Friday, August 28, 2009

Teoh Punya Laptop Sudah Kena Ambil

Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menggambarkan keadaan Teoh Beng Hock yang resah gelisah ketika komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) miliknya dirampas.

Setiausaha Politik Exco Selangor itu berkeadaan begitu apabila pegawai SPRM bertindak merampas peralatan tersebut yang mengandungi empat dokumen peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah bagi tahun 2008.

Gambaran oleh Penolong Penguasa SPRM, Mohd. Najeib Ahmad Walad, 29, itu secara tidak langsung menyokong keterangan Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail, 32, di Mahkamah Koroner di sini sebelum ini.

Menurutnya, empat dokumen yang dicetak daripada komputer riba melibatkan sumbangan untuk Persatuan Penjaja Seri Kembangan dan sumbangan mangsa kebakaran manakala dua lagi beliau tidak ingat berkaitan sumbangan apa.

Mohd. Najeib berkata, setibanya beliau dan Mohd. Anuar di pejabat Hian Wah di tingkat 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada petang 15 Julai lalu, mendiang telah membawa mereka ke bilik mesyuarat.

''Di situ Beng Hock macam gelisah. Sekejap keluar, sekejap masuk sehinggakan Mohd. Anuar menyuruhnya duduk. Mohd. Anuar seterusnya meminta semua kertas kerja mengenai peruntukan ADUN Seri Kembangan bagi tahun 2008,'' kata saksi inkues ke-18 itu.

Inkues siasatan kematian Beng Hock yang didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas masuk hari ke-16 hari ini.

Menjawab soalan peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia, menurut Mohd. Najeib, Beng Hock sebaliknya telah memberikan dokumen atau kertas kerja bagi tahun 2009.

Ujar Mohd. Najeib, Beng Hock mendakwa kertas kerja bagi tahun 2008 berada di atas meja kerjanya dan setelah diserahkan kemudian kepada Mohd. Anuar ternyata kertas kerja yang dikehendaki SPRM tidak ada.

Apabila ditanya mengenainya, Beng Hock gagal memberikan jawapan dan ini telah menimbulkan keraguan, kata Mohd. Najeib.

Menurut Mohd. Najeib, semasa Mohd. Anuar mengarahkannya bersama pegawai lain sekali lagi memeriksa meja Beng Hock, tiba-tiba Hian Wah datang bersama 20 wartawan sehingga memaksa pegawai SPRM keluar dari bilik itu.

Seketika kemudian mereka masuk semula ke bilik itu dan selepas memeriksa komputer riba Beng Hock, ujarnya, mereka menemui empat invois dalam komputer itu manakala surat permohonan sumbangan ADUN ditemui dalam CPU. Utusan Malaysia

Saat ini budak-budak PAS sedang menanti dengan penuh sabar klimaks penghabisan cerita nie. Kalau DAP kantoi korup, PAS akan hancur..sure punya.! Tinggal lagi tunggu Anwar Ibrahim kantoi liwat. Tok guru punya fatwa belum lagi kedengaran. Kita tunggu je..



Wish You Were Here
akugaramanis@blogspot.com

1 comment:

hanizam said...

biarkan saje filem paling hebat dalam tahun ni sampai ke penghujung jalan..nanti kita sume boleh nilai sape yang gelabah, sape yang bersalah..biar rakyat yang tentukan ape yang patut dilakukan dalam PRU ke 13 nanti...

tulah, diberikan peluang memerintah, buat TAIK...kalau penyokong PR kata BN teruk, kerajaan PR sekarang yang perintah 4 negeri tu lagi teruk...korang yang diberikan peluang untuk jadi WAKIL RAKYAT, kalau buat kerja tak betul, nantikan balasan dari tuhan...tak kiralah dari BN ke, PR ke...

SELAMATKAN SELANGOR,KEDAH, PULAU PINANG, KELANTAN (tapi selagi Tok Guru "nyanyok" tu ada, no komen lee...)