Thursday, January 08, 2009
Sekali lalu 3 : Syurga bukan tugas kita
Aku nak nasihat kat penyokong PAS dan pengundi di Kuala Terengganu perlu memikirkan calon yang paling sesuai untuk menjaga kebajikan dan ekonomi Kuala Terengganu. Pilihan calon yang kononnya membawa syiar Islam dengan tema “BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP” , calon dengan tema “BN MESRA RAKYAT” atau calon yang nak membantu golongan miskin ( BEBAS)…
AL-Juburi semasa ceramah pertama kempen menegaskan hokum hudud hanya akan dikenakan kepada orang Islam jika kerajaan pembangkang memerintah, bukan Islam tak payah nak pening-pening kepala risau…hokum nie untuk orang Islam ajo..Mengapa AL-Juburi beri pendirian semasa kempen ini..?
Apakah AL-Juburi sedar mood rakyat Terengganu tidak seperti P.Pauh.? Yang boleh diperbodoh-bodohkan olehnya..Nasib hangpala rakyat P.Pauh. AL-Juburi tahu inilah masa yang paling sesuai untuk tonjolkan sifat talam 2 mukanya..Dah memang terang AL-Juburi tak pernah nak serius dalam menyatakan pendiriannya. Negara Islam langsung tiada dalam “Job Description” beliau dengan US.Government (Pelabur filem Dari Kota Penyu Ke Kuala Terengganu)..Ini semua AUTA..!Konon-kononnya dengan menyatakan pendirian itu sokongan rakyat Terengganu akan kembali menyengat untuk beliau..AL-Juburi aku nak habaq skit kat hang..Nehh Ceq sudddaahhlaahh..!!! cait pooddaahhh!!!toksah dok buat toya kat sini..ramai lagi Ahli Parlimen hang dok tunggu masa nak melotup..!!..aku tak kencinglaa, hang balik kat Tropicana sana hang panggil depa mengadap hang tanya one by one..sapa yang tak setuju ngan hang..
PAS..PAS..memang silap panggil AL-Juburi datang bagi cakap sepatah dua kata…orang Terengganu tak perlu AL-Juburi datang depa meluat ngan Badut 16 Sept tuh..Apa yang orang Terengganu perlu perhatian..bukan cerita, fitnah, dongeng dan tahyul yang nak di cakap berhari-hari..Paling penting usaha, setakat pakai air liur abuk pun tarak..Yang pi bawak Badut tuh pasai apa..!!
Sekali lagi aku nak pesan dengan orang Terengganu, Syurga bukan tugas kita nak tentukan..ini semua kerja Allah..Dia yang berhak tentukan..Bukan Tuan Guru, Majlis Ulama, Majlis Syura yang ada link dengan kerja tuhan nak cek list nama-nama hangpa layak masuk syurga..Pilih calon yang memberi anda kuasa untuk memaksa YB anda bekerja..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
aku sokong hang...
marilah undi BNNNNNNNNN BNNNNN..!
Antara dua, siapa yang mengikut quran dan sunnah bakal masuk syurga, siapa yang menyelewing dan menentang quran dan sunnah bakal tidak dimasukkan syurga.kan senag sifirnya...
Kenapa marah kat anwar , sebab anda rasakan dia dah buat salah. Buat salah apa? Apa kayu ukur anda . Tentulah agama. Jika anda menghukum dengan agama mengapa tak boleh terima soal dosa dan pahala.
adakah anda ada hukuman sendiri selain hukuman dosa dan pahala , syurga dan neraka?
Mengapa tak sokong amerika.Adakah kerana persoalan moral atau agama?
Mengapa simpati atas palestin , sebab agama atau kemanusiaan.?
Jika tiada balasan dosa dan pahala , mengapa menasihati orang.?Untuk kebaikan atau kejahatan? InsyaAllah , baik dibalas syurga dan buruk dibalas neraka.
pak andak alwi,
apa yang aku tulis berdasarkan apa yang aku lihat,pembacaan aku, pemahaman aku dan pengalaman aku...aku sokong Al-juburi atau aku benci ngan al-Juburi itu bukan persoalan.?..untuk aku tulis perjuangan aku...sama ada orang lain suka atau tidak terpulang pada citarasa masing-masing...
Kita yang masih buta belajar dan terus belajar mencari diri sendiri..
Benar.. baik dibalas baik jahat dibalas azab neraka...tapi hukum syurga neraka bukan hak kita hendak menentukan..Kita yang perlu menilai diri kita...jika ilmu kurang kita belajar dan terus belajar...Amin
salam..
AKU PUN SOKONG KAU.....HIDUP GARA!!!
gotahlontun...
trima kasih...
Salam.
Eden rasa era politik sekarang sudah banyak berubah daripada dahulu..
Dahulu, para pemimpin dan ahli2nya begitu taat dengan agenda dan percaturan ide2 politik masing2.
Tapi kini...keadaan sudah banyak berubah..rakyat banyak dibelengu pelbagai karenah olih pemimpin itu sendiri.
Pas dan Umno kelihatan sama saja..khalayak sudah mula mual dan loya dengan semua ini.
dan kebanyakan khalayak mengambil jalan yang kekadang tak menyokong mana2 pun.
Di KT. umpamanya..Parti UMNO dan PAS, mempunyai peluang yang sama cerah untuk kalah dan menang..
UMNO akan kalah bukan disebabkan olih kekuatan parti PAS dan PR tetapi kalah disebabkan olih khalayak ahlinya sendiri.
FIKIR2KAN LAH...
salam gotahlantun,
Den setuju peluang kedua-kedua pihak untuk menang 50-50...BN tak boleh terlalu selesa dgn keputusan terdahulu...PAS pula x boleh terlalu selesa dgn sokong ari nie...Dalam politik banyak keputusan yang x dijangka berlaku..bagi den sesiapa yang menang segala janji2 yang ditaburkan perlu dikotakan...
betul kita bukan menentukan siapa masuk syurga dan neraka, tetapi wazan yang menentukannya syurga dan neraka ialah siapa yang beramal mengikut quran dan sunnah dan siapa yang mengingkari keduanya. mudah kan.
sebagai contoh, orang yang berzina, rasuah, mencuri, buka aurat mendapat dosa dan ganjarannya ialah neraka. orang yang amanah, adil, menegakkan syiar Islam, berbuat baik mendapat pahala dan ganjarannya ialah syurga.
Adakah salah dari segi agama apa yang diucapkan oleh saya ini?
ataupun saya perlu berkata begini, rasuah, pecah amanah, menzalimi, adil, berbuat baik, saling membantu itu semua urusan Allah untuk menentukan pahala, dosa, syurga dan neraka. kita tidak mengetahui dosa, pahala setiap perkara yang dilakukan.
Tapi tak mengapa, mungkin ini percanggahan dari segi bahasa sahaja. Tapi yang pasti saya dan garam ada titik persamaan, berbuat baik ganjarannya pahala, berbuat jahat ganjarannya dosa.
Dan persamaan kita lagi ialah, setiap sesuatu perlakuan manusia itu adalah bertujuan ibadah(kehambaan) pada Allah. berjalan, minum makan dan seumpamanya...
tidakkah mengundi itu juga mengundang dosa atau pahala?
persoalannya :::PAS atau UMNO:::
saudaraku akmal..
Benar skali tulisan anda..saya sokong...adalah wajib kita mengundi pemimpin sesama saudara..PAS menampilkan calon Islam dan BN juga menampilkan calon Islam..Dipihak mana kita..?
Post a Comment