Monday, January 19, 2009

Kekalahan Orang Anwar Ibrahim Dan Bukan Orang Najib - Maharaja

Saya amat tertarik dengan hujah dan pendapat yang dipaparkan oleh blogger Maharaja. Huraian beliau mengenai faktor kekalahan BN di Kuala Terengganu dan kebangkitan rakyat untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri amat tetap dan kena dengan suasana politik hari ini. Harap rujuk http://maharajablogger.blogspot.com/2009/01/kekalahan-orang-anwar-ibrahim-dan-bukan.html. Pendapat saya hujah yang dipaparkan harus dilihat dari perspektif yang lebih luas. Ini kerana kekalahan BN di Kuala Terengganu tidak boleh dijadikan ukuran atas kredibiliti Datuk Seri Najib sebagai bakal Perdana Menteri ke-6 walaupun beliau mengetuai jentera kempen BN di sana.

PAS tidak boleh terlalu bermegah dengan kemenangan ini kerana jika dikaji daripada keputusan dalam PRU ke-12 berbanding pilihan raya kecil Kuala Terengganu, PAS hanya mampu menambah undi tidak sampai dari 1,000 undi. Ini bermakna bilangan undi cuma meningkat tidak lebih 1% berbanding PRU ke-12.

Apa pun Perdana Menteri harus mengakui penolakan rakyat dalam pilihan raya ini adalah mesej yang jelas untuk beliau terima sesudah sampai masanya beliau mengundur diri dan Khairy Jamaluddin perlu menilai cabaran yang akan mendatang dalam menghadapi pemilihan UMNO bulan Mac dan karier politiknya pasca pentadbiran bapa mertuanya.

3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

kekalahan BN menyelamatkan geng ulama dari dimalukan team erdogan.

PAS akan dirasuk parasit Anwar jika Hj Hadi dimalukan kali ini pada muktamar mereka Jun depan.

Kerana mereka sedang mengusahakan team mereka akan naik dalam pemilihan akan datang.

Jika kita lawan PAS proksi Anwar apa akan jadi?

Lagi bahaya untuk agama dan negara kita.

Bahkan bangsa kita juga...

Lord Garam said...

Setuju dengan Pang5,

Sedih kerana dalam PAS ada kelompok syaitan bertopengkan manusia yang akan terus memecahbelahkan umat Islam hari ini.

PAPA GOMO said...

YA BETUL TU BRO...

KALAU ANWAR PUNYA TEAM MENANG MAKA ANWAR JUBOR AKAN MENYUSUK LEBIH MENDALAM DALAM PAS.
SEKARANG SEMAKIN RAMAI AHLI PAS YANG DIBIAYAI OLEH ANWAR DALAM MENEMPATKAN ORANG-ORANG ANWAR BAGI MENGUASAI PAS.

APA-APA PUN KEMENANGAN PAS INI TIDAK LAH HEBAT.
IANYA KERANA PAK LAH!!!

RAKYAT TERUS-MENERUS MENOLAK KEPIMPINAN PAK LAH!!!

NAJIB PERLU LEBIH BERANI SELEPAS MENJADI PM KELAK.
ISU SEKOLAH SATU ALIRAN PERLU DILAKSANAKAN.
MASAALAH PERKAUMAN PERLU DI ATASI SEGERA. KERANA MASAALAH PERKAUMAN INI DATANGNYA DARI MCA,GERAKAN DAN MIC. BUKANNYA DARI UMNO.

UMNO PERLU TEGAS DALAM ISU INI.
PERLUA ADANYA KEFAHAMAN DALAM MEMBENTUK SEMULA BARISAN NASIONAL!!!