Saturday, August 22, 2009

Penang Bangkit : Strategi Dan Kualiti Calon Pas


GM tidak menyalahkan UMNO kerana meletakkan Rohaizat di Permatang Pasir. Walaupun sekarang sepatutnya kempen untuk menerangkan dasar-dasar UMNO yang hendak dilaksanakan di Permatang Pasir tetapi PRK kali menyaksikan UMNO terpaksa berjuang membersihkan calonnya daripada tohmahan.


Inilah penunjukan akhir zaman. Fitnah menjadi makanan enak dan paling ketara manusia hari ini terpaksa menutup muka seperti khinzir merujuk kepada wabak babi yang semakin menular.. GM tidak mahu berbicara soal akhir zaman kerana GM belum cukup ilmu untuk berbuat demikian.


Di Permatang Pasir banyak isu dan alasan yang boleh digunakan untuk mengikis kewibawaan PAS. GM tegaskan, jentera fitnah PAS cukup efisyen mengerakkan langkah menyerang UMNO dan UMNO terkulai tanpa banyak soal dan tanpa banyak bicara sekadar terima dan layu.


Rakan blogger GM, Kumbang telah menganalisis beberapa perkara yang boleh di buat UMNO untuk menyerang PAS. Walaupun kaedah ‘karekter assasination’ adalah cara lapuk dan tidak beretika tetapi suasana politik hari ini telah menjadikannya halal dan bermutu.


Cuba kita lihat pendekatan yang sedang digunapakai PAS:-


Pertama, PAS akan lebih memberi tumpuan meraih sokongan pengundi melalui kempen yang dijalankan di surau dan masjid-masjid sekitar Permatang Pasir. Melalui sumber dalaman PAS setiap aktiviti akan dilaksanakan oleh penceramah-penceramah PAS khususnya dari Kedah dan Terengganu.


Kedua, penglibatan ADUN budak jahat PR yang lebih memberi tumpuan diberi dikawasan yang bermajoritikan pengundi Cina. PAS sedar hanya dengan menguatkan kempen dikawasan tersebut akan menjadi penentu kemenangan calon PAS di Permatang Pasir. Inilah pengalaman yang PAS perolehi di Bukit Gantang kerana mereka sedar pengundi Melayu sudah mula kecewa dan terkilan dengan kelucuan PAS terutamanya kenyanyokan Nik Aziz mempermainkan Islam.


Ketiga, PAS menyediakan sebuah kenderaan bagi setiap UPU bagi tujuan membawa pengundi ke Pusat Pengundian. PAS akan berusaha membawa seramai mungkin pengundi yang dikenalpasti mengundi calon PAS. Keadah yang sama turut juga digunakan UMNO. Cuba yang membezakan strategi parti mempengaruhi pengundi disaat-saat akhir.


Keempat, dari segi permainan saraf GM mendapat maklumat PAS telah menubuhkan 3 unit pemantau prestasi iaitu Unit Perang Saraf, Unit Risikan dan Unit Pemantauan. Unit ini akan mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan sesuatu isu bagi meraih simpati dan kajian mengenai kecenderungan sokongan pengundi. Antaranya membuat risalah palsu UMNO kononnya akan diadakan perhimpunan ‘pengkhianat melayu’ yang dibuat oleh UMNO Johor.


Semua pendekatan ini adalah kerana PAS mahu mempertahankan Permatang Pasir dan menjaga maruah daripada tewas kerana PAS sedar sokongan orang Melayu semakin hari semakin susut dengan pengajaran di Bukit Gantang dan Manek Urai. Lihatlah betapa takburnya mereka di Manek Urai dengan sombong yakin akan menang besar tetapi kuasa Allah mengatasi semuanya. PAS tewas tipis dan paling malu majoriti terdahulu gagal dipertahankan. Hanya dengan kemenangan ini akan mengukuhkan kembali peranan PAS dalam budak jahat pakatan


Apa yang menjadi persoalan adalah peranan PKR yang tidak dibenarkan untuk membuka bilik gerakan sendiri dan semua gerak kerja PKR perlu mendapat kebenaran PAS tempatan. Paling ketara jentera kempen PKR juga diharuskan mendaftar terlebih dahulu dengan PAS Penang.


Cuba tanya Khalifah Umar Guan Eng mengapa mesti dia tidak membantu PAS.? Sumber GM mengatakan DAP Penang langsung tidak membantu dari segi tenaga dan juga kewangan. Salleh Man terkial-kial mencari peruntukan dana kempen dan cuma MB Kedah bermurah hati untuk menderma RM 10,000. Guan Eng hanya mahu menggunakan PAS untuk menunjukkan sokongannya kuat dan menakut-nakutkan orang Bukit Pala.


Timbul persoalan GM, apakah PAS memang tidak mempunyai dana yang cukup hingga Hadi Awang terpaksa mengarahkan pemimpin PAS menderma RM1,000 seorang dengan sasaran kutipan sebanyak RM 1juta atau sebenarnya Hadi Awang tahu kualiti calon PAS ini yang gemar mengusik isteri orang dan terlibat dengan penyelewengan..?


GM – Politik tidak kotor yang menjadikannya kotor adalah pemainnya. Seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim tokoh yang boleh diangkat tetapi hari mereka layak dipijak kerana hendak diangkat terasa berat kesan kotorannya.

6 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

Jelas PAS tidak berminat dgn calonnya sendiri.

mudz said...

Salam

UMNO akan menang besor jika letak calon bersih....banyak-banyak pemimpin UMNO, mat songlap ni yang terpilih....mat songlap pun dah tahu diri bermasalah jangan tawar kan diri...ni belasah aje janji dapat jadi YB....Kesian Muhyiddin dan Zahid Zabidi, hidup-hidup kena tipu dengan org UMNO sendiri...

YANG GAMBI said...

Salam,

Sepatutnya UMNO-BN mengambil keutamaan di atas pandang tuan, dan mengambil kesempatan dengan kelemahan PAS.

Apa yang jelas, dalam jentera UMNO bertungkus lumus menjalankan kempen, ada juga golongan UMNO yang menjadi petualang, rasa sayang kepada parti sudah diketepikan, tetapi masih nak mempersoalkan kesilapan memilih calon.

Ini berbeza dengan cara PAS, walau pun calon PAS tidak kurang kaki songlap, mereka berterusan menegakkan benang basah tanpa memperkecilkan calon kerana maruah parti.

Mengapa UMNO tidak masih tidak berubah.....PHD tetap tidak dapat ditinggalkan....

Kekadang kekalahn UMNo bukan orang Melayu tidak suka, tetapi benci kepada sikap orang UMNO itu sendiri.

taipingmali said...

bro,,,ok saja blog ini..tak ada masalah pun

Anonymous said...

SLM BRO..KLU ADE ULAR KT SBLAH ULARMAK PAK AJIS..AKU PIJAK ULARMAK PAK AJIS DLU KEHKEHKEH

Unknown said...

salam

Guan Eng suruh orang PAS pilih calon anak yang SOLEH dan tolak anak emas....

PERSOALANNYA...selama ni PAS PENANG anggap GUAN ENG ANAK YANG SOLEH LA....
ada harapan masuk syurga kot

p/s kalau setakat masuk jawi...tak kira anak soleh lagi...