Wednesday, January 14, 2009

Sindrom


Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan PAS keseorangan menghadapi jentera BN sedang rakan dalam Pakatan Rakyat membawa hal sendiri. Realitinya PAS dilihat keseorangan sejak dari hari penamaan calon walaupun 'teman sebilik' PAS menggambarkan sokongan tidak berbelah bagi. Lihat PKR hanya membantu ibarat melepaskan batuk ditangga. Tidak aggresif seperti peranan PAS dalam membantu Anwar Ibrahim menghadapi BN di Permatang Pauh. Sungguh beruntung Anwar punyai budak suruhan yang rajin bekerja.


Sikap DAP pula sudah besar kepala semenjak dapat memerintah Pulau Pinang dengan di bantu PKR. Kenyataan Karpal Singh yang masih keras membantah perlaksanaan hudud jelas memperlihatkan beliau masih lagi terkena sindrom mabuk kuasa. Karpal Singh terang-terangan meragui 'pernikahan' ini kerana kenyataan Anwar Ibrahim pada kempen PAS mahukan bukan Islam mempercayai bahawa hukum hudud hanya dilaksanakan kepada orang Islam serta mengakui percanggahan pendapat dalam Pakatan Rakyat berhubung isu ini masih wujud dan bergelora.

Setelah PAS gagal mendapat kerjasama 'teman sebilik' apa yang mampu dilakukan PAS hanya dengan menimbulkan isu-isu lapuk. Datuk Mustapa Ali mempersoalkan PDRM di Kuala Terengganu apabila mempersoalkan kehadiran ribuan anggota Polis di situ. Kenyataan beliau dilihat terlalu perjudis kerana telah jelas peranan Polis hanyalah menjaga keselamatan dalam membantu proses demokrasi berjalan lancar. Secara tidak langsung menimbulkan perasaan kurang senang rakyat terhadap pasukan keselamatan.

Setelah menyedari bahawa rakyat Kuala Terengganu tidak boleh diberi gula-gula murah PAS menimbulkan isu pengundi hantu di Kuala Terengganu. Dengan harapan rakyat akan memberi undi protes seterusnya menafikan hasrat BN untuk terus kekal di Kuala Terengganu. PAS hari ini ibarat takut dengan bayang-bayang sendiri dan berterusan 'merapu' dalam segenap segi. Rakyat Kuala Terengganu perlu meneruskan kesinambungan pembangunan yang ditinggalkan dan memberi PAS isyarat yang jelas bahawa rakyat hari telah sedar kerosakan yang telah dilakukan PAS.

Rakyat Kuala Terengganu juga harus mengetahui bahawa PAS hari ini telah jauh terpesong dan tidak relevan walaupun ramai dalam kalangan pemimpin tertingginya mengalami sindrom penafian akibat dimakan sumpah yang dicerca kerana menjalinkan hubungan dengan bukan Islam. Selamat Berpilihanraya.!

2 comments:

GOMO said...

PAS DAH TAK BETOL...
GILA KUASA...
SEMUA YANG DIBUAT BARISAN NASIONAL KHUSUSNYA UMNO TAK BETOL...

FITNAH DAH JADI MAKANAN PAS!!!
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/kemunduran-pas-dalam-pembangunan.html

Desperado said...

Takpa...dulu depa dah jadi pecacai gantung poster untuk PKR..HAHAHAHA!