Monday, August 24, 2009

Permatang Pasir : Ketakutan dan Kelemahan PAS

Tokey mendapat maklumat dalam kain jentera PAS bahawa sedang menambah kekuatan Unit Amal di peti undi Sama Gagah dan Bukit Bendera Mulia. PAS ketika ini sangat takut dan jika kekalahan akan memihak kepada mereka di Permatang Pasir akan bekecailah harapan PAS untuk menjadi YDP MAIWPP seperti yang disogokan Anwar Ibrahim.

Melalui Unit Keselamatan PAS (Unit Amal) kedua-dua kawasan peti undi itu akan ditambah anggota seramai 30 orang yang menjadikannya 60 orang ketika ini. Ini kerana plan kotor PAS untuk menimbulkan suasana tegang dan menakut-nakutkan pengundi untuk kali terakhir. AMK Kedah dan Pusat telah mengarahkan ahlinya hadir bersama-sama 100 biji kereta bagi menyeksakan keadaan semasa hari mengundi.

PAS berusaha mendirikan barong panas walaupun sudah digazetkan barong tidak dibenarkan didirikan. Usaha PAS ini menunjukkan depa benar-benar terdesak dan akan membuat provokasi terhadap pihak Polis dan petugas SPR. Idea kotor PAS adalah untuk merakamkan segala ketegangan yang berlaku dan akan dijadikan modal kempen akan datang. Bangsat tak..!

Tokey juga diberitahu
20% daripada 3,000 pengundi menetap diluar kawasan adalah golongan atas pagar. Apa yang dilakukan PAS adalah mengirim wang RM200 sebagai habua untuk mengundi calon bisu PAS dan juga sebagai saguhati. Depa heboh mengatakan BN mengamalkan politik wang tetapi dalam masa yang sama, depa pun sama juga main taik dan sapu di pipi masing-masing. Tak guna punya Mahfuz Omar.!

Tokey juga mendapat maklumat yang PAS tempatan tidak menghargai jentera kempen PAS luar. Depa sendiri ada masalah dalaman yang cuba dinafikan oleh PAS Pusat. Apa yang Tokey tahu, depa PAS tempatan tidak pernah diajak berbincang untuk menyelaraskan aktiviti bersama-sama. PAS luar menjalankan aktiviti sendiri.

Rupa-rupanya PAS di menyenangi kehadiran PKR di Permatang Pasir. Klik Sini Sudahlah hendak dirikan Bilik Gerakan PKR kena minta izin dengan PAS Penang. PAS juga akan membuat laporan Polis bagi mengelakkan mereka dipalit taik jika PKR mengadakan perhimpunan/perarakan selepas dan semasa hari mengundi. PAS sudah belajar dari insiden di Permatang Pauh ketika sang peliwat teringin menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat.

Tokey Garam - Segala macam masalah yang ada di dalam PAS dan juga Pakatan Rakyat adalah kerana mereka mempermainkan kesucian Islam dan yang paling utama PAS terpaksa menyimpan Nik Aziz yang sangat membebankan PAS. Nik Aziz dihormati kerana tuanya bukan kerana ilmunya.

PRK Permatang Pasir akan menyaksikan sekali lagi PAS dimalukan oleh orang Islam. Bukan untuk melihat PAS menang atau kalah tetapi mempertahankan majoriti yang dimenangi adalah sesuatu yang sangat sukar sepertimana di Bukit Gantang dan Manek Urai.

5 comments:

Jumayatara said...

Sokong Taukeh Garam

UMNO gagal menyatu-padu bangsa Melayu setelah 52 tahun memegang kuasa....malah UMNO telah menghianati dan menghancur Bangsa Melayu itu sendiri...diharap pengundi Permatang Pasir tidak lagi ditipu...cukup 52 tahun ditipu UMNO.

Lord Garam said...

SALAM TOK MUDIM,

SETUJU DGN PENDAPAT TOK MUDIM TETAPI TOK MUDIM TAK NAMPAK APA YANG BERLAKU DI NEGERI PR. TAK SAMPAI 2 TAHUN PERINTAH BANYAK PERKARA YANG MENJOLOK MATA BERLAKU..DALAM MANIFESTO KATA LAIN BUAT LAIN..

ITU LAH KERAJAAN PR YANG DITERAJUI PLEH PAS, DAP DAN PKR...TAK KER MENIPU RAKYAT NAMANYA..

NASIB BAIK 2 TAHUN KALAU 52 TAHUN PERINTAH MACAM UMNO MUNGKIN TOK MUDIM SEKETURUNAN MEREMPAT KAT TEPI JALAN..

BETUL TAK TOK..

JAGN MARAH NOO...

VitVoG said...

Takkan kamu membuat ulasan hanya berdasarkan org cakap saja? Mana bukti? Senang menuduh tapi apa pun xtau sebenarnya...

Unknown said...

taukeh garam.....
Bukit Indera Muda la...hehe

Shah said...

Strategi PAS semau dah tau. Selepas sembahyang subuh, ahli PAS akan beratur sebelum jam 8 pagi untuk mengundi. Lepas mengundi mereka akan menjadi pengundi hantu. Bermakna ahli PAS akan mengundi 2 kali.