd.Dulu babi dihina,jijik, kotor dan hodoh tapi hasil kerja keras Khalid dan syarikatnya, babi kini salah satu binatang yang paling glamor. Sungguh hebat hasil kerja Khalid nie.


Hanya satu pinta untuk Pak Sheikh..kalu lepas nie jemput Khalid Gagap datang majlis janganlah di siapkan babekiu daging lembu..Khalid sangat sensetif dengan lembu..kalu nak teringin sangat nak makan burger atau macdonald janganlah diajak Khalid..silap-silap Khalid sanggup putus sahabat disebabkan cintanya terhadap dunia kebinatangannya..

Kami rakyat yang sentiasa senyum tanpa ada masalah menyokong penuh Khalid Gagap dan hobi baru beliau yang sentiasa kebinatangan. Kami tak kisah jika permintaan kami tidak diendahkan asalkan dapat memenuhi hobi baru Tuan Khalid Gagap Moo..Moooo.

Monday, January 19, 2009

Relek Jap..!


Kisah ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat Kuantan dulu...Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak baca...

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni :

"HAI AJISS...MATI JUGAK KAU AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA, KAU JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA PUKUL KAU DARI KANAN...KAU ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI KIRI...KAU ELAK KE KANAN...KALAU DIA HENTAM DARI DEPAN...KAU ELAK KEBELAKANG...KALAU DIA HENTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI KAULAH AJISSSSS......"

Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia...bila orang asli tu tanya ngape...kawan aku cakap..."sedih...."

Pengajarannya..........Dia orang pun percaya juga kat alam kubur.............

Saja post cerita nie. Aku dapat dari e-mail member aku..Relek jap laa...

Kekalahan Orang Anwar Ibrahim Dan Bukan Orang Najib - Maharaja

Saya amat tertarik dengan hujah dan pendapat yang dipaparkan oleh blogger Maharaja. Huraian beliau mengenai faktor kekalahan BN di Kuala Terengganu dan kebangkitan rakyat untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri amat tetap dan kena dengan suasana politik hari ini. Harap rujuk http://maharajablogger.blogspot.com/2009/01/kekalahan-orang-anwar-ibrahim-dan-bukan.html. Pendapat saya hujah yang dipaparkan harus dilihat dari perspektif yang lebih luas. Ini kerana kekalahan BN di Kuala Terengganu tidak boleh dijadikan ukuran atas kredibiliti Datuk Seri Najib sebagai bakal Perdana Menteri ke-6 walaupun beliau mengetuai jentera kempen BN di sana.

PAS tidak boleh terlalu bermegah dengan kemenangan ini kerana jika dikaji daripada keputusan dalam PRU ke-12 berbanding pilihan raya kecil Kuala Terengganu, PAS hanya mampu menambah undi tidak sampai dari 1,000 undi. Ini bermakna bilangan undi cuma meningkat tidak lebih 1% berbanding PRU ke-12.

Apa pun Perdana Menteri harus mengakui penolakan rakyat dalam pilihan raya ini adalah mesej yang jelas untuk beliau terima sesudah sampai masanya beliau mengundur diri dan Khairy Jamaluddin perlu menilai cabaran yang akan mendatang dalam menghadapi pemilihan UMNO bulan Mac dan karier politiknya pasca pentadbiran bapa mertuanya.

Sunday, January 18, 2009

Kuala Terengganu: Isyarat Kepada Najib.?

Semalam penyokong PAS meraikan kemenangan calon mereka dengan laungan takbir 'Allahuakbar' , sementara UMNO dan BN mengambil langkah untuk mengemas barang dan berangkat pulang ke kawasan masing-masing. Timbul kekecewaan dan persoalan masih relevankah BN?.Setelah seminggu berhempas pulas berkempen, mendekati rakyat, memberi sumbangan dan mengerahkan seluruh jentera BN kini pulang dengan hampa.

Satu tindakan susulan pasti menyusul untuk mengkaji kekalahan memalukan ini.Bagi setiap ahli jentera kempen yang bertanding, ini adalah satu suasana baru kerana sebelum ini kampung yang mereka tidak pernah memasuki kini telah hafal dalam peta minda masing-masing. Mendapat kenalan baru sambil-sambil mencari peluang disaat-saat akhir. Jangan dilupai setelah pebagai janji ditabur dan inilah masa yang perlu dikotakan.

Sebelum penamaan calon lagi, Datuk Seri Najib telah menjangka keputusan ini tapi disebabkan suara pemutus terletak kepada Presiden yang dikasihi membataskan bangkangan ini. Apa yang tidak diketahui umum, masalah yang timbul disebalik percaturan ini adalah disebabkan wujudnya 'tangan ghaib' yang mencatur calon BN di Kuala Terengganu walaupun disuatu ketika Datuk Seri Najib menafikan rasa tidak puas hati itu.

Apakah rakyat hari menolak bakal Perdana Menteri ke-6 itu.? Dalam hal ini jelas menunjukkan rakyat tidak mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Najib tetapi rakyat sudah muak dan jelak dengan politik 'ungkit-mengungkit' atau politik murahan dengan cerita-cerita bertaraf tadika (Kindergarden). Diketahui rakyat Kuala Terengganu masih mempercayai isu-isu royalti minyak, Piala Monsun dan Isu pembaziran Masjid Kristal.

"Mereka mempersoalkan mengapa hari ini kerajaan BN terlalu pemurah dengan pelbagai imbuhan dan peruntukkan dalam menghadapi PAS di Kuala Terengganu."

Terdengar sayup-sayup kutukan dan cercaan bahawa pemberian pelbagai imbuhan ini diibaratkan memberi gula-gula chewing gam untuk dikunyah sepanjang masa. Tetapi realitinya itulah politik, disaat memerlukan undi pelbagai 'suntikan' diberi. Kekalahan ini tidak harap tidak akan melemahkan semangat BN sebaliknya ia akan dijadikan iltizam untuk meneruskan khidmat kepada rakyat.


BN seharusnya melipatgandakan usaha bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap perjuangan parti itu dengan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan imej.Dalam sistem demokrasi suara rakyat adalah suara keramat dan iainya sebagai pengajaran untuk menguatkan iltizam mengorak langkah ke depan.

Kepada bakal Perdana Menteri, kekalahan ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai adakah rakyat merestui kepimpinan beliau yang akan datang. Walaupun pelbagai tohmahan dan cerita kurang enak saban hari dijamu oleh pelbagai 'suara-suara longkang' dan keberangkalian kebenaran perkara itu, rakyat masih lagi mahu melihat keberkesanan polisi yang akan beliau taburkan.

Terlepasnya Kuala Terengganu adalah salah satu isyarat untuk beliau halusi kebolehterimaan rakyat dan dalam tempoh 4 tahun akang datang kerana adakah rakyat akan kembali menghukum BN seperti mana yang diidamkan oleh pengkhianat No.1 negara ketika ini iaitu Anwar Ibrahim.

Friday, January 16, 2009

Kg Baru Dianggap Curi Hak Orang Melayu

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.

“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.

Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.

Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan.

Sumber: Utusan

Thursday, January 15, 2009

PAS dan Bayangan Erdogan


Saya amat tertarik dengan hujah seorang penulis dalam laman Harakah Daily hari. Penulis tersebut seolah-olah sedang lena tidur dibuai mimpi indah. Beliau dengan yakin mempersendakan BN apabila gagal memecah-belahkan perpaduan dalam PAS dengan mendakwa istilah kumpulan Erdogan diberi oleh penyokong BN telah gagal sama sekali. Rujuk http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018700&Itemid=46

Apakah beliau lupa bahawa istilah "Erdogan" atau sayap kumpulan pro Anwar diwujudkan oleh penyokong PAS yang kecewa dengan kepimpinan PAS yang telah terpesong dari tapak perjuangannya. Cuba lihat kepimpinan PAS hari ini. Lebih didominasi oleh kumpulan profesionalnya yang menjadi mata dan telinga Anwar kadang-kadang lidah lebih berbisa dari Anwar Ibrahim.

Mungkin juga penulis terlupa bagaimana Kumpulan Ulama yang diketuai oleh Presiden PAS menafikan pengaruh Erdogan setelah PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan Islam. Kemudian Mahfuz Omar tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan media melalui Harakah Daily menafikan pertemuan tersebut. Mahfuz Omar memang kelam kabut hinggakan membawa isu Palestin di Kuala Terengganu dengan harapan sokongan pengundi Melayu kembali meningkat.

Dalam pada itu, pengaruh Husam Musa keatas Dato' Nik Aziz juga semakin menebal apabila beliau tanpa segan silu mempengaruhi Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan menyokong pelan 16 Sept Anwar Ibrahim untuk menjadi PM Malaysia. Dalam kumpulan mana Husam Musa.? bukankah kumpulan Erdogan yang dilabelkan oleh penyokong tegar PAS..! Sehingga sanggup menikam belakang Dato' Mustapa Ali kerana tidak mengiktiraf pelan 'BANGANG' itu.

"Pemimpin-pemimpin PAS di semua peringkat dan bahagian termasuk yang dikatakan kononnya dari Kumpulan Erdogan itu sedikit pun tidak bersuara bahkan memberi keyakinan penuh bahawa calon yang dipilih oleh PAS tersebut adalah calon yang paling layak untuk 'mentalkinkan' Umno di Kuala Terengganu". Keyakinan apa yang dimaksudkan oleh penulis ini.? Disini penulis cuba memberitahu kepada pengikut-pengikut taksub Anwar Ibrahim bahawa penamaan calon PAS tersebut telah mendapat lampu hijau daripada kumpulan pro Anwar walaupun beliau mengetahui memang terdapat suara-suara sumbang memperkecilkan calon dari Wakaf Mempelam itu.

Kumpulan Erdogan ternyata gagal mempengaruhi kepimpinan PAS untuk meletakkan calonnya sebagai persedian untuk memudahkan Anwar Ibrahim mendapat sokongan dalam pelan 'BANGANG'nya. Mungkin PAS telah belajar dari PAS Selangor yang terus 'mencantas' Khalid Samd dan Shaari Sungip dalam barisan tertingginya. kerana sedar PAS telah dikudakan dalam kerajaan campuran Selangor.

Kepada PAS, BN hanya menjalankan 'tanggungjawab sosialnya' mencetuskan isu dalam menghadapi pilihanraya Kuala Terengganu kerana BN sedar kekuatan senjata fitnah memfitnah yang digunapakai PAS cukup sukar dibendung disebabkan telah menjadi makanan PAS sejak dahulu lagi. Jika kita hendak menangkap pencuri kita perlu berfikir seperti pencuri,madah berhelah ini mungkin sesuai diberikan kepada BN untuk menghadapi PAS di Kuala Terengganu.

Wednesday, January 14, 2009

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah


Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq , Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.

Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?

Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang

1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa . Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq .

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

· Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

· Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.

Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran , - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq . Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq , ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union , ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan . Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi , Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulan

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Wallahu’alam
Renung-renungkanlah.....

Sindrom


Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan PAS keseorangan menghadapi jentera BN sedang rakan dalam Pakatan Rakyat membawa hal sendiri. Realitinya PAS dilihat keseorangan sejak dari hari penamaan calon walaupun 'teman sebilik' PAS menggambarkan sokongan tidak berbelah bagi. Lihat PKR hanya membantu ibarat melepaskan batuk ditangga. Tidak aggresif seperti peranan PAS dalam membantu Anwar Ibrahim menghadapi BN di Permatang Pauh. Sungguh beruntung Anwar punyai budak suruhan yang rajin bekerja.


Sikap DAP pula sudah besar kepala semenjak dapat memerintah Pulau Pinang dengan di bantu PKR. Kenyataan Karpal Singh yang masih keras membantah perlaksanaan hudud jelas memperlihatkan beliau masih lagi terkena sindrom mabuk kuasa. Karpal Singh terang-terangan meragui 'pernikahan' ini kerana kenyataan Anwar Ibrahim pada kempen PAS mahukan bukan Islam mempercayai bahawa hukum hudud hanya dilaksanakan kepada orang Islam serta mengakui percanggahan pendapat dalam Pakatan Rakyat berhubung isu ini masih wujud dan bergelora.

