Showing posts with label Nak Relek Sekejap. Show all posts
Showing posts with label Nak Relek Sekejap. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Gong Xi Fa Chai Dari Anwar Sekeluarga

All molotov cocktail sponsored by Dog And Pig Dynamite formly known as DAP

Thursday, January 07, 2010

Garam Awani: Delay Dari Ipoh

Ipoh: "Saya nampak kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba terbabas sebelum terbalik dan hampir-hampir mengenai sebuah motosikal peniaga cendol. Sebaik terbabas dan hampir mengenai peniaga cendol itu mangsa dilihat terlolong-lolong menjerit kesakitan" kata seorang saksi buta yang enggan dikenali.

Kejadian yang berlaku awal pagi itu telah mengejut orang ramai yang mahu ke tempat kerja di Bangunan UMNO Perak. Menurut seorang saksi, kereta tersebut dilihat memandu dalam keadaan yang merbahaya disyaki mabuk kerana kedengaran suara orang menyanyi lagu Perak No.1 lagu wajib pelajar-pelajar sekolah di seluruh Perak. Ada juga saksi yang mendengar dengan jelas pemandu itu menyanyi lagu Cari Jodoh dari kumpulan Wali. Bagaimanapun, saksi tidak dibenarkan untuk menjelaskan dengan terperinci lagu tersebut kerana khuatir ia akan menjadi kontroversi.

Sementara itu, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cuma mengalami kecederaan ringan dan hasil pemeriksaan kandungan gula dan alkohol mendapati paras gula mangsa rendah selain dari kandungan alkohol yang tidak diumumkan.

Bagaimanapun, seorang attendan ambulan yakin mangsa memang memandu dalam keadaan mabuk kerana ketika pasukan paramedik tiba lagu Perak No. 1 masih lagi dimainkan melalui CD player Toyata Camry itu dan dengusan mangsa yang berkata "saya MB yang sah jelas kedengaran".

Pihak media yang ditemui sangat aneh dengan kejadian ini kerana berlaku betul-betul dihadapan Bangunan UMNO Perak.


Tuesday, November 10, 2009

Monday, January 19, 2009

Relek Jap..!


Kisah ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat Kuantan dulu...Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak baca...

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni :

"HAI AJISS...MATI JUGAK KAU AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA, KAU JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA PUKUL KAU DARI KANAN...KAU ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI KIRI...KAU ELAK KE KANAN...KALAU DIA HENTAM DARI DEPAN...KAU ELAK KEBELAKANG...KALAU DIA HENTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI KAULAH AJISSSSS......"

Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia...bila orang asli tu tanya ngape...kawan aku cakap..."sedih...."

Pengajarannya..........Dia orang pun percaya juga kat alam kubur.............

Saja post cerita nie. Aku dapat dari e-mail member aku..Relek jap laa...