Tuesday, January 06, 2009

Sekali lalu 2 : Wajarkah Pas kita sokong?

Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS termasuklah Abd Wahid Endut, calon PAS Kuala Terengganu sendiri telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS.

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA.

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM.

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI.

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN
DENGAN PAS.

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE).

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM.

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK.

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM .

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB.

12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'

13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR.

14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA .

15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.

16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS.

17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR .

18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM.

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM.

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR .

23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN.

24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU .

25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA.

26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA .

27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.

28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN .

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH .

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM .


Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran
dari 'Ayah Pin'.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang
mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.

Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain:

Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak.
d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO. Malah Dewan Ulama Pas sendiri yang memberi " Lampu Hijau" mengatakan tidak salah puak Kristian menggunakan Khalimah Allah didalam gereja dan didalam penerbitan mereka?

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Mungkin Wahid Endut terfikir nak duduk di bawah telapak kaki ulama mana ? Sebab itu beliau menangis kerana banyak pilihan ?Wallahuallam.

SUMBER-MYMASSA.COM

GM- Teringat aku cerita "TAK SERUPA TAPI SAMA" yang disiarkan di slot cerekarama TV3 jam 10.00 malam. Pelakon yang bawa watak konon-konon 'alim dan zuhud' memang menjadi pengajaran dan teladan. Agak-agaknya ilmu dan ego 'orang-orang agama' ini tak boleh langsung dekat dengan orang yang 'biasa-biasa'dan 'kotor'. Bagi mereka 'orang biasa' tak layak bercakap pasal agama jika mereka bukan ahli PAS.

PAS hari ini terlalu jauh menyimpang melupakan perjuangan 'orang-orang terdahulu' yang lebih bersih dan tulen. Aku bukan anti- PAS apatah lagi anti-agama..tapi perjuangan PAS hari ini membuatkan aku meluat dengan perjuangan PAS. Memusuhi sesama saudara, menghina, melabelkan mengikut acuan mereka dan macam-macam lagi penyelewengan PAS. Paling menyedihkan aku apabila rakan 'seperjuangan' PAS, Gobala LEMBU sanggup mempermainkan ayat-ayat Allah demi kepentingan politik. Panas hati tengok Gobala LEMBU dengan selamba memperbodohkan orang-orang PAS dengan ucapan ayat-ayat Allah dan melacurkan ayat suci kita.!! Tak rasa bersalahkah mereka yang mendengarnya.?

Inilah dikatakan politik. Diluah mati mak nak ditelan mati bapak. PAS perlu bermuhasabah untuk melindungi Islam dari ditelan dan diperbodohkan kafir-kafir pakatan demi kesucian Islam dan maruah orang Melayu.

2 comments:

gotahlantun said...

salam

DALAM ISLAM ADA POLITIK...TETAPI
DALAM POLITIK JANGAN MENYALAH GUNAKAN AGAMA ISLAM.

AKMAL AND HANIFFAH said...

Saudara benar sekiranya mengatakan Tok Guru Nik Aziz itu bukan ulama, bahkan bukan ulama pada PAS juga. Dengan bukti-bukti yang dikemukan saudara maka terbukti beliau tidak layak dipanggil ulama dan perosak kepada agama.

Saya nak tanya la, boleh tak saudara kemukakan ahli ilmu mana yang mengatakan Tok Guru ini perosak agama?. Sekiranya boleh tolong beritahu siapa ahli agama yang mengatakan perjuangan PAS ini tidak syarei' mengikut suasana Malaysia sekarang?.

Ke-30-30 penyataan adalah betul bagi saudara tetapi ada beberapa perkara yang patut saudara perlu mengetahui.

no 8: fakta tidak boleh diubah. Kelantan telah mengemukan HUDUD tetapi kerajaan BN mengancam. Sila semak fakta.

no 11: mungkin saya silap. Perkara ini mungkin berkaitan dengan Tok Guru mengatakan "tuhan samseng". Justeru anda katakan beliau mencarut terhadap Allah. Saya katakan "Yahudi melakukan tipu daya dengan licik, tetapi Allah lebih licik tipu dayanya", adakah saya mencarut, saya katakan "si zalim samseng, Allah lebih samseng", adakah saya mencarut. Ya saya dikatakan mencarut sekiranya saya membuat ayat begini "Allah menipu daya, Allah samseng". Sekiranya kita meneliti al-Quran kita dapati perkara hal sebegini.

no 18: Siapakah "dia" yang mengatakan ulama PAS ma'sum?.

no 23 dan 22: Sila rujuk pada analisis negeri mana termiskin sekali. Negeri kelantan no 5 atau 6. Dilarang analisis mengikut anggapan saudara sendiri.

no 27: Apakah yang dimaksudkan saudara Tok Guru mempermainkan dua sumber tersebut. Sekiranya saudara ada bukti tolong dedahkan pada semua agar rakyat Malaysia tahu beliau penipu dan pendusta.

satu lagi saya nak tanya saudara, bagaimana perlaksanaan yang diingini saudara dan rakan seperjuangan saudara untuk menjadikan Malaysia secara khususnya dan negara-negara lain secara umumnya dalam perlaksanaan Quran dan sunnah?Sila kemukakan model agar saya dan masyarakat mengetahui.