Setelah PAS gagal mendapat kerjasama 'teman sebilik' apa yang mampu dilakukan PAS hanya dengan menimbulkan isu-isu lapuk. Datuk Mustapa Ali mempersoalkan PDRM di Kuala Terengganu apabila mempersoalkan kehadiran ribuan anggota Polis di situ. Kenyataan beliau dilihat terlalu perjudis kerana telah jelas peranan Polis hanyalah menjaga keselamatan dalam membantu proses demokrasi berjalan lancar. Secara tidak langsung menimbulkan perasaan kurang senang rakyat terhadap pasukan keselamatan.

Setelah menyedari bahawa rakyat Kuala Terengganu tidak boleh diberi gula-gula murah PAS menimbulkan isu pengundi hantu di Kuala Terengganu. Dengan harapan rakyat akan memberi undi protes seterusnya menafikan hasrat BN untuk terus kekal di Kuala Terengganu. PAS hari ini ibarat takut dengan bayang-bayang sendiri dan berterusan 'merapu' dalam segenap segi. Rakyat Kuala Terengganu perlu meneruskan kesinambungan pembangunan yang ditinggalkan dan memberi PAS isyarat yang jelas bahawa rakyat hari telah sedar kerosakan yang telah dilakukan PAS.

Rakyat Kuala Terengganu juga harus mengetahui bahawa PAS hari ini telah jauh terpesong dan tidak relevan walaupun ramai dalam kalangan pemimpin tertingginya mengalami sindrom penafian akibat dimakan sumpah yang dicerca kerana menjalinkan hubungan dengan bukan Islam. Selamat Berpilihanraya.!

Siapa Yahudi? Siapa Islam?

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan?

Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.


Sumber: Utusan

BPN VIEWS ON PALESTINE AND ZIONIST ISSUE

RESOLUTION 2/2009. BPN VIEWS ON PALESTIN AND ZIONIST ISSUE.

RESOLUTION ON ISSUE PALESTIN BEING ATTACKED BY ZIONIST ISRAELI AND BPN PROPOSAL AND ACTION.

1. WE MEMBERS OF BPN HEREBY STRONGLY CONDEMNING THE ENCROACHMENT INTO PALESTIN BY THE ISRAELI AND ALSO CONDEMNING THE MERCILESS MASSARED DONE TO THE UNFORTUNATE CIVILIAN.

2. WE ALSO URGE ALL MALAYSIAN TO STAND UNITED AND LAUNCH A BOYCOT CAMPAIGN TO WEAKEN ALL COMPANIES THAT RELATED TO ISRAEL@ZIONIST AND HOPE THIS COULD BE DONE SERIOUSLY.

3. BPN ALSO URGE THE GOVERMENT OF EGYPT TO OPEN THEIR BORDEN WITH PALESTIN SO THAT HUMANITARIAN AIDS CAN BE CHANNELED IN INSTANTLY AND AT THE SAME TIME ALLOWING THE PALESTINIAN TO SEEK REFUGE AND SHEALTER IN EGYPT.

4. THIS BOYCOTT/PROTES CAMPAIGN WILL STANDS UNTIL THE ISRAEL@ZIONIST ABIDES ALL RESOLITIONS ISSUED BY UNITED NATION AND UNTIL PEACE IN PALESTIN WERE RESTORED.

5. BPN URGES THE GOVERMENT OF MALAYSIA TO CALL OUT FOR AN IMMEDIATE OIC CONFERENCE TO STATION MUSLIM COUNTRIES SOLDIERS ALONG THE BORDER OF PALESTIN TO BOOST UP THE MORALE OF THE PALESTINIAN’S MUJAHIDIN FIGHTERS.

6. THE OIC HAS GOT TO URGE THE ARABIC NATION TO PLAY THEIR PARTS AND RESPONSIBILITY IN HELPING AND PROVIDING WHAT EVER SUPPORT NEEDED BY THE PALESTINIAN.

7. BPN URGE ALL LEADERS FROM OPPOSITION REPRESENTING PAKATAN RAKYAT TO SHOW THEIR PROTEST AND TO PERFORM THEIR SOCIAL RESPONSIBILITIES BY PARTICIPATING WITH GOVERMENT’S LEADERS TO BURN ISRAELI AND UNITED STATE’S FLAG AS A MESSAGE FOR MALAYSIA’S STRONG DISSENT.

8. BPN URGE OPEC COUNTRIES TO CALL FOR AN URGENT MEETING AND TO COME-UP WITH THEIR COLLECTIVE IDEAS IN RESOLVING THE ISRAEL AND PALESTIN CRISIS.

9. ALL MALAYSIAN REGARDLESS RACE AND RELIGION ARE URGE TO CONTRIBUTE SOME MONEY AND EFFORT TO HELP THE PALESTINIAN ALSO FOR THE MUSLIM IF THEY HAVE GOT FREE TIME DO RECITE A YASSIN VERSE ONCE A DAY AND PRAY FOR THE PALESTINIAN SAFETY AND HOPE FOR PEACE TO BE RESTORED SOON.

10. BPN HOPES FOR MALAYSIAN WELL BEING AND AWAY FROM THE MISFORTUNATE SITUATION WHICH BEFALLED ON TO THE PALESTINIAN WHERE THEIR DIGNITY AND INHERITED LAND, DAY-BY-DAY AND INCH-BY-INCH WERE FORCIBLY TAKEN AWAY FROM THEM BY THE DEMONIC ISRAEL@ZIONIST REGIME.

Prepare by panglima perangcyber:

http://panglimaperangcyber.blogspot.com

Translated to english by abangtuah

http://abangtuah.blogspot.com

Tuesday, January 13, 2009

Pakatan Rakyat Yang Sporting



Lihatlah betapa gembira dan selambanya YB-YB Pakatan duduk semeja sambil dengar Irene Fernandez cakap pasal Islam. Apa perasan wanita yang bertudung hijau mengadap pentas dalam video ini. Inilah hasil daripada Plurisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Kalau dalam majlis macam nie bukan Islam bebas bercakap berkenaan Islam, bagaimana jika ditakdirkan pakatan ini menguasai politik Malaysia.Nabil cakap.."lu fikirlah sendiri beb"..bukan aku cakap.

Ezam lawan jangan tak lawan..!


Hua..hua..hua..macam cerita lawak kat Astro Ria. Kalau Apek Saiful nak cari pelakon baru, Anwar Ibrahim boleh try screen test. Biasalah Anwar dengan stail beliau bila tak kena dengan seleranya cepat-cepat beliau lari atau fullstop. Ezam Mohd Nor dah melalak kat Kuala Terengganu buka gelanggang. Mari-mari kalau Anwar anak jantan sila maju ke depan bertapak-tapak. Jawab segala pertuduhan yang dilemparkan Ezam. Haah..! apo laie. Jawabla.

Agenda Daily hari ini memaparkan reaksi Anwar apabila diajukan soalan berkenaan tuduhan Ezam.

Anwar dengan selamba mengambil taktik mengelak untuk tidak melayan cabaran Ezam sebab beliau sedar bekas orang kuatnya itu tahu banyak rahsianya.

"Tetapi satupun saya tidak layan. Yang ini juga saya tidak mahu layan kerana jika saya berbuat begitu, ia seolah-olah saya memberikannya pengiktirafan"...caaiitt...Tambi jawabla apsal lu takmau jawab..busuk punya orang..orang-orang tua cakap 'kecik-kecik tak mau mampos, besar-besar menyusahkan orang'. Macam tu perumpaan untuk Anwar.

Kalau sebelum ini, Anwar berani nak saman IGP dan Peguam Negara pasal tuduhan palsukan bukti 10tahun dulu naahh..! sekarang ada satu lagi peluang untuk beliau tambahkan pendapatan. Anwar Ibrahim kalau kau anak jantan, kalau kau negarawan atau AUTAWAN siapkanlah pasukan peguam kafir kau failkan saman terhadap Ezam Mohd Nor. Buktikan kepada rakyat Malaysia ini semua fitnah seperti kau melalak dahulu..

"Saya difitnah Jah(Azizah), Betul Jah abang tak buat semua tu..Ini fitnah"...hau..hua..hua. Jika diperhatikan perkembangan Anwar, beliau tidak menafikan atau mengiyakan tuduhan itu atau tuduhan-tuduhan lain. Sampai sekarang beliau tak ambil tindakan. Paling kontroversi tuduhan Azizan dan Umi Hafilda. Hairan betul dengan sikap manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Dah kena tuduh macam nie sanggup duduk diam ibarat tidak ada apa-apa berlaku. Kononnya nak meraih simpati murahan rakyat. Hebat..! memang Anwar Ibrahim seorang AUTAWAN yang unggul pernah dilahirkan Malaysia.

Ezam Mohd Nor dalam dirinya penuh sifat dendam. Dendam dengan bekas majikannya. Mungkin inilah hasil setelah beliau meringkuk dalam penjara. Tidak dipedulikan oleh Anwar hatta rakan-rakan seperjuangannya. Insan kecil ini bangkit setelah dihina dan dicerca meneruskan kelangsungan perjuangan menentang durjana dan petualang yang ingin menggadaikan maruah bangsa, agama dan negara.

Teruskan perjuangan wahai Ezam selagi kakimu mampu melangkah, selagi lidahmu masih lagi berbisa dan selagi ingatanmu masih lagi kuat menjeritlah dengan megah membongkar siapa si munafik Anwar Ibrahim.

Sunday, January 11, 2009

Sebatang Satu Nyawa

1. Sentimen Anti-Amerika dan Anti-Israel makin kuat kebelakangan ini. Ramai dari kalangan kita marah, geram, benci dan protes terhadap kedua-dua bangsat itu. Boikot barangan Amerika dan kepentingan Israel telah menular di negara kita. Kenapa.? Sebab bangsat-bangsat itu melakukan tindakan melanggar hak asasi manusia(Human Right). Kita digembar-gemburkan supaya memboikot barangan bangsat-bangsat itu.! Tapi kita terpula bahawa rokok juga adalah salah satu barangan yang perlu kita boikot.


2. Setelah Israel merobek bumi Palestin baru kita tersedar dengan cara memboikot ekonomi bangsat2 itu kita mampu mengajarnya.Aku dalam proses hendak berhenti merokok tapi setelah berlaku pencerobohan ini senangat aku makin kuat dan kebencian aku makin menebal.Ya..kita perlu melakukan dan boleh melakukan..bukan kerana sifat itu dan sekarang tapi keinginan untuk melakukan. Mampukah kita melakukan.?
3. Apakah pihak kerajaan juga menyokong tindakan kita.? Jika dilihat rakyat Malaysia bangkit menentang perlakukan sadis ini.Kerajaan juga harus mengikut rentak kita. Kerajaan juga perlu proaktif memboikot dengan sedikit usaha.Kerajaan boleh menggunakan media massa dan elektronik untuk menyampaikan kesedaran ini. Kalau kerajaan menjalankann kempen taknak rokok, sekarang kerajaan perlu melakukan kempen boikot terus barangan bangsat-bangsat ini iaitu rokok. Walaupun alasannya nanti menjejaskan ekonomi yang memang dah terjejas tapi sedikit usaha ini diharap dapat menyedarkan bangsat2 itu termasuklah kita semua.
4. Kita terlupa setiap batang rokok yang dibakar ibarat kita membakar nyawa rakyat Palestin. Berhari-hari kita disajikan dengan pelakuan binatang ini tanpa ada kesudahan. Makin hari makin hebat asakan tentera Zionis. Tanpa belas kasihan tanpa rasa bersalah bumi Palestin dihujani dengan bom Fosforus. Dimana tanggungjawab kita.?
5. Aku hari ini aku berazam untuk berhenti merokok terus sebagai menyokong usaha memboikot barangan Amerika selain untuk diri sendiri. YA....inilah masanya dan inilah peluang yang terbaik. Rakan-rakan diluar sana ayuh bangkit kita mampu melakukannya.