Sunday, January 18, 2009

Kuala Terengganu: Isyarat Kepada Najib.?

Semalam penyokong PAS meraikan kemenangan calon mereka dengan laungan takbir 'Allahuakbar' , sementara UMNO dan BN mengambil langkah untuk mengemas barang dan berangkat pulang ke kawasan masing-masing. Timbul kekecewaan dan persoalan masih relevankah BN?.Setelah seminggu berhempas pulas berkempen, mendekati rakyat, memberi sumbangan dan mengerahkan seluruh jentera BN kini pulang dengan hampa.

Satu tindakan susulan pasti menyusul untuk mengkaji kekalahan memalukan ini.Bagi setiap ahli jentera kempen yang bertanding, ini adalah satu suasana baru kerana sebelum ini kampung yang mereka tidak pernah memasuki kini telah hafal dalam peta minda masing-masing. Mendapat kenalan baru sambil-sambil mencari peluang disaat-saat akhir. Jangan dilupai setelah pebagai janji ditabur dan inilah masa yang perlu dikotakan.

Sebelum penamaan calon lagi, Datuk Seri Najib telah menjangka keputusan ini tapi disebabkan suara pemutus terletak kepada Presiden yang dikasihi membataskan bangkangan ini. Apa yang tidak diketahui umum, masalah yang timbul disebalik percaturan ini adalah disebabkan wujudnya 'tangan ghaib' yang mencatur calon BN di Kuala Terengganu walaupun disuatu ketika Datuk Seri Najib menafikan rasa tidak puas hati itu.

Apakah rakyat hari menolak bakal Perdana Menteri ke-6 itu.? Dalam hal ini jelas menunjukkan rakyat tidak mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Najib tetapi rakyat sudah muak dan jelak dengan politik 'ungkit-mengungkit' atau politik murahan dengan cerita-cerita bertaraf tadika (Kindergarden). Diketahui rakyat Kuala Terengganu masih mempercayai isu-isu royalti minyak, Piala Monsun dan Isu pembaziran Masjid Kristal.

"Mereka mempersoalkan mengapa hari ini kerajaan BN terlalu pemurah dengan pelbagai imbuhan dan peruntukkan dalam menghadapi PAS di Kuala Terengganu."

Terdengar sayup-sayup kutukan dan cercaan bahawa pemberian pelbagai imbuhan ini diibaratkan memberi gula-gula chewing gam untuk dikunyah sepanjang masa. Tetapi realitinya itulah politik, disaat memerlukan undi pelbagai 'suntikan' diberi. Kekalahan ini tidak harap tidak akan melemahkan semangat BN sebaliknya ia akan dijadikan iltizam untuk meneruskan khidmat kepada rakyat.


BN seharusnya melipatgandakan usaha bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap perjuangan parti itu dengan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan imej.Dalam sistem demokrasi suara rakyat adalah suara keramat dan iainya sebagai pengajaran untuk menguatkan iltizam mengorak langkah ke depan.

Kepada bakal Perdana Menteri, kekalahan ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai adakah rakyat merestui kepimpinan beliau yang akan datang. Walaupun pelbagai tohmahan dan cerita kurang enak saban hari dijamu oleh pelbagai 'suara-suara longkang' dan keberangkalian kebenaran perkara itu, rakyat masih lagi mahu melihat keberkesanan polisi yang akan beliau taburkan.

Terlepasnya Kuala Terengganu adalah salah satu isyarat untuk beliau halusi kebolehterimaan rakyat dan dalam tempoh 4 tahun akang datang kerana adakah rakyat akan kembali menghukum BN seperti mana yang diidamkan oleh pengkhianat No.1 negara ketika ini iaitu Anwar Ibrahim.

No comments